omniture

Pasture Umum Pelitup Muka N95 Pembedahan Diperakui Halal Pertama untuk Kegunaan Rawatan Kesihatan dan Awam

Pasture Group
2022-03-16 13:00 91

Majlis Ulama Indonesia memperakui pelitup muka sebagai halal selepas diaudit oleh LPPOM. Kemudahan ini juga mendapat kelulusan gred-perubatan daripada US FDA, NIOSH (N95), CE (FFP2), ISO dan GMP.

SINGAPURA, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Pasture Group, pengeluar peranti perubatan dan syarikat farmaseutikal global yang terkemuka di Singapura, mendedahkan akreditasinya sebagai pengeluar pelitup muka N95 berkelulusan US FDA diperakui halal yang terunggul di dunia untuk kegunaan rawatan kesihatan dan awam.

The halal-approved Pasture PM 30 N95 has an adjustable clip to help users find their best fit, and to prevent the mask from slipping down.
The halal-approved Pasture PM 30 N95 has an adjustable clip to help users find their best fit, and to prevent the mask from slipping down.

Pasture Group pengeluar pelitup muka gred-perubatan berkualiti tinggi untuk kegunaan sektor Kesihatan, keselamatan pekerjaan dan awam. Syarikat ini memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka bagi menghasilkan pelitup muka khas bermula tahun 2005, susulan daripada wabak SARS. Di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini, syarikat ini membekalkan lebih 100 juta pelitup muka gred pembedahan dan respirator N95 ke seluruh dunia. Pasture kekal sebagai salah satu daripada dua syarikat di dunia yang mendapat kelulusan US FDA untuk pelitup muka N95 untuk kegunaan orang awam semasa pandemik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pasture Group, Lloyd Soong, pensijilan halal ini bagi memastikan agar pengguna merasa yakin bahawa produk ini memenuhi nilai-nilai agama dan selamat digunakan.

"Selepas Pasture memenangi tender kerajaan terbesar di Malaysia pada tahun 2018, kami mendapati ramai petugas kesihatan yang memakai hijab atau songkok menghadapi kesukaran memakai atau menanggalkan pelitup muka. Kami ingin menyelesaikan masalah ini, maka kami mencipta pelitup muka Pasture PM30 N95 – salah satu pelitup muka NIOSH N95 pertama di dunia dengan gelung telinga – direka khas dengan klip boleh laras untuk memenuhi keperluan petugas kesihatan yang memakai penutup kepala dengan selesa. Kami juga memastikan agar rangkaian PM dan pelitup muka Kanak-kanak kami diperakui halal," kata Soong.

Komitmen padu untuk memastikan kualiti produk yang tinggi berserta keterangkuman dan keselamatan

Pasture telah menjalani prosedur yang panjang dan rumit untuk memastikan pematuhan halal produknya, suatu proses yang lama bermula lima tahun yang lalu. Ini termasuk melaksanakan Sistem Jaminan Halal (HAS) dan memastikan agar seluruh proses pembuatan dan pasca-pembuatan adalah halal. Hanya menggunakan bahan-bahan mentah dari pembekal yang diperakui halal berserta kaedah-kaedah penyimpanan yang patuh halal tanpa risiko pencemaran.

Pelitup muka Pasture memperoleh pensijilan halal pada 26 Januari 2022 daripada LPPOM MUI, institusi yang diluluskan kerajaan Indonesia yang berkuasa untuk mengeluarkan sijil halal untuk ubat-ubatan dan kosmetik di Indonesia. Pematuhan halal Pasture turut mengikuti persyaratan daripada JAKIM dan permohonan pengauditan juga telah dibuat. Syarikat mendapat khidmat nasihat daripada bekas Timbalan Ketua agensi kerajaan persekutuan bagi hal ehwal agama, Malaysia (JAKIM). Di samping itu, kemudahan dan operasi syarikat ini turut diperakui oleh US FDA, NIOSH, CE, ISO dan GMP.

"Pelitup muka yang baik memberi perlindungan penuh daripada zarah-zarah dalam udara yang anda disedut atau dihembus keluar. Apabila anda menghembus nafas, anda akan membebaskan partikel halus dan wap. Pelitup muka Pasture akan menghalang  partikel dan wap keluar dan masuk, ini memastikan pengguna selamat daripada partikel dan wap luar. Dengan pensijilan halal kami baru-baru ini, kami ingin memastikan agar pengguna bermula daripada petugas kesihatan yang memakai hijab atau jemaah haji yang menunaikan Hajj dan Umrah, berasa selamat dan selesa memakai pelitup muka," kata Soong.

Respirator PM30 N95 yang direka khas oleh Pasture tersedia di pasturemask.com. Ketahui lebih lanjut mengenai syarikat ini di pasturegroup.com.

Latar Belakang Pasture Group

Ditubuhkan pada tahun 1996, Pasture Group ialah sebuah syarikat peranti perubatan dan farmaseutikal global yang berpangkalan di Singapura. Syarikat ini berinovasi, menyelidik dan mengeluarkan pelitup muka, respirator dan produk farmaseutikal unik bagi melindungi dan meningkatkan komuniti. Pasture Group merupakan salah satu daripada hanya dua syarikat di dunia dengan respirator N95 berkelulusan US FDA untuk Kegunaan Orang Awam semasa kecemasan perubatan dan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pasturegroup.com
Untuk membeli pelitup muka, sila kunjungi pasturemask.com

Hubungan Media:
Pemasaran Pasture Group
+65 6515 6516
contact@pasturegroup.com

Source: Pasture Group
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services