omniture

Xinhua Silk Road: Landasan Kereta Api China-Laos jadikan Kunming hab perdagangan dan logistik untuk Asia Selatan, Asia Tenggara

Xinhua Silk Road
2022-03-23 16:23 121

BEIJING, 23 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Landasan Kereta Api China-Laos telah menjadikan Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China, menjadi hab perdagangan dan logistik yang menghubungkan pasaran domestik Cina dengan pasaran asing di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Foto udara menunjukkan sebuah kereta api melintasi jambatan utama Yuanjiang merentasi Sungai Yuanjiang di Wilayah Yunnan, barat daya China, 18 Januari 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)
Foto udara menunjukkan sebuah kereta api melintasi jambatan utama Yuanjiang merentasi Sungai Yuanjiang di Wilayah Yunnan, barat daya China, 18 Januari 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)

Jumlah barangan angkut Landasan Kereta Api China-Laos telah mencecah 1.2 juta tan dengan jumlah keseluruhan kargo rentas sempadan melebihi 280,000 tan, ketika projek ini menyambut 100 hari operasi pada 12 Mac, menurut China Railway Kunming Group Co., Ltd.

Landasan Kereta Api China-Laos menjangkau lebih 1,000 km dan menghubungkan Kunming ke ibu negara Laos, Vientiane.

Bagi mengoptimumkan lagi perkhidmatan pengangkutan, pengendali telah melancarkan laluan barangan angkut Lancang-Mekong Express yang mengambil masa 26 jam dari Kunming ke Vientiane, lebih singkat berbanding pengangkutan barangan angkut umum.

Difahamkan bahawa eksport dari China merangkumi barangan keperluan harian, baja, produk elektronik dan sebagainya manakala Laos mengeksport getah, beras, ubi kayu, arang, bijih besi dan sebagainya ke China.

Sehingga kini, sejumlah 13 wilayah dan kawasan perbandaran di China termasuk Wilayah Beijing, Shanghai dan Sichuan melancarkan lebih daripada 360 perkhidmatan kereta api barangan angkut rentas sempadan sepanjang Landasan Kereta Api China-Laos.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/327001.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation