omniture

iGene Laboratory lancar ujian PCR COVID-19 berasaskan air liur di Singapura

iGene Laboratory Pte Ltd
2022-03-16 08:30 57

SINGAPURA, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dalam usaha ke arah meredakan sifat calitan hidung yang tidak selesa, ujian PCR COVID-19 berasaskan air liur yang baharu kini tersedia di klinik-klinik rakan kongsi iGene Laboratory yang terpilih di seluruh Singapura.


Ketua Eksekutif iGene Laboratory - Kane Black
Ketua Eksekutif iGene Laboratory - Kane Black

Ujian ini dapat mengesan kesemua strain varian COVID-19 antara yang diketahui setakat ini, termasuk varian Omicron yang terkini. Ujian PCR COVID-19 berasaskan air liur turut diterima sebagai ujian pengembara sebelum berlepas ke negara-negara seperti Kanada, Jepun, Korea, Taiwan dan A.S.*

Menawarkan kemudahan kepada golongan profesional perubatan dan pesakit di seluruh Asia Tenggara, iGene Laboratory ialah subsidiari milik penuh pembangun diagnostik perubatan, INEX Innovate yang beribu pejabat di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif INEX Innovate, Kane Black berkata: "Sampel air liur adalah jauh lebih baik berbanding calitan nasofarinks (hidung) invasif yang digunakan pada masa ini. Kami melihat kaedah ini adalah positif khususnya untuk kanak-kanak dan golongan dewasa yang lebih tua yang umumnya mengalami lebih ketidakselesaan semasa proses ujian."

Ujian berasaskan air liur ini menggunakan metodologi Tindak Balas Berantai Polimerase (PCR) bagi mengupayakan pengesanan Asid Ribonukleik (RNA) virus, bahan genetik COVID-19, seterusnya mengenal pasti mereka yang mengalami jangkitan COVID-19 yang aktif.

Pendekatan Tidak Invasif Untuk Ujian COVID-19

Dengan mengambil pendekatan tidak invasif, ujian ini mengambil air liur yang terkumpul daripada rongga mulut yang menghapuskan keperluan untuk ahli profesional rawatan kesihatan mengambil calitan nasofarinks.

"Ujian air liur sentiasa mencabar ekoran kelikatan air liur dan bahan cemar yang mungkin terdapat dalam spesimen jenis ini. Walau bagaimanapun, reka bentuk proprietari dan protokol kami dapat menangani cabaran berkenaan dan setara dengan ujian PCR standard yang dapat mengesan COVID-19 daripada calitan nasofarinks atau hidung," kata Black.    

"Dengan menghapuskan keperluan terhadap calitan hidung invasif, pengembara, kanak-kanak dan orang tua akan mendapat paling banyak manfaat daripada kemudahan dan kepantasan ujian air liur, dijalankan di semua klinik rakan kongsi kami di seluruh Singapura," tambah beliau.

Apabila berkunjung ke klinik rakan kongsi untuk mendapatkan ujian COVID-19, pengembara sebelum berlepas serta individu yang mencari ujian standard mungkin mempunyai pilihan untuk mengambil sampel air liur, tawar Black.

Kunjungi www.igenelab.com untuk mencari klinik rakan kongsi iGene Lab di Singapura.

*Lihat https://www.mfa.gov.sg/where-are-you-travelling-to untuk maklumat terkini. Pengembara bertanggungjawab untuk menyemak keperluan destinasi untuk ujian pra-perlepasan.

Latar Belakang iGene Laboratory: 

iGene Laboratory Pte Ltd ialah Makmal Penjujukan Generasi Seterusnya termaju berpangkalan di Singapura yang menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik, ujian pranatal tidak invasif, penyelidikan klinikal (CRO) dan ujian COVID-19.

Syarikat ini merupakan subsidiari milik penuh INEX Innovate Pte Ltd.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.igenelab.com

Source: iGene Laboratory Pte Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Travel New products/services