omniture

2C2P dan hoolah Jalin Kerjasama Untuk Mengintergrasi Kaedah Pembayaran Beli Sekarang, Bayar Kemudian untuk Pasaran Singapura, Malaysia dan Hong Kong

2C2P
2022-03-18 15:59 105

SINGAPURA, 18 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Peneraju pembayaran global 2C2P pada hari ini telah mengumumkan perkongsian serantaunya dengan syarikat hoolah, untuk menawarkan kaedah pembayaran, Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL). Kerjasama ini membolehkan pihak 2C2P memasarkan perkhidmatan hoolah kepada peniaga di Singapura, Malaysia serta Hong Kong untuk berkembang ke pasaran baharu bagi tahun 2022.

Melalui platform pembayaran komprehensif 2C2P, peniaga dapat menyediakan pilihan pembayaran BNPL hoolah, semasa membuat pembayaran, dimana pengguna boleh membahagikan pembelian kepada tiga pembayaran balik tanpa faedah bulanan. 2C2P dan hoolah akan bersama-sama membantu peniaga meningkatkan saiz pesanan mereka dan mencapai lebih ramai pelanggan milenia dan Generasi Z yang lebih memilih kaedah pembayaran BNPL.

"Perkongsian bersama hoolah ini akan memperkukuh usaha berterusan kami untuk membangunkan kaedah pembayaran bersepadu yang akan membantu perniagaan menerima bayaran dengan selamat merentasi kesemua saluran untuk mencapai segmen pelanggan yang berbeza dan memanfaatkan pertumbuhan pesat e-dagang. Matlamat kami di 2C2P adalah untuk memastikan agar kami tekal berinovasi bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna yang semakin berkembang," kata Aung Kyaw Moe, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas 2C2P.

Arvin Singh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama hoolah, mengulas: "Dengan peningkatan pengguna yang mencari cara pembayaran yang fleksibel, telus dan lebih mesra pelanggan secara dalam talian, perkongsian kami bersama 2C2P akan memperhebatkan peniaga dan meningkatkan penerimaan BNPL di rantau ini. Kepakaran 2C2P dalam kemudahan pembayaran di Asia merupakan pelengkap yang hebat kepada ekosistem hoolah dan kami teruja untuk memulakan perjalanan ini bagi menyokong peniaga dan membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi."

Baru-baru ini, Malaysia Airlines dan platform pelancongan dan pusat gaya hidup digital sehenti Malaysia Aviation Group, Journify, turut menggunakan perkhidmatan dari hoolah sebagai pilihan pembayaran BNPL bagi memudahkan pengalaman kembara pelanggan.

"Kami komited untuk menawarkan pengalaman kembara yang selamat dan lancar dari semua aspek untuk pelanggan kami, dan kaedah pembayaran merupakan salah satu aspek dari pada pengalaman pelanggan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan hoolah serta 2C2P bagi menawarkan kaedah pembayaran yang fleksibel kepada pelanggan kami agar mereka dapat terus Fly Confidently (Terbang dengan Yakin) dan membeli-belah dengan lancar di Journify sekali gus menikmati kemudahan BNPL tanpa faedah," kata Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines.

Menurut laporan IDC yang disediakan oleh 2C2P, BNPL akan meningkat daripada 1% kepada 5% daripada jumlah pembayaran e-dagang di Asia Tenggara menjelang tahun 2025 dan bakal menjadi pilihan pembayaran yang penting dalam membentuk landskap perdagangan digital rantau ini.

 

Source: 2C2P
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology