omniture

Boost Melancarkan Solusi "Gaming Storefront" Yang Menghubungkan Penerbit Permainan Maya dengan Lebih Dari 20 Juta Pemain Permainan Maya Di Malaysia

Game Connect menawarkan kemudahan pembelian tambah nilai permainan maya dan baucar untuk 63 jenis permainan maya yang harus dimiliki dan gedung permainan antarabangsa terunggul
Boost
2022-03-16 16:39 247

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Boost, cabang teknologi kewangan (fintech) Axiata, melancarkan dengan jayanya "Game Connect", melalui solusi Storefront untuk pemain permainan maya di Malaysia melalui subsidiarinya Boost Connect (dahulunya Apigate), Boost Connect adalah penyedia platform pembayaran rentas sempadan dan pertumbuhan pelanggan serantau. Storefront ini dibangunkan untuk Boost Life, eDompet pengguna dan platform pembayaran gaya hidup digital yang terkemuka di Malaysia.

Game Connect
Game Connect

Penyelesaian Storefront yang inovatif daripada Boost Connect dapat menampung keperluan pelanggan dan rakan kongsinya untuk mencapai pertumbuhan yang pesat dari segi permintaan pengguna untuk kandungan digital dalam permainan dan hiburan. Ia membolehkan pelanggan dan rakan kongsi meningkatkan tawaran mereka dengan cepat bagi mempelbagaikan permintaan gaya hidup digital pengguna akhir mereka dan dalam masa yang sama memacu lebih banyak trafik kepada perkhidmatan mereka, mencapai pengekalan pelanggan yang lebih baik dan meluaskan aliran pendapatan mereka.

Pengumuman ini menyusuli pelancaran Boost pada tahun lepas dengan Storefront yang serupa untuk syarikat gergasi telekomunikasi Kemboja Smart bagi menerokai pasaran baucar permainan di sana. 

Game Connect menyediakan pemain dengan penyelesaian mudah bagi keperluan permainan mereka. Ketika ini, solusi Storefront membolehkan penemuan dan pembelian lancar bagi tambah nilai permainan kegemaran pemain dan baucar. Sebagai permulaan Game Connect melalui solusi Storefront menyediakan 63 jenis permainan maya di gedung termasuk judul permainan seperti Mobile Legends, Genshin Impact, PUBG dan Roblox. Turut disediakan ialah baucar untuk gedung-gedung termasuk Playstation, Unipin, Razer, Google Play, Garena, Steam, Nintendo dan Amazon. 

Sementara itu, langganan pas permainan, peranti permainan & peranti persisian, pas masuk ke kejohanan permainan serta ciri 'Pay Later' ('Bayar Kemudian') untuk permainan dan peranti akan disediakan sepanjang tahun 2022. Lebih banyak penyedia dan rakan kongsi permainan akan turut ditambah dalam masa terdekat. Boost Game Connect boleh diakses melalui aplikasi Boost atau laman sesawang muka depan kedai khusus.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, "Tujuan kami adalah untuk mencipta ekosistem digital yang inklusif dengan penyelesaian yang boleh dicapai yang dapat memenuhi gaya hidup digital pelanggan kami. Malaysia mempunyai komuniti eSukan dan permainan yang amat berminat dan semakin berkembang. Hanya dua tahun yang lalu, kajian pasaran menunjukkan bahawa terdapat lebih 20 juta pemain[1] di negara ini dan jumlah ini tidak dapat dinafikan semakin meningkat. Game Connect merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menawarkan kepada pemain dengan penyelesaian sehenti dan akses yang mudah untuk membeli kredit permainan, baucar dan banyak lagi melalui satu platform."

Raja Mansukhani, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect
Raja Mansukhani, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect

Raja Mansukhani, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect berkata, "Kami teruja dengan pelancaran ini. Game Connect menawarkan peluang kepada Boost Life untuk meningkatkan proposisi nilai produknya. Dalam masa yang sama, ia menyediakan komuniti eSukan dan permainan di Malaysia dengan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan lebih mudah serta memenuhi kehendak yang semakin meningkat untuk pemain. Ini merupakan pelaksanaan penyelesaian muka kedai depan kedua kami di rantau ini dan terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk proposisi produk yang proaktif seperti ini merentas kumpulan pelanggan kami."

Ketika ini, Boost Connect menawarkan kemudahan kepada lebih 100 rakan kongsi digital untuk mencecah kira-kira 1 bilion pelanggan melalui pengendali mudah alih, penyedia eDompet dan lain-lain dengan pelancaran berbilang negara. Muka depan kedai merupakan subset portfolio produk yang inovatif oleh Boost Connect yang merangkumi Bundling, Stretch (pinjaman kandungan-mikro), Armour(pengesanan & pencegahan penipuan), enjin langganan dan Direct Carrier Billing antara lain.

[1] https://newzoo.com/insights/articles/insights-into-malaysias-games-market-and-its-gamers/

Latar Belakang Boost 

Boost ialah cabang teknologi kewangan (fintech) Axiata yang menyatukan perkhidmatan kewangan mencakupi pembayaran, pemberian pinjaman alternatif berasaskan kecerdasan buatan (AI), insurans digital, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan penyelesaian peniaga. Perniagaannya diperkemas kepada empat jenama teras untuk menawarkan kemudahan kepada pengguna serantau dan kumpulan pelanggan perusahaan dengan tujuan untuk mewujudkan penjana perkhidmatan kewangan serantau yang beribu pejabat di Malaysia:

Boost Connect 

Dahulunya Apigate, Boost Connect ialah penyedia ekosistem pembayaran rentas sempadan dan platform pertumbuhan pelanggan serantau.

Boost Life 

Perniagaan Boost eWallet yang dilancarkan pada tahun 2017, ia memfokuskan kepada tawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam talian dan luar talian, penyelesaian bil, insurans dan keadaan penggunaan pengangkutan & transit dengan ciri-ciri baharu yang sentiasa diperkenalkan.

Boost Biz 

Perniagaan peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk semua saiz perusahaan, alat perniagaan dan penyelesaian pendigitalisan.

Boost Credit 

Dahulunya Aspirasi, ia mempunyai perniagaan mikro-pembiayaan & mikro-insurans serta merupakan pembiaya Alternatif Digital perintis di Malaysia dan Indonesia.



Kunjungi https://connect.myboost.co untuk butiran lanjut atau ikuti kami di Linkedin: https://linkedin.com/company /boostconnect/

 

 

Source: Boost
Keywords: Banking/Financial Service Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services Financial Technology