omniture

ZEPP HEALTH TERSENARAI LIMA TERATAS BAGI PENGHANTARAN JAM TANGAN PINTAR GLOBAL PADA 2021

Zepp Health
2022-03-20 21:15 24

Jualan global terus cemerlang di Brazil, Turki, Itali dan Republik Czech dalam Suku Keempat 2021 

CUPERTINO, California, 19 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Zepp Health (NYSE: ZEPP), peneraju bagi peranti boleh pakai pintar dan teknologi kesihatan bertaraf global, melengkapkan suku terakhir tahun 2021 dengan satu lagi musim pertumbuhan yang pesat dan mantap serta mencapai kedudukan lima teratas bagi penghantaran jam tangan dewasa global, menurut data baharu daripada Penjejak Peranti Boleh Pakai Suku Tahun Seluruh Dunia (Worldwide Quarterly Wearable Device Tracker) International Data Corporation (IDC).

ZEPP HEALTH TERSENARAI LIMA TERATAS BAGI PENGHANTARAN JAM TANGAN PINTAR GLOBAL PADA 2021 (PRNewsfoto/)
ZEPP HEALTH TERSENARAI LIMA TERATAS BAGI PENGHANTARAN JAM TANGAN PINTAR GLOBAL PADA 2021 (PRNewsfoto/)

Sepanjang tahun 2021, jenama-jenama terkemuka Zepp Health, Amazfit and Zepp, mencapai kadar pertumbuhan penghantaran yang lebih pantas berbanding kadar pertumbuhan keseluruhan global dengan lebih daripada 6.81 juta jam tangan dewasa dihantar ke seluruh dunia.

Prestasi global syarikat ini sentiasa mengagumkan dalam suku terakhir tahun 2021, mengekalkan tempat pertama di Brazil dan mencapai tempat pertama di Turki, di samping terus meraih kedudukan kedua di Itali, Sepanyol, Republik Czech dan Indonesia.

"Kami dapat menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa daripada syarikat-syarikat seperti Zepp Health yang memperoleh bahagian pasaran kerana jenama-jenama jam tangan terhubungnya seperti Amazfit dan Zepp menawarkan pelbagai jenis jam tangan kepada pengguna, lalu memberi pilihan kepada mereka untuk memilih yang terbaik bagi memenuhi keperluan kesihatan, kecergasan dan gaya hidup mereka," kata Jitesh Ubrani, Pengurus Penyelidikan, Penjejak Peranti Mudah Alih Seluruh Dunia, IDC.

Mengulas tentang pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Zepp Health Wayne Huang berkata: "Kedudukan kami ini menunjukkan komitmen Zepp Health untuk memanfaatkan kuasa teknologi bagi memperkasa orang ramai untuk menjalani kehidupan mereka yang paling sihat. Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini tatkala kami terus memberi tumpuan untuk memberikan penyelesaian peranti boleh pakai pintar tersuai dan terhubung yang dibangunkan berkisarkan inovasi bertumpukan insan."

Memberi tumpuan untuk menggalakkan pengguna menghidupkan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas, jenama memenangi anugerah Zepp Health, Amazfit menawarkan beberapa siri jam tangan terhubung yang dicipta untuk kegunaan harian dan sukan luar. Antara 50 model Teratas dalam pasaran di luar tanah besar Cina, 11 model merupakan jenama Amazfit termasuk Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit yang unggul serta Amazfit T-Rex Pro luar yang hebat.

Jenama jam tangan pintar premium Zepp mengkhusus untuk mencipta reka bentuk yang profesional dan bergaya, yang memanfaatkan teknologi analisis data yang canggih bagi menawarkan pemahaman yang komprehensif, mendalam dan tepat tentang metrik kesihatan pengguna.

Zepp Health Digital Health Management Platform, bersama-sama Zepp OS, Zepp App dan Zepp Life app memperkasa jutaan pengguna di serata dunia.

Latar Belakang Zepp Health 

Zepp Health, peneraju bagi peranti boleh pakai pintar dan teknologi kesihatan bertaraf global, memperkasa pengguna untuk menjalani kehidupan mereka yang paling sihat dengan mengoptimumkan perjalanan kecergasan dan kesejahteraan mereka melalui jenama-jenama penggunanya yang terkemuka, Amazfit dan Zepp.

Dikuasakan oleh Zepp Health Digital Health Management Platform proprietarinya, yang merangkumi Zepp OS, Cip AI, sensor biometrik dan algoritma data, Zepp Health menyampaikan pandangan boleh diambil tindakan dan bimbingan 24/7 berasaskan awan untuk membantu pengguna mencapai matlamat kesejahteraan mereka.

Syarikat ini turut menggunakan kepakaran AInya untuk teknologi pengimejan perubatan industri baru muncul dan menyampaikan keupayaan data raya serta analitik bagi menyokong penyedia perkhidmatan perubatan dan diagnostik.

Setakat ini, Zepp Health telah menghantar lebih 200 juta unit dan produknya boleh didapati di lebih 90 negara. Ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai Huami Corp., syarikat ini menjadi Zepp Health pada Februari 2021. Zepp Health mempunyai seramai 1,300 ahli pasukan dengan pejabat-pejabat berada merentas wilayah Amerika Utara, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.zepphealth.com

 

Source: Zepp Health
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Awards