BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pasukan penyelidikan saintifik daripada Gene Solutions telah mencipta teknologi biopsi cecair SPOT-MAS untuk meningkatkan pengesanan peringkat awal banyak kanser. Teknologi ini dijangka dapat membentuk semula landskap pemeriksaan kanser peringkat awal, lalu menjadikannya lebih berpatutan dan boleh diakses untuk penduduk yang ramai.
Secara global, kanser mengakibatkan satu dalam enam kematian dengan lebih daripada 21 juta orang semakin mengalaminya setiap tahun. 70% kanser dalam kalangan pesakit dikesan pada tahap lewat yang mana rawatan menjadi tidak berkesan manakala pengesanan lebih awal dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup akibat kanser kepada 90% hingga 95% berbanding 5% hingga 20% pada tahap lewat dengan ketara. Di Asia Tenggara, 1.7 juta kes kanser baharu dilaporkan saban tahun dan prevalens kematian kanser dijangka mencecah sehingga 45% lebih tinggi pada tahun 2030 (WHO). Memandangkan kanser seringkali dikesan pada tahap lewat, rawatan menjadi rumit dan beban kewangan ke atas pesakit, sistem kesihatan dan masyarakat merupakan satu masalah yang besar. Akibat-akibat ini membimbangkan dan mendorong keperluan untuk diagnosis lebih awal, lalu memberikan pesakit dengan peluang yang lebih besar untuk hidup dan menjalani kehidupan lebih berkualiti.
Pemeriksaan awal kanser dengan biopsi cecair
Kanser ialah penyakit yang dipacu oleh mutasi dan mengenal pasti mutasi berkenaan dapat membantu doktor memutuskan rawatan yang terbaik untuk pesakit mereka. Walau bagaimanapun, pemeriksaan kanser semasa mempunyai beberapa batasan seperti pemeriksaan satu-jenis, pendedahan terhadap radiasi, prosedur yang invasif dan kadar positif-palsu yang tinggi, lalu menyebabkan keresahan dan diagnosis yang tidak perlu.
Biopsi cecair ialah ujian darah dan ia bertujuan untuk mengesan sel kanser awal yang mungkin beredar dalam aliran darah yang dikenali sebagai jejak genetik kanser: DNA tumor beredar (ctDNA). SPOT-MAS (Screening for the Presence Of Tumor by Methylation And Size), dibangunkan oleh Gene Solutions - Vietnam, teknologi biopsi cecair yang menganalisis berbilang ciri ctDNA dalam satu pengambilan darah sambil menggunakan algoritma pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan ketepatan ujian.
Teknologi biopsi cecair yang unik dan berpatutan daripada Gene Solutions
Dengan kadar prestasi yang lebih tinggi untuk mengesan ctDNA yang jarang dijumpai dan kos yang lebih rendah berbanding standard pasaran, SPOT-MAS memulakan Titik-Jagaan (POC) biopsi-cecair yang berpatutan untuk pengurusan kanser di negara-negara sedang membangun di mana 75% daripada kematian kanser global, dibuktikan oleh penyelidik, berlaku.
Teknologi biopsi cecair SPOT-MAS yang menggunakan ctDNA tumor dibebaskan ke dalam aliran darah bagi tujuan pengesanan kanser lebih awal merupakan satu inovasi perintis lantaran pendekatannya yang ringkas melalui pengambilan darah, pengesanan berbilang kanser dan ketepatan yang tinggi.
"Kami mengambil masa selama lebih daripada tiga tahun untuk membangunkan teknologi SPOT-MAS, iaitu biopsi cecair yang unik dan berpatutan yang dibangunkan daripada lebih 1,600 kohort kawalan-kes dan pangkalan data genomik yang besar dengan lebih daripada 20,000 pesakit kanser. Menerusi teknologi ini, kami memiliki misi yang bercita-cita tinggi untuk mengupayakan penyaringan kanser secara rutin untuk setiap individu, lantas mengubah standard penjagaan kanser," kata Dr. Hoai-Nghia Nguyen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gene Solutions.
Gene Solutions memiliki rekod prestasi cemerlang dalam penerbitan saintifik dalam bidang biopsi cecair kanser. Teknologi SPOT-MAS bersedia untuk membentuk semula landskap pemeriksaan awal kanser, lalu menjadikannya lebih berpatutan dan mudah dicapai untuk penduduk yang ramai memandangkan ia dapat mengurangkan kerumitan rawatan, kadar kematian, kos rawatan perubatan pesakit dan beban yang diletakkan ke atas sektor rawatan kesihatan.
Latar Belakang Gene Solutions
Gene Solutions ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Dr. Nguyen Hoai Nghia, Dr. Nguyen Huu Nguyen dan Dr. Giang Hoa. Mempelopori bidang teknologi DNA bebas-sel berkos-rendah, pasukan elit ini hadir dengan pengetahuan yang luas dan pengalaman praktikal dalam genetik/genomik perubatan, biologi kanser dan perubatan klinikal. Dengan aplikasi teknologi canggih, Gene Solutions menjadi sebuah syarikat terkemuka dalam genetik translasi, mengkhusus dalam menyediakan penyelesaian genetik yang komprehensif dalam sektor reproduktif, teknologi reproduktif terbantu, pemeriksaan risiko kanser dan pemprofilan genetik tumor, diagnosis penyakit genetik dan penemuan diri. Ketika ini, Gene Solutions memegang bahagian pasaran ujian genetik masing-masing sebanyak lebih 80% dan 50% untuk pemeriksaan pranatal dan onkologi di Vietnam.