omniture

Pemimpin-pemimpin Dunia dalam Ekonomi Digital Bersidang di Hangzhou Bincang Peluang Baharu

Persidangan Ekosistem Digital Global 2022, yang pertama dalam siri baharu, bakal diadakan pada 25 Mac
2022 Global Digital Ecosystem Conference
2022-03-11 10:40 216

HANGZHOU, China, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekosistem Digital Global 2022, persidangan yang pertama seumpamanya dan salah satu forum bertema bagi Ekspo Perdagangan Digital Global (GTDE) yang pertama di dunia, bakal diadakan di Hangzhou, Wilayah Zhejiang. Acara ini dirancang utnuk menggalakkan pembangunan perdagangan digital yang berkualiti dengan membina ekosistem digital yang kukuh.

Persidangan Ekosistem Digital Global
Persidangan Ekosistem Digital Global

Dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou dan Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang dan dianjurkan oleh Biro Perdagangan Perbandaran Hangzhou, persidangan ini merupakan acara industri berfokuskan inovasi yang diwujudkan secara bersama oleh Informa plc dan Hangzhou Expo Group. Bertemakan "Teknologi Baharu, Bentuk Perniagaan Baharu dan Model Baharu", acara ini akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan model untuk mengehoskan persidangan berkaitan GDTE yang memenuhi piawaian antarabangsa dari segi perkongsian ekosistem industri dan analisis kes perniagaan.

Pemimpin-pemimpin dunia dalam ekonomi digital selain ketua-ketua daripada syarikat-syarikat gergasi internet Cina dan multinasional telah diundang ke persidangan ini. Di sini mereka akan berkongsi pengalaman industri dan pandangan unik mereka mengenai beberapa topik hangat yang berkaitan dengan perdagangan digital, termasuk pergudangan pintar, rantaian blok, kecerdasan buatan (AI) dan perkhidmatan berasaskan awan, selain menganalisis trend masa depan. Di samping itu, melihatkan kepada kelebihan kluster firma e-dagang, AI dan teknologi kewangan yang terletak di kawasan Delta Sungai Yangtze apabila melibatkan penumpuan industri dan keupayaan untuk menarik bakat yang paling diidamkan dalam industri ini, ahli-ahli profesional teknologi dan ketua-ketua projek daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan digital akan turut diundang ke acara ini, yang melaluinya mereka akan memberi tumpuan untuk membincangkan mengenai teknologi perdagangan digital dan bagaimana ia akan diaplikasikan pada masa depan.

GDTE pertama, satu-satunya pameran profesional kebangsaan bertemakan perdagangan digital di China, akan diadakan di Hangzhou mulai 23 hingga 27 Mac 2022 dengan tujuan untuk menjadi pameran berprofil tinggi yang dapat mengambil bahagian dalam pembentukan peraturan perdagangan global dan memaparkan pencapaian ekonomi digital dengan fokus kepada perkhidmatan digital antarabangsa, profesional dan berasaskan senario.

Persidangan ini, forum GDTE khusus yang bertumpukan sekitar ekosistem perdagangan digital akan menghimpunkan wakil-wakil daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan digital, ekonomi digital dan teknologi internet merentas rantaian industri serta beberapa pengamal yang paling berbakat dalam sektor-sektor ini. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembangunan yang sihat dan kemakmuran ekosistem digital China dengan memudahkan pertukaran dan kolaborasi rentas-sektor di samping bersama-sama menerokai pertukaran dan kerjasama yang mendalam antara ekosistem-ekosistem digital di seluruh dunia.

Persidangan ini kini tersedia untuk pra-pendaftaran pengunjung. Pihak-pihak yang berminat dialu-alukan menghadiri acara ini bagi membincangkan peluang baharu dalam era digital serta laluan pertumbuhan menuju ekonomi digital.

Pautan pra-pendaftaran pengunjung:

https://live.gdte.org.cn/en-US/eventShows?cateid=427350490452828160&track=18M5OVLE

Hubungi:

Cik Men
Telefon: +86-18683692966
Emel: grace.men@informa.com

Cik Zhu
Telefon: +86-13858199068
Emel: 121245504@qq.com

Source: 2022 Global Digital Ecosystem Conference
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications Trade show news Future Events