omniture

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR: Magic4 Series dan Magic V papar Sikap Mampu Lakukan kami dan keupayaan bersaing dengan peneraju industri

HONOR
2022-03-18 09:25 162

Dalam satu temu bual bersama CNET di MWC, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao berbicara tentang cita-cita jenama beliau, strategi unggulan dan trend masa depan

SHENZHEN, China, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Susulan pelancaran unggulan global pertamanya di MWC 2022, jenama teknologi global HONOR membawa pulang 29 anugerah Terbaik MWC. Pengiktirafan ini mencipta momentum yang kukuh untuk pertumbuhan global jenama ini pada tahun 2022. Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Zhao, berkongsi dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa matlamat beliau adalah untuk mengubah HONOR menjadi jenama global yang ikonik.

"Perkara paling penting untuk kami adalah untuk membangunkan produk unggulan dan pengalaman tersebut haruslah menjadi lebih baik daripada telefon pintar yang paling popular pada hari ini," kata Zhao. Diberi kedudukan sebagai penyelesai masalah utama, Magic4 Series unggulan yang baru dilancarkan oleh jenama ini mempunyai teknologi yang canggih bagi membawakan penemuan baharu dalam paparan, fotografi, prestasi dan privasi telefon pintar.

"Inovasi dalam industri mudah alih telah mencapai ke suatu tahap yang sesak, namun HONOR berhasrat untuk memecahkan halangan tersebut." Zhao berkongsi dalam temu bual tersebut bahawa pendekatan beliau adalah untuk menghargai keperluan pelanggan setinggi inovasi teknologi untuk benar-benar menyelesaikan masalah utama pengguna.

Magic V boleh lipat pertama HONOR dilancarkan awal tahun ini merupakan bukti usaha tersebut. Produk ini merupakan keputusan besar yang pertama oleh Zhao dalam pembangunan produk untuk HONOR sebagai sebuah syarikat bebas. "Ia merupakan produk yang paling sukar untuk dihasilkan. Namun, kami ingin menunjukkan kepada industri ini bahawa Honor bukan sahaja dapat bersaing dalam kategori produk ini, tetapi juga dapat melakukannya dengan lebih baik berbanding yang lain."

Hasil daripada waterdrop hinge terapung sangat nipis yang dibangunkan sendiri olehnya, Magic V merupakan peranti boleh lipat ke dalam yang paling nipis di dunia dan menampilkan pengalaman skrin tanpa kompromi. Produk ini mendapat permintaan pasaran yang kukuh selepas pelancaran. Sebagai peneraju industri, Zhao benar-benar percaya bahawa telefon boleh lipat akan menjadi peranti arus perdana pada suatu ketika dan Magic V akan mendapat kedudukan yang unik untuk menguasai pasaran berkenaan.

Zhao mengaitkan penemuan inovatif yang berterusan oleh HONOR kepada sikap "Mampu Lakukan" ("Can Do") pasukan beliau. "Mereka sentiasa mengejar yang terbaik dalam kelasnya. Mereka berkata, Honor dapat menangani cabaran, kesukaran, masalah ini. Semangat dan sikap ini benar-benar merupakan masa depan syarikat ini," kata Zhao.

Honor bukan sahaja membangunkan Magic V, tetapi turut melancarkan pelbagai jenis telefon, tablet, komputer peribadi (PC) dan aksesori. Kesemuanya merupakan sebahagian daripada usaha Zhao untuk membuktikan bahawa "dalam setiap bidang, kami dapat bersaing dengan peneraju industri."

HONOR turut bekerjasama erat dengan rakan industrinya seperti Qualcomm untuk menjadikan inovasi ini suatu kenyataan. "Honor akan bergantung kepada rakan kongsi ekosistem global," kongsi Zhao. Mengambil Qualcomm sebagai contoh, beliau berkata "jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kedua-dua syarikat ini saling bekerjasama dengan lebih erat berbanding sebelum ini" untuk membawakan yang terbaik daripada yang terbaik kepada pengguna.

Magic4 Series ialah salah satu yang pertama dikuasakan oleh cip 5G Snapdragon 8 Gen 1 yang terkini daripada Qualcomm. Ia memberikan prestasi permainan, keupayaan fotografi serta penyelesaian privasi yang tiada tandingan dengan menyerlahkan sepenuhnya kuasa cip set.

"Kami amat berterima kasih dan berbangga dengan kolaborasi yang mantap antara kedua-dua syarikat kami yang membawa kepada pembangunan peranti yang benar-benar hebat ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm Cristiano Amon.

Dengan pengiktirafan industri yang mantap, Magic4 Pro berkedudukan baik untuk menjadi salah satu telefon Android yang paling menarik pada tahun 2022, membawakan satu lagi tahun yang berjaya untuk HONOR. Pada masa depan, HONOR akan turut menerima kemungkinan teknologi VR, AR, AI serta teknologi baru muncul lain yang dapat disepadukan dengan telefon pintar.

"Honor mula memikirkan mengenai realiti campuran dan produk sedia-metaverse," kata Zhao, "Namun, segala-galanya mengenai masa."

Latar Belakang HONOR  

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik bertaraf global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang hebat. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperhebatkan orang ramai di serata dunia untuk melangkah lebih jauh, memberi kebebasan kepada mereka untuk mencapai dan melakukan lebih lagi. Menawarkan pelbagai jenis telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi yang sesuai dengan setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium serta andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/ 
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial  

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news