NINGBO, China, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd., pengeluar modul solar yang terkemuka di China, mengumumkan bahawa ia telah memenangi bidaan untuk membekalkan modul PV TITAN 650W untuk projek demonstrasi hidrogen hijau Sinopec di Daerah Kuqa, Xinjiang. Projek 361 MW tersebut, sebaik sahaja siap, dijangka menjadi kemudahan pengeluaran hidrogen berasaskan PV yang terbesar di dunia dan dianggap sebagai satu kejayaan besar dalam menggalakkan transformasi pengeluar tenaga tradisional besar China.
Memandangkan keperluan bidaan untuk modul PV dengan output kuasa adalah sekurang-kurangnya 650W, empat buah syarikat yang mengeluarkan modul 210mm atau kedua-dua modul 210mm dan 182mm merupakan syarikat-syarikat yang dipertimbangkan. Risen Energy menduduki tempat pertama berdasarkan kepada modul solar 2100mm, memperlihatkan populariti modul berkuasa tinggi yang semakin meningkat dalam kalangan pelanggan serta dominasi modul 210mm dalam pasaran.
"Modul PV bersaiz besar direka bentuk untuk meningkatkan output kuasa dan kecekapan sebagai cara untuk mengurangkan kos dan memaksimumkan keberkesanan produk PV, lalu menyampaikan faedah-faedah penjanaan kuasa tambahan kepada pelanggan," kata seorang eksekutif di Risen Energy baru-baru ini ketika menjelaskan mengenai strategi firma ini. Pemilihan oleh Sinopec merupakan bukti kesahan pola fikir proaktif syarikat ini yang memfokuskan kepada modul bersaiz besar.
Penyertaan Sinopec dalam membangunkan projek pengeluaran hidrogen hijau berasaskan PV yang terbesar di dunia dengan output tahunan yang dirancang sebanyak 20,000 tan memperlihatkan komitmen berterusan firma ini untuk melaksanakan strategi pembangunan mesra alam dan rendah karbonnya sekali gus menyokong sasaran puncak karbon dan keneutralan negara ini. Risen Energy merancang untuk meluaskan penggunaan tenaga bersih dengan bekerjasama bersama Sinopec untuk meninjau pendekatan baharu terhadap pengeluaran hidrogen berasaskan PV melalui pemanfaatan kecekapan bersepadunya dalam produk dan teknologi.