omniture

Jom Memburu Diamond Mobile Legends dengan 30 KOL daripada UniPin!

UniPin
2022-03-11 13:28 49

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Untuk meraikan ketibaan bulan Mac, UniPin telah menyediakan pelbagai acara menarik untuk pemain Mobile Legends. Dari 4 Mac sehingga 13 Mac 2022, sejumlah 30 KOL (Key Opinion Leader) dari tiga buah negara: Indonesia, Malaysia dan Filipina, akan menjemput pemain Mobile Legends untuk menyertai MLBB Hunting Season.

30 KOL dari tiga buah negara: Indonesia, Malaysia dan Filipina, akan menjemput pemain Mobile Legends untuk menyertai MLBB Hunting Season.
30 KOL dari tiga buah negara: Indonesia, Malaysia dan Filipina, akan menjemput pemain Mobile Legends untuk menyertai MLBB Hunting Season.

Dalam acara ini, KOL akan menjemput peminat dan pemain Mobile Legends untuk mengambil bahagian dan berinteraksi bersama mereka. Antara KOL yang mengambil bahagian ialah Dracula Gaming (MY), Zira Gaming (MY) Jeje Adriel (ID), DanR (ID), Moymoy Palaboy (PH), dan Rob Luna (PH).

Sepanjang tempoh acara tersebut, KOL akan membuat siaran langsung di Facebook dan YouTube. Lima penonton terpilih yang memenuhi syarat untuk membeli MLBB Diamonds di UniPin pada harga minimum MYR2.70 dan mengikuti media sosial KOL tersebut, akan berpeluang untuk memenangi hadiah pemberian percuma itu. KOL akan menghadiahkan UniPin Credit bersamaan dengan sejumlah 10,000 MLBB Diamonds kepada penonton.

Jadual siaran KOL boleh dijumpa di akaun Instagram @unipin_malaysia setiap hari. Jangan lupa untuk menonton siaran langsung streamer Mobile Legends kegemaran anda!

Maklumat lanjut tentang promosi UniPin, pembelian MLBB Diamonds dan aktiviti lain boleh diakses secara rasmi di unipin.com.

Mengenai UniPin

UniPin (Universal Pin) ialah penyedia perkhidmatan hiburan digital terkemuka dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dengan 18.7 juta pengguna aktif di 33 negara di seluruh dunia. Disokong oleh rangkaian saluran pembayaran yang komprehensif, UniPin menyediakan pin elektronik (UniPin Credit) yang boleh digunakan di atas pelbagai jenis permainan video daripada pelbagai penerbit permainan video. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://corp.unipin.com.

Untuk pertanyaan media

Kezia Maharani
Media Relations
pr@unipin.com
Telefon: +62 856-9545-3161

Source: UniPin
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services