CHANGSHA, China, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dokumentari sejarah dan kemanusiaan utama - CHINA - oleh Mango TV dan Hunan TV, akan menamatkan musim keduanya pada 15 Mac ini. Musim ini menyingkap pelbagai kisah Cina termasuk perjalanan rakan-rakan antarabangsa dan terkenal yang telah menyumbang kepada pertukaran budaya antara China dan negara-negara asal mereka.
Warga asing bersejarah dan terkenal yang ditampilkan dalam dokumentari ini termasuk mubaligh Jesuit Itali, Matteo Ricci yang melawat China pada lewat dinasti Ming, mubaligh Flemish, Ferdinand Verbiest yang tiba di China semasa pemerintahan Maharaja Kangxi dalam dinasti Qing dan Halliday Macartney, pakar bedah tentera dan kemudiannya seorang diplomat yang tiba di China semasa pemerintahan Maharaja Qianlong, juga dalam dinasti Qing.
Musim kedua CHINA mengambil perspektif sejarah melalui penceritaan dan mempersembahkan kisah-kisah tokoh-tokoh penting dalam pembangunan kemanusiaan dan sejarah China melalui interpretasi adegan, menonjolkan adegan yang maju seperti kemuncak puisi Cina dalam dinasti Tang, kemakmuran estetika dinasti Song dan bentuk seni Yuanqu yang berkembang maju dalam Dinasti Yuan dan dalam masa yang sama mendedahkan emosi sebenar watak-watak.
Dokumentari ini menghuraikan mengenai konteks budaya melalui visi global untuk mencipta prolog Cina yang selari dengan sejarah dunia - Matteo Ricci, mubaligh Itali, merapatkan jurang budaya antara China dan Barat selepas beliau mempelajari bahasa dan budaya Cina; tujuh pelayaran Zheng He ke Barat merupakan penjelajahan dunia yang berani oleh pengembara Cina; Xu Guangqi yang menterjemahkan The Elements of Geometry with Ricci Euclid, memperkenalkan sistem sains semula jadi kepada China yang menghubungkan dengan lebih erat China bersama dunia.
Sejak zaman dahulu kala, pertukaran budaya antara China dan dunia kerap digalakkan dan dalam menangani tamadun-tamadun yang berbeza, China sentiasa menekankan untuk mengkaji, menguasai, mengintegrasi dan menginovasi, mencerminkan atitud China yang bersemangat, ramah dan cintakan keamanan. Sejarah menunjukkan bahawa hanya melalui komunikasi dan pembelajaran bersama sesebuah tamadun dapat benar-benar rancak berkembang dan bersemangat. Dokumentari ini dihasilkan dengan prinsip keterbukaan dan keterangkuman budaya-budaya yang berbeza dan berharap dapat menceritakan kisah bersejarah dan memaparkan budaya Cina melalui teknik penceritaan yang inovatif dan sentuhan emosi.
Latar Belakang Dokumentari CHINA Musim 2
Dokumentari sejarah CHINA Musim 2 meninjau legasi China dalam dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Qing, memaparkan nilai estetika Timur dengan teknologi sinematik yang terkini.