KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Marshall Cavendish Education (MCE), penyedia penyelesaian pendidikan global untuk Pra-K hingga 12, hari ini memperkenalkan identiti jenama baharu yang bertujuan untuk mengembalikan semula keseronokan belajar dengan mempermudah pengalaman pembelajaran untuk pendidik dan pelajar.
COVID-19 membawakan dunia yang serba baharu dengan harapan yang lebih tinggi kepada pendidik dan pelajar untuk melakukan lebih lagi dan dengan lebih baik. Dengan pembaharuan jenama ini, MCE ingin menjadikan sumber-sumber pembelajaran dan pengajaran lebih mudah didekati dan lebih mudah dicapai, sesuai untuk digunakan dengan latar belakang geografi dan bahasa yang berbeza.
"Ini merupakan detik yang sangat penting untuk pelajar dan pendidik yang masih menyesuaikan diri kepada perubahan yang dicetuskan oleh pandemik ini. Kami melihat sekolah-sekolah di seluruh dunia telah mengambil kaedah pengajaran yang baharu dan pelajar terpaksa menyesuaikan semula cara mereka belajar.
Dengan identiti jenama baharu yang menggalakkan dan memeriahkan ini, kami ingin terus mencipta kandungan pembelajaran dan pengajaran berkualiti yang dirancang berasaskan kepada pedagogi yang terbukti, memenuhi keperluan pembelajaran secara peribadi serta maya dan lebih penting lagi, memupuk rasa seronok untuk belajar dalam kalangan pelajar," kata Yeoh Cheng Poh, Ketua Pendidikan, MCE.
Telah berada dalam industri ini selama lebih 60 tahun dan sumber-sumber mereka digunakan di lebih 85 negara, MCE mengalami gelombang perubahan dalam bidang pendidikan, dipengaruhi oleh evolusi teknologi dan baru-baru ini, pandemik.
Kini, laman sesawang MCE memaparkan antara muka yang baharu dan moden dengan kandungan yang diperkemas – halaman khusus untuk pendidik dan setiap tahap pendidikan, merangkumi sumber-sumber yang lebih mudah dibezakan dan berwawasan. Logo korporat telah dikemas kini dengan tanda kata yang lebih tersendiri dan bentuk seakan-akan gelembung pertuturan (speech bubble) untuk menonjolkan pendekatan bertumpukan komunikasi MCE.
Siri popular MCE seperti Marshall Cavendish Education Cambridge Primary dan IGCSE™ serta My Pals are Here! series dilengkapi dengan cetakan yang jelas dan kandungan digital yang sesuai untuk pembelajaran campuran. Bahan-bahan pembelajaran daripada MCE adalah menarik dan selaras dengan kerangka kurikulum yang berbeza seperti kurikulum dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan kurikulum tempatan yang lain.
MCEduHub, dilancarkan pada tahun 2019 dan diterima pakai oleh sekolah-sekolah di seluruh dunia, merupakan hab pembelajaran digital yang merangkumi bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran yang diperkemas termasuk program dan kursus untuk pembangunan pelajar dan pendidik. Sejajar dengan identiti jenama yang baharu, logo dan laman sesawang MCEduHub juga menjalani pembaharuan untuk memperibadikan pengalaman pembelajaran dan menjadikan sumber-sumber lebih mudah dicapai.
"Sebagai seorang pendidik, saya terus berusaha untuk memastikan rancangan mengajar saya bersifat interaktif, menyeronokkan dan lebih penting lagi, mudah difahami. MCEduHub membolehkan saya untuk mengurus bilik darjah saya secara maya dan memperibadikan cara saya mengajar setiap pelajar saya. Saya dapat menyemak tugasan mereka secara individu dan mengesan tahap kemajuan secara langsung untuk mengenal pasti keperluan penambahbaikan. Mereka juga seronok dapat mengambil dan menyemak nota kesemuanya pada satu platform," kata Urish Wynton, Ketua Jabatan (Matematik dan Sains), Wesley Methodist School Penang (International), Malaysia.
"Sejak menggunakan MCEduHub, saya perhatikan bahawa pelajar saya menunjukkan minat yang lebih tinggi untuk belajar berbanding sebelum ini dengan ketara. Saya tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan sepenuhnya platform ini ketika kami terus berkembang melalui cara kami mengajar dan belajar secara digital," tambah beliau.
Dengan identiti jenama baharu ini, MCE akan turut melancarkan inisiatif CSR pada tahun ini yang mana buku-buku akan disumbangkan kepada kanak-kanak di komuniti luar bandar yang disokong oleh World Vision International.
Latar Belakang Marshall Cavendish Education (MCE)
Marshall Cavendish Education (MCE) ialah penyedia penyelesaian pendidikan global yang mengkhusus untuk memupuk keseronokan belajar dan mempersiapkan pelajar untuk mendepani masa depan. Kami percaya bahawa cara yang terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan mempermudah pembelajaran dan mendengar keperluan sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa.
MCE menjadikan kandungan pendidikan yang bertaraf dunia lebih mudah dicapai melalui pengalaman lancar yang menyepadukan kedua-dua sumber cetakan dan digital. Kami menyediakan penyelesaian yang holistik dan hujung-ke-hujung yang disesuaikan mengikut keperluan sekolah, dengan pembangunan profesional untuk membantu pendidik melaksanakan kurikulum.
Kami telah bekerjasama dengan pihak kementerian, penggubal dasar, pendidik dan ibu bapa di lebih 85 negara, merancang penyelesaian pendidikan dalam 14 bahasa untuk Pra-K hingga 12. MCE merupakan satu-satunya penerbit berpangkalan di Asia yang merupakan rakan kongsi pengesahan Cambridge Assessment International Education.
www.mceducation.com