omniture

SGD$10,000 untuk Dimenangi dalam Perlumbaan eSukan Asian Endurance Series

Musim 4 kini menerima pendaftaran, malah tempat ke-9 juga dapat memenangi hadiah wang tunai.
AES Sports Pte Ltd
2022-03-16 18:32 138

SINGAPURA, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dikendalikan oleh AES Sports Pte Ltd, Asian Endurance Series ialah siri kart yang berjaya, menarik minat pasukan-pasukan perlumbaan meliputi seluruh Asia. Etosnya adalah untuk menyediakan platform perlumbaan kepada pelumba yang sedang meningkat naik, dengan persekitaran yang berkualiti, kebolehcapaian dan dalam masa yang sama masih mengukuhkan lagi semangat persaingan. Hadiah wang tunai akan diagihkan berdasarkan kepada mata, maka setiap penempatan layak mendapat ganjaran.

Dikendalikan oleh AES Sports Pte Ltd, Asian Endurance Series ialah siri kart yang berjaya, menarik minat pasukan-pasukan perlumbaan meliputi seluruh Asia.
Dikendalikan oleh AES Sports Pte Ltd, Asian Endurance Series ialah siri kart yang berjaya, menarik minat pasukan-pasukan perlumbaan meliputi seluruh Asia.

Dengan pelbagai langkah dilaksanakan untuk membendung pandemik ini, AES Sports telah berkembang untuk membawa platform ini ke dalam talian. Perlumbaan sim mempunyai kesemua elemen yang diperlukan untuk menginkubasi dan membangunkan seni perlumbaan yang diidamkan atau "racecraft" ("kemahiran perlumbaan").

Jason Tay dan Mohd Aleef dari Singapura dan Russel Reyes dari Filipina masing-masing merupakan pemenang untuk Musim 1,2 dan 3.

Golongan elit ePerlumbaan hadir dari seluruh Asia termasuk beberapa pelumba dunia sebenar. Pasukan eSukan amat digalakkan untuk turut mengambil bahagian dalam musim akan datang.

Pemandu kereta lumba yang telahpun mantap seperti Denis Lian dari Singapura (A1GP Team Singapore, Asian Le Mans, Asian F2000) dan Mike Potenciano dari Filipina (Rallying, Asian F2000), membentuk sebahagian daripada pasukan pengulas kami.

Perlumbaan AES dibenarkan dan diawasi oleh MotorSports Singapore (FIA ASN).

Kebanyakan peminat sukan bermotor menyatakan bahawa keterujaan, keseronokan dan keinginan untuk bersaing serta kegemilangan meraih kemenangan merupakan antara sebab mengapa orang ramai tertarik kepada sukan bermotor. Bagi membawa pulang trofi, satu elemen penting yang harus dimiliki oleh mana-mana pelumba yang disegani ialah kekuatan dan ketahanan (iron of endurance), sesuatu yang diterapkan oleh AES ke dalam semua kategori perlumbaan mereka.

Acara eSukan AES meliputi kereta dan kini motosikal melalui pelbagai perisian simulasi perlumbaan. Dengan kombinasi antara pencipta kandungan, aset strim langsung dan penganjur acara, kesemuanya dilengkapi dengan pengetahuan mengenai sukan bermotor digital dan dunia sebenar, semua orang boleh menikmati pengalaman perlumbaan keseluruhan ke tahap penuhnya dan selanjutnya.

Kesemua ini selari dengan visi AES: untuk memupuk dan menyatukan semua peminat sukan bermotor bersama-sama di tempat yang sama.

AES bermatlamat untuk menyuburkan komuniti yang terdiri daripada individu yang ingin mencari insan yang berfikiran sealiran atau memahami sukan ini dengan segala selok-beloknya seperti seni kemahiran perlumbaan atau pelbagai kedalaman dan disiplin kejuruteraan di sebaliknya.

Kemahiran dan pengetahuan yang dibangunkan dalam perlumbaan sim mudah dipindahkan ke sukan bermotor dunia sebenar. Ramai pelumba muda dan berjaya dapat membuktikannya.

Peminat sukan bermotor daripada semua jenis boleh menemui tempat yang selesa untuk berkongsi keghairahan, perbincangan, perdebatan dan persetujuan mereka serta untuk orang lain menyedari bahawu sukan bermotor bukanlah sekadar perlumbaan semata-mata.

Ayuh dan kibarkan bendera perlumbaan bersama kami.

Maklumat lanjut boleh ditemui di halaman Facebook (https://www.facebook.com/aesevents.sg/) dan Instagram (@asianenduranceseries) kami. Ikuti musim baharu kami di media sosial dan jumpa anda di acara perlumbaan!

 

 

Source: AES Sports Pte Ltd
Keywords: Auto Electronics Gaming Entertainment Sports