omniture

Modul I/O Keselamatan Analog Baharu daripada Rockwell Automation Penuhi Keperluan Pasti-Selamat (Fail Safe)

I/O keselamatan FLEX 5000 menyediakan pemantauan peranti dan ciri-ciri perlindungan keselamatan untuk aplikasi proses.
Rockwell Automation
2022-03-14 13:49 124

SINGAPURA, 14 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus dalam automasi industri dan transformasi digital, melancarkan modul I/O keselamatan analog Allen-Bradley FLEX 5000 baharu untuk membantu pengendali proses memenuhi keperluan pasti-selamat (fail-safe) dan meminimumkan risiko masa henti yang berkaitan dalam pelbagai aplikasi proses.

Modul I/O Keselamatan Analog Baharu daripada Automasi Rockwell Memenuhi Ciri-Ciri Pasti-Selamat (Fail-Safe)
Modul I/O Keselamatan Analog Baharu daripada Automasi Rockwell Memenuhi Ciri-Ciri Pasti-Selamat (Fail-Safe)

 

Modul I/O keselamatan analog daripada Rockwell Automation menawarkan keselamatan bersepadu dengan keupayaan sistematik sehingga SC 3. Modul ini diperakui oleh TÜV sehingga SIL 3, PLe, Cat. 4. Ia juga boleh dipasang pada bank I/O yang sama dengan modul standard FLEX I/O 5000 bagi mengurangkan kos dan kerumitan sistem.

Modul I/O keselamatan analog FLEX 5000 sangat sesuai untuk aplikasi proses yang mana pengukuran kelajuan atau frekuensi, suhu, tekanan atau pemantauan sensor aliran diperlukan demi perlindungan keselamatan berfungsi. Aplikasi yang berpotensi termasuk penutupan kecemasan, pengurusan penunu (burner), kawalan turbin, kawalan pemampat, dandang pembantu minyak dan gas, perlindungan tekanan tinggi, pencahayaan dan pengurusan pengudaraan.

Dengan modul baharu ini, rangkaian produk FLEX 5000 kini merangkum portfolio lengkap modul I/O pasti-selamat (fail-safe) diskret dan analog untuk pelbagai jenis aplikasi. Pengguna boleh memilih I/O yang memenuhi keperluan operasi mereka.

I/O FLEX 5000 juga dapat mengurangkan masa henti dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada diagnostik proses tambahan melalui HART yang amat bersepadu dalam aplikasi Studio 5000 Logix Designer. Ia dapat mengurangkan jejak keseluruhan dengan membenarkan penamatan langsung isyarat lapangan. Ia juga dapat menjimatkan masa kejuruteraan melalui integrasi yang ketat dengan arahan yang ditetapkan dalam PlantPAx 5.0 dan sistem di atas.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 24,500 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.


 

 
Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services