omniture

Ingersoll Rand dan Elmo Rietschle Lancar Siri SVT Baharu dengan Pam Vakum Skru Berputar Berpelincir Minyak

Ingersoll Rand
2022-03-17 05:00 151

SINGAPURA, 16 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), penyedia bertaraf global bagi penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri, dengan bangganya melancarkan, melalui jenama vakum pakarnya, Elmo Rietschle, Siri SVT baharu dengan pam vakum skru berputar berpelincir minyak yang berkecekapan tinggi dan berkapasiti tinggi.

Bahagian utama Siri SVT ini ialah airend skru berpelincir minyak premium yang sudahpun terbukti dalam pasaran. Dengan menyepadukan dan memanfaatkan teknologi yang inovatif serta pengalaman selama lebih 70 tahun daripada Elmo Rietschle Vacuum Group, Siri SVT ini direka bentuk dari peringkat awal untuk menyampaikan kecekapan yang tinggi, turndown yang utama dalam kelas dan prestasi cemerlang untuk industri-industri dan aplikasi-aplikasi khusus termasuk Elektronik, Kaca Bekas, Makanan & Minuman, Tembakau, antara lain untuk memenuhi atau malah melangkaui keperluan pelanggan.

SVT Series of Oil-lubricated Rotary Screw Vacuum Pumps
SVT Series of Oil-lubricated Rotary Screw Vacuum Pumps

Julat kapasiti aliran yang luas mengurangkan bilangan unit yang digunakan untuk mengurangkan kos kendalian 

Dengan julat luas yang dirancang daripada kadar aliran yang rendah hingga tinggi dalam beberapa model, Siri SVT membolehkan pemilihan unit optimum lebih rendah yang diperlukan untuk aplikasi anda, membantu pelanggan menjimatkan ruang yang berharga, mengurangkan tenaga dan kos penyelenggaraan.

Operasi pam pintar meminimumkan penggunaan tenaga

Siri SVT ini direka bentuk untuk beroperasi dengan pintar dan mengekalkan tahap vakum serta kadar aliran yang optimum dengan mempelbagaikan kelajuan pam secara automatik agar sepadan dengan permintaan sebenar, memaksimumkan penjimatan tenaga, yang boleh mencecah 30-50% apabila dibandingkan dengan teknologi kelajuan tetap yang lain.

Impak Alam Sekitar yang Rendah 

Pam vakum industri berkapasiti besar ini secara tradisinya menggunakan kuantiti air yang banyak sebagai sebahagian daripada proses operasinya. Siri SVT BAHARU ini tidak memerlukan air sama sekali, hanya menggunakan kuasa minimum, mempunyai kurungan akustik yang cekap dan jejak yang kompak.

Pakej Bersepadu memberikan kemudahan pemasangan, operasi dan penyelenggaraan

Tidak seperti pam vakum lain yang biasanya hanya dibekalkan dengan motor, siri SVT baharu ini didatangkan bersepadu dengan semua komponen yang diperlukan untuk membolehkannya 'pasang dan pakai' sebaik sahaja digunakan, lalu menjimatkan masa dan wang untuk perolehan dan pemasangan komponen yang relevan dengan aplikasi. Sistem pemantauan kendiri yang direka khas dan kawalan pemacu kelajuan berubah-ubah pintar juga dapat menyediakan pengguna dengan operasi 'santai' kepada pengguna yang dapat disesuaikan mengikut aplikasi mereka, lalu memanjangkan hayat peralatan. Susun atur reka bentuk yang difikirkan dengan teliti ini memudahkan akses yang lancar untuk menjalankan penyelenggaraan berkala dengan mudah.

Latar Belakang Ingersoll Rand Inc.

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, berdedikasi untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik buat kakitangan, pelanggan dan komuniti kami. Pelanggan bergantung kepada kami untuk kecemerlangan dipacu teknologi kami dalam penciptaan aliran misi kritikal dan penyelesaian industri merentas lebih 40 jenama yang disegani yang mana produk dan perkhidmatan kami cemerlang dalam keadaan yang paling rumit dan sukar. Portfolio produk dan jenama kami terdiri daripada pemampat udara, pam vakum, peniup dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan serta alat kuasa. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami memupuk hubungan pelanggan sepanjang hayat bersama pelanggan melalui komitmen harian mereka terhadap kepakaran, produktiviti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

Source: Ingersoll Rand
Related Stocks:
NYSE:IR
Keywords: Oil/Energy Utilities New products/services