omniture

Zoomlion Giatkan Usaha Perkukuh Kerjasama Global melalui BRI

Zoomlion
2022-03-18 09:28 55

CHANGSHA, China, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China telah mengukir jalan untuk dunia mengukuhkan kerjasama ekonomi dengan mencipta platform untuk menggalakkan multilateralisme, pertumbuhan inklusif, keamanan dan kepaduan. Selaras dengan visi BRI, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang terkemuka, meneruskan ikrarnya untuk membawa kemakmuran komersial dan ekonomi ke seluruh pelosok dunia melalui BRI, seterusnya membina komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Zoomlion helps build Africa's tallest building - the "Iconic Tower" in Egypt
Zoomlion helps build Africa's tallest building - the "Iconic Tower" in Egypt

Tatkala BRI berkembang menjadi petunjuk pertumbuhan ekonomi untuk negara-negara yang mengambil bahagian, Zoomlion menubuhkan beberapa hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta platform perdagangan di seluruh dunia dan menyediakan produk serta perkhidmatan di lebih 80 negara, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam sektor-sektor termasuk hidrokuasa, kuasa nuklear, jalan raya dan pembinaan jambatan. Pembinaan projek-projek BRInya yang masih berjalan, dirancang untuk tujuan komersial dan budaya, telah menjadi pengubah keadaan di negara-negara berkenaan yang mana ia telah mendorong aktiviti keterhubungan, kreativiti dan perdagangan. Projek-projek mercu tanda termasuk Padma Bridge yang digelar "Jambatan Impian Bangladesh", Colombo Lotus Tower dan Iconic Tower di Mesir.

Zoomlion telah melakukan enam pemerolehan sepanjang beberapa dekad yang lalu, yang melaluinya syarikat ini telah membentuk sinergi kreatif yang lebih hebat untuk mendorong inovasi dalam industri jentera global, menyerlahkan kemungkinan baharu yang dibawakan oleh teknologi canggihnya bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Walaupun dengan kesan pandemik COVID-19 pada tahun 2021 yang masih berlarutan, kesemua syarikat yang diambil alih oleh Zoomlion telah mencapai peningkatan hasil sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya, lantas membantu kerajaan tempatan meningkatkan peluang pekerjaan dan hasil cukai.

Pemerolehan Compagnia Italiana Forme Acciaio SpA (Cifa) oleh Zoomlion, penginovasi dan pengeluar jentera terkemuka yang berpangkalan di Itali, memperlihatkan strategi pengurusan lima tonggak Zoomlion iaitu keterangkuman, peraturan, tanggungjawab, penciptaan semula dan perkongsian.

Cifa telah digabungkan ke dalam sistem pengurusan Zoomlion dan dalam masa yang sama mengekalkan kebebasan operasinya yang membolehkan kedua-dua syarikat ini mengeratkan hubungan sesama mereka dan kehebatan masing-masing di hadapan pembangunan teknologi, pengembangan pasaran dan pengeluaran. Bekerjasama dengan para jurutera Cifa, Zoomlion membangunkan pam konkrit yang tertinggi di dunia dengan bum 101-meter yang masih memegang Guinness World Record pada hari ini.

"Untuk menjana pertumbuhan yang mampan dan mencipta masa depan yang dikongsi bersama, kami perlu memperkukuh strategi penyetempatan kami, menghormati dan bersepadu selanjutnya dengan budaya dan peraturan tempatan," kata Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation