omniture

Bounty Media menang inisiatif vGrow Procter & Gamble, turut selesaikan penutupan pertama pusingan Pra-A USD$1.5j, bernilai USD$10j

Bounty Media
2022-03-11 11:55 86

SINGAPURA, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Bounty Media, sebuah syarikat DataTech dengan platform data mendalam pihak sifar yang memperhebatkan pengguna dan jenama yang dipercayai oleh mereka mengumumkan bahawa ia telah memenangi tempat pertama dalam pencarian oleh Procter & Gamble Thailand terhadap inovasi yang amat terkedepan yang memberi tumpuan kepada pencarian dunia Pengiklanan terhadap penyelesaian untuk cabaran data pengguna semasa.

Jake Denney (kiri) dan Claes Loberg, Pengasas-pengasas Bersama Bounty Media
Jake Denney (kiri) dan Claes Loberg, Pengasas-pengasas Bersama Bounty Media

Ditubuhkan oleh Claes Loberg dan Jake Denney di Singapura pada lewat tahun 2019, Bounty Media beroperasi di Indonesia pada tahun 2021, menawarkan perkhidmatan dengan tujuan untuk memperhebatkan pengguna. Minggu ini, kedua-dua pihak ini tiba di Thailand untuk membuka pasaran kedua mereka dan pada hari Isnin mereka dianugerahkan tempat pertama dalam pencarian inovasi vGrow Procter & Gamble - sejurus susulan penyelesaian penutupan pertama pusingan Pra-A USD$1.5j (dengan nilai USD$10j) yang dipimpin oleh SOSV dan disertai oleh pelabur-pelabur termasuk Black Kite Investments Singapura, High Cosmos Taiwan, serta Quonota Investment berpangkalan di Cyprus dan beberapa Pelabur Persendirian Singapura.

"Kami mencipta pertukaran nilai yang telus antara pengguna dan pengiklan," kata Loberg. Dalam era hari ini dengan kuki pihak ketiga yang semakin hilang dan undang-undang privasi yang semakin bertambah, "pengguna harus memberi persetujuan kepada pihak yang dibenarkan untuk melihat data mereka dan apa yang boleh dilakukan oleh mereka terhadapnya dan kami memperkenalkan peluang yang saling menguntungkan kepada pengiklan, penerbit dan pengguna bagi memudahkan tercapainya matlamat berkenaan."

"P&G Thailand terdorong untuk memacu projek-projek yang memberi tumpuan untuk menyokong dan mencipta peluang kepada syarikat pemula dengan wawasan dan keazaman untuk mengembangkan perniagaan mereka pada masa akan datang," kata Nithin Dabari, Pengarah Urusan P&G Thailand. "Atas sebab inilah kami melancarkan projek vGrow di Thailand bagi menyediakan platform kepada syarikat pemula di Thailand untuk menyertai dan membentangkan idea perniagaan, berhimpun untuk mencari jalan bagi membangunkan perniagaan bersama-sama P&G Thailand. Pada tahun 2022, tahun pertama projek vGrow, kami memberi tumpuan kepada perniagaan teknologi, yang ketika ini dianggap sebuah industri dengan potensi pertumbuhan yang tinggi."

Rakan-rakan kongsi Bounty Media termasuk rakan-rakan kongsi Berita, Syarikat Telekomunikasi, Permainan dan OTT yang terkemuka seperti Viu, Vidio & UseeTV di Indonesia untuk menawarkan kemudahan kepada sekumpulan 92 juta pengguna aktif bulanan. Pengenalan oleh Bounty kepada Thailand pada minggu ini menandakan permulaan pelancaran di Asia Tenggara dan APAC yang lebih besar pada tahun 2022 & 2023, meluaskan rakan kongsi kandungan mereka dengan sasaran 1 bilion pengguna menjelang akhir tahun 2023.

Berikutan kebimbangan mengenai privasi data, Google mengumumkan bahawa ia akan menghentikan penyasaran tingkah laku dan pembinaan profil dalam produk iklannya, seraya mengikuti jejak langkah Apple dan Mozilla yang telah menghapuskan kuki pihak ketiga. Ini memberi peluang untuk suatu evolusi dalam teknologi pengiklanan yang dibina berasaskan kepercayaan dan ketelusan.

Tidak seperti data pihak pertama dan pihak ketiga, data pihak sifar ialah data konteks peribadi berdasarkan persetujuan yang dikongsi dengan sengaja oleh pelanggan bersama jenama yang dipercayai oleh mereka. Kajian oleh Forrester menganggarkan bahawa 15% jenama akan mengumpul data pihak sifar dalam tahun-tahun akan datang. APAC kekal sebagai pasaran iklan global kedua terbesar yang membelanjakan sebanyak US$101 bilion pada tahun 2020 dan dijangka berkembang untuk mencapai US$193 bilion pada tahun 2021.

"Kita berada di tengah-tengah evolusi dalam privasi data—kebanyakan jenama dan pengguna masih tidak mengetahui skop penuhnya lagi. Pasukan di Bounty Media mempunyai pandangan yang jauh untuk membangunkan penyelesaian telus yang dapat memperhebatkan baik pengguna mahupun jenama yang dipercayai oleh mereka dan inilah pasukan terbaik yang dapat kami fikirkan untuk melaksanakan misi ini," kongsi William Bao Bean, Rakan Kongsi Am di SOSV.

Bounty Media juga akan dapat menyediakan platform pengewangan tambahan yang menyokong 105 juta pengguna dalam ekosistem MOX, menawarkan keupayaan kepada jenama-jenama global untuk menghiburkan audiens dengan kandungan, aplikasi, pendidikan dan media berita premium sebagai pertukaran untuk data pihak pertama.

Latar Belakang Bounty Media 

Ditubuhkan pada November 2019 di Singapura. Bounty Media ialah platform teknologi pengiklanan (adtech) dan teknologi pemasaran (martech) yang menawarkan penyelesaian pengewangan untuk pengiklan dan penerbit.

 

 

 

Source: Bounty Media
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Venture Capital