omniture

Casio bakal Lancar BABY-G Baharu untuk Pengembaraan Luar yang Menyeronokkan

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-03-15 09:00 200

TOKYO, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan baharu kepada rangkaian jam tangan kalis hentakan BABY-G untuk wanita. Casio akan melancarkan secara berperingkat-peringkat sejumlah enam jam tangan BGA-310 dan BGA-310C yang direka dan diwarnakan untuk fesyen luar.

BGA-310 dan BGA-310C
BGA-310 dan BGA-310C

Kesemua jam tangan baharu ini berciri kalis hentakan dan direka untuk wanita yang aktif. Ia mempunyai bekas jam berbentuk bulat yang menyeronokkan dan terkenal serta menggabungkan empat tanda indeks bersaiz besar yang bercahaya dalam gelap agar sesuai dengan gaya luar. Boleh didapati dalam pelbagai warna yang diinspirasikan oleh fesyen luar -- merah jambu karang matt, kuning air kapas, biru kelasi, biru pucat, putih dan hitam -- ia amat bersesuaian dengan pilihan fesyen yang pelbagai. Secara keseluruhan, enam variasi warna disediakan.

Menonjolkan kecerahan warna yang digunakan untuk pengetat dan poket pada pakaian luar, sekilas warna dalaman melalui celahan pada bahagian sisi bezel menambah sentuhan yang ceria.

Ketiga-tiga model BGA-310C ini menampilkan tali jam kain daripada fabrik mesra alam yang diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula. Di samping itu, kedua-dua model ini menawarkan pelbagai jenis pergerakan pada pemegang, yang mana tali jam bersambung untuk padanan yang lebih baik dan lebih selesa.

Keenam-enam jam tangan ini dilengkapi dengan dua lampu LED dengan keamatan tinggi yang menerangi baik LCD mahupun muka jam untuk pembacaan yang mudah walaupun di tempat-tempat yang gelap. Selain daripada butang lampu yang besar dan mudah diakses di bawah kedudukan pukul 6, fungsi lampu-auto juga membolehkan penggunaan secara bebas tangan. Apabila fungsi ditetapkan, hanya dengan kecondongan pada pergelangan tangan dapat menyalakan jam tangan, satu ciri yang pastikan dihargai oleh mereka yang berkhemah dan pengembara luar yang lain ketika kedua-dua tangan digunakan sepenuhnya.

BGA-310C-3A/BGA-310C-2A/BGA-310C-1A
BGA-310C-3A/BGA-310C-2A/BGA-310C-1A

 

BGA-310-4A/BGA-310-7A/BGA-310-7A2
BGA-310-4A/BGA-310-7A/BGA-310-7A2

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail