omniture

East Ventures menjadi firma modal teroka pertama Indonesia tandatangani Prinsip-prinsip untuk Pelaburan yang Bertanggungjawab PBB

East Ventures
2022-03-15 15:16 106

JAKARTA, Indonesia, 15 Mac 2022 /PRNewswire/ -- East Ventures, firma modal teroka agnostik-sektor perintis dan terkemuka di Indonesia, secara rasminya menjadi penandatangan Prinsip-prinsip untuk Pelaburan yang Bertanggungjawab PBB (UN Principles for Responsible Investment, UN PRI) sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mewujudkan keputusan pelaburan dan pemilikan yang bertanggungjawab serta mampan. East Ventures menjadi firma modal teroka pertama Indonesia yang disenaraikan sebagai penandatangan; yang menguatkan lagi kepercayaannya bahawa pelaksanaan pendekatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) akan bertindak sebagai prinsip yang didorong oleh kemampanan untuk semua pengusaha. East Ventures komited untuk menjadi peneraju dalam mengenal pasti dan menyokong inisiatif-inisiatif yang relevan demi mendorong tindakan yang lebih mampan.

East Ventures
East Ventures

" East Ventures percaya bahawa kemampanan pasti dan akan terus menjadi fokus dalam segala-gala yang kami lakukan dan kami telah menyepadukan pendekatan ESG ke dalam amalan kami. Kami berharap agar melalui penandatanganan UN PRI, kami akan dapat mengukuhkan lagi komitmen kami untuk mencapai pembangunan yang mampan dan membawa impak yang lebih positif kepada masyarakat," kata Avina Sugiarto, Rakan Kongsi Usaha Niaga East Ventures.

PRI ialah penyokong pelaburan yang bertanggungjawab yang terkemuka di dunia, disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Melalui penandatanganan UN PRI, East Ventures akan mengamalkan dan melaksanakan selanjutnya sumbangan penandatangan bagi membangunkan sistem kewangan global yang lebih mampan selain meneruskan penerapan enam Prinsip untuk Pelaburan yang Bertanggungjawab demi mencapai objektif-objektif masyarakat yang lebih luas.

Enam Prinsip Pelaburan yang Bertanggungjawab termasuk: (1) untuk menerapkan isu-isu ESG ke dalam analisis pelaburan dan proses membuat keputusan, (2) untuk menjadi pemilik yang aktif dan menerapkan isu-isu ESG ke dalam dasar dan amalan pemilikan kami, (3) untuk mendapatkan pendedahan yang sesuai berhubung isu-isu ESG oleh entiti-entiti yang kami labur, (4) untuk menggalakkan penerimaan dan pelaksanaan Prinsip-prinsip dalam industri pelaburan, (5) untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan keberkesanan kami dalam melaksanakan Prinsip-prinsip ini dan (6) untuk melaporkan aktiviti dan kemajuan kami ke arah melaksanakan Prinsip-prinsip ini.

East Ventures telah dan akan terus menerapkan prinsip-prinsip ini dengan aktif dalam operasi hariannya serta dalam ekosistemnya. East Ventures telah melabur dalam beberapa syarikat pemula yang menggalakkan kemampanan demi persekitaran yang lebih hijau: Aruna (E-dagang perikanan), Xurya (Syarikat pemula solar), Waste 4 Change (pengurusan sisa); menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan: Nalagenetics dan Nusantics (Bioteknologi), Mindtera dan Riliv (Kesihatan mental) dan Homage (penjagaan orang tua); menggalakkan pendidikan yang berkualiti: Ruangguru, T-labs, Geniebook (Teknologi Pendidikan), mengurangkan sisa makanan, Treedots (perdagangan sosial) dan banyak lagi yang lain.

Impak sosial yang dibawa oleh ekosistem ini juga sejajar dengan isu-isu utama Presidensi G20 Indonesia, termasuk Seni Bina Kesihatan Global, Transformasi Digital dan Peralihan Tenaga Lestari. Tambahan pula, firma ini juga telah mengadakan dan menaja acara-acara yang selari dengan matlamat yang sama, seperti menganjurkan Women with Impact Forum secara berkala sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap strategi mengarus perdana gender.

"Kami telah dan akan terus menerapkan prinsip-prinsip ini ke dalam amalan kami dan memastikan pelaksanaan juga dapat diperlihatkan dalam ekosistem kami bagi mencetuskan impak yang lebih positif untuk masyarakat," simpul Avina.

Untuk maklumat lanjut mengenai UN PRI, sila kunjungi https://www.unpri.org/

Latar Belakang East Ventures

East Ventures  ialah sebuah firma modal teroka agnostik-sektor perintis dan terkemuka di Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures telah berubah menjadi platform holistik yang menyediakan pelaburan pelbagai peringkat termasuk Benih dan Pertumbuhan untuk lebih 200 syarikat di Asia Tenggara.  

Syarikat yang percaya di peringkat awal mengenai ekosistem syarikat pemula di Indonesia, East Ventures merupakan pelabur pertama dalam syarikat-syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka lain dalam portfolio ini termasuk Ruangguru, Warung Pintar (diambil alih oleh SIRCLO), Kudo (diambil alih oleh Grab), Loket (diambil alih oleh Gojek), Tech in Asia, Xendit, IDN Media, MokaPOS (diambil alih oleh Gojek), ShopBack, KoinWorks, Waresix dan Sociolla.

East Ventures dinamakan sebagai dana modal teroka (VC) berprestasi terunggul yang paling konsisten di seluruh dunia oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di SEA dan Indonesia oleh pelbagai media.

Source: East Ventures
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Corporate Social Responsibility Venture Capital