SINGAPURA, 11 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Salah satu daripada permainan mudah alih yang paling popular di dunia, PUBG MOBILE, sedang mencipta Games for Good. Di samping membangunkan permainan dengan pengalaman Battle Royale di luar realiti yang lengkap untuk para pemain, PUBG MOBILE berazam untuk membangunkan permainan dengan misi untuk memberi manfaat kepada komuniti kami.
Di Technology For Change Week Asia 2022 (Minggu Teknologi Untuk Perubahan Asia 2022) anjuran Economist Impact, PUBG MOBILE berkongsi dengan khalayak antarabangsanya tentang kepentingan ekosistem permainan yang memanfaatkan platform mereka untuk niat yang baik. Tatkala permainan video menjadi sebahagian penting dalam kehidupan kita, ekosistem perlu menangani kebimbangan dan mewujudkan persekitaran dalam permainan yang seimbang dan selamat untuk para pemain. Ketika kebimbangan semakin meningkat terhadap ketagihan permainan, PUBG MOBILE telah memanfaatkan kedudukannya di Asia Tenggara, di mana permainan mudah alih dalam talian di kalangan anak muda sedang berkembang pesat, untuk mewujudkan persekitaran permainan yang sihat dan mampan.
Permainan video dan mudah alih telah menjadi trend global. Menurut GlobalData, pasaran permainan mudah alih dianggarkan meningkat kepada $272 bilion menjelang 2030. Asia Tenggara khususnya ialah tempat tumpuan utama bagi sektor permainan dengan 82% daripada populasi bandar dalam talian terdiri daripada pemain. Vincent Wang, pengurus besar penerbitan global dan esport global untuk Tencent Games, berkongsi dalam pembentangannya di acara Technology For Change Week Asia 2022 bahawa permainan, terutamanya permainan mudah alih, telah menjadi talian hayat sosial untuk milenial muda. Wang berkata, "Sebagai penerbit permainan, kami berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami bekerjasama dengan pihak berkuasa, peserta industri lain, ibu bapa dan sekolah untuk mendidik dan memastikan kesejahteraan generasi muda ini."
PUBG MOBILE menggunakan pendekatan serampang tiga mata People, Planet, Potentials (Orang Ramai, Planet, Potensi) untuk menerajui dalam memanfaatkan Games for Good.
People (Orang Ramai)
Orang ramai, ataupun lebih tepatnya pemain, dan kesejahteraan mereka adalah keutamaan PUBG MOBILE. Kawalan diri adalah penting, dan PUBG MOBILE menjadikannya keutamaan untuk mengingatkan pemain untuk berehat atau berhenti setelah menghabiskan jumlah waktu tertentu dalam permainan. Untuk mendidik para pemain tentang kepentingan kesederhanaan, Tencent Games melaksanakan Sistem Pengurusan Permainan untuk PUBG MOBILE dalam tahun 2019, dan merentas 20 negara. Sistem Pengurusan Permainan juga menghantar notis nasihat permainan kepada pemain-pemain di bawah umur dari saat mereka melancarkan aplikasi mereka.
Inklusiviti juga merupakan keutamaan PUBG MOBILE. Rabun warna menjejaskan lebih daripada 300 juta orang di seluruh dunia. Dalam maklum balas langsung kepada permintaan komuniti, PUBG MOBILE telah menyepadukan Color Blind Mode (Mod Rabun Warna) untuk membantu para pemain semasa permainan mereka.
Permainan bukan lagi hanya sekadar hobi. Sejak tahun 2018, PUBG MOBILE telah membangunkan ekosistem esport global berstruktur untuk menyokong pemain amatur, separa profesional, profesional serta peringkat negara-rantau-dunia untuk pemain memulakan perjalanan esport mereka. Hari ini, PUBG MOBILE ESPORT telah meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah, menarik 500,000 pasukan untuk mengambil bahagian.
Planet (Planet)
Bagi PUBG MOBILE, Planet adalah sama penting dengan permainan mereka. Dalam tahun 2019, PUBG MOBILE bekerjasama dengan Global Green untuk kempen impak sosial #Fight4TheAmazon bagi menyelamatkan hutan hujan Amazon. Kempen ini mendapat kejayaan besar apabila 150,000 pokok ditanam di hutan hujan Amazon yang membantu membina komuniti yang kurang dilayani serta ekosistem di seluruh negara dengan menyediakan sumber bagi mereka setelah bencana perubahan iklim.
Untuk terus memacu kesedaran iklim, PUBG MOBILE memperkenalkan ribut pasir dalam permainan di peta Miramar battle royale, dengan pesanan dalam talian yang menekankan keperluan untuk 'melindungi planet ini' dan 'More Green More Oxygen' ('Lebih Hijau Lebih Oksigen.')
PUBG MOBILE juga melancarkan acara Play As One (Bermain Sebagai Satu) dan menyumbang US$1.85 juta untuk menyokong Yayasan Direct Relief, yang menyediakan sokongan buat pekerja penjagaan kesihatan semasa pandemik coronavirus. Ia juga telah melancarkan inisiatif #PlayApartTogether, menggalakkan para pemain untuk mengikuti panduan kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti mengekalkan penjarakan fizikal.
Potentials (Potensi)
PUBG MOBILE mewujudkan peluang kerjaya baharu untuk komuniti tempatan merentas pelbagai sektor. Ini termasuk infrastruktur (jurutera rangkaian, pengendali) dan industri berkaitan seperti pengurusan acara dan banyak lagi.
Permainan video dan mudah alih telah menjadi bahagian besar dalam kehidupan seharian kita. Sebagai salah satu blokbuster global dunia, PUBG MOBILE bukan sekadar memenuhi tujuannya sebagai satu permainan, malah juga bertindak sebagai hab yang menghubungkan para pemain dari seluruh dunia dan, sebagai satu jenama, menggalakkan pemain untuk hidup sepenuhnya. Setakat hari ini, ia telah diperkenalkan di lebih daripada 200 pasaran di seluruh dunia, dan mencapai lebih dari 1 bilion muat turun terkumpul di seluruh dunia, dengan seramai 50 juta pengguna aktif harian. Dengan memanfaatkan komuniti permainan dalam taliannya, PUBG MOBILE berusaha untuk memanfaatkan kuasa permainan digital, dengan memupuk komuniti dan budaya permainan yang selamat, inklusif dan sihat.