omniture

Casio bakal Lancar MT-G Kalis Hentakan dengan Profil Lebih Nipis

CASIO COMPUTER CO., LTD
2022-03-15 09:00 208

Menampilkan Modul Nipis Baru Dibangunkan dan Struktur Kalis Hentakan

TOKYO, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MTG-B3000, yang mempunyai modul nipis yang inovatif dan binaan kalis hentakan, merupakan penambahan yang lebih diperkemas kepada rangkaian jam tangan MT-G, yang mana kesemuanya menampilkan binaan yang memanfaatkan sepenuhnya sifat logam dan resin.

MTG-B3000BD-1A2
MTG-B3000BD-1A2

MTG-B3000 menggandingkan modul nipis yang inovatif dan strukur kalis hentakan bagi menghasilkan jam tangan kalis hentakan diperkemas dengan bekas jam berukuran lebih 2mm lebih nipis berbanding model terdahulu*.

* MTG-B1000

Memanfaatkan sepenuhnya teknologi pemasangan berketumpatan tinggi, Casio telah membangunkan modul yang paling nipis untuk kronograf solar G-SHOCK. Bagi memenuhi struktur kalis hentakan serba baharu yang diperlukan oleh modul nipis yang baharu ini, Casio membawakan struktur Dual Core Guard yang jauh lebih canggih. Struktur pelindung yang baru dibangunkan ini melindungi modul ini dengan bekas resin diperkuat oleh karbon dan menutup bahagian luar dengan komponen logam, seterusnya mengekalkan rupa serta tekstur logam dan dalam masa yang sama mengurangkan berat serta melindungi selanjutnya modul ini dengan belakang bekas jam menampilkan bahagian sisi yang timbul.

Proses menekan, memotong dan menggilap yang berulang diaplikasikan bagi menghasilkan belakang bekas jam keluli tahan karat yang tertonjol ke atas dalam bentuk 3D. Bahagian sisi yang timbul melindungi pemutar dan butang serta berfungsi sebagai pemegang untuk mengunci tali jam tangan. Kesemua reka bentuk dan teknologi inovatif ini menghasilkan jam tangan logam dengan bekas jam berukuran hanya 12.1mm yang amat selesa untuk dipakai.

Apabila menyebut tentang fungsi, MTG-B3000 membawakan penentukuran dikawal-radio dan sambungan Smartphone Link melalui Bluetooth®. Jam tangan ini berhubung dengan aplikasi telefon pintar CASIO WATCHES khusus untuk melaraskan kepada waktu yang betul secara automatik. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengecasan solar dan lampu LED dengan kecerahan tinggi bagi tujuan praktikaliti dan kemudahan.

MTG-B3000B-1A / MTG-B3000BD-1A / MTG-B3000BD-1A2
MTG-B3000B-1A / MTG-B3000BD-1A / MTG-B3000BD-1A2

 

Modul nipis inovatif / Struktur kalis hentakan baharu menampilkan bekas belakang dengan sisi yang timbul
Modul nipis inovatif / Struktur kalis hentakan baharu menampilkan bekas belakang dengan sisi yang timbul

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services