omniture

Sidang Kemuncak Kesejahteraan Digital Sync julung-julung kali diadakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang bahaya digital

Ithra
2022-03-24 08:01 19

- Gaya tersendiri "Kemuncak kesejahteraan digital" ini akan meningkatkan kesedaran tentang hakikat yang tersembunyi di sebalik hubungan kita dengan perkhidmatan digital

- Sidang kemuncak selama dua hari (29-30 Mac) ini akan menghimpunkan ahli akademik, pakar industri teknologi, tokoh budaya dan penggubal dasar untuk bertukar-tukar idea dan penyelesaian bagi memperbaiki hubungan kita dengan teknologi

- Simon Sinek dan para pemimpin daripada IBM, UNESCO dan Childnet adalah antara mereka yang dijangka memberi ucapan dalam sesi di sepanjang Sidang Kemuncak ini

- Penyelidikan Sync menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kita (48%) meluangkan lebih banyak masa dalam talian setiap hari

DHAHRAN, Arab Saudi, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesejahteraan digital, Sync, sebuah program kesejahteraan digital, bersedia untuk menyatukan para pemimpin dari sektor teknologi, akademik, sukan, kebudayaan dan para penggubal dasar pada hujung bulan ini dalam Sidang Kemuncak Kesejahteraan Digital Sync yang julung-julung kali diadakan.

Dianjurkan antara 29 hingga 30 Mac di Pusat Kebudayaan Dunia King Abdulaziz (Ithra), Arab Saudi, Sidang Kemuncak ini akan menyediakan platform kepada para pemimpin berwibawa untuk membangunkan penyelesaian baharu bagi melindungi kesejahteraan pengguna media digital di seluruh dunia.

Dengan tumpuan terhadap lima bidang utama yang menjadi inti pati perbincangan, sesi Sidang Kemuncak ini akan menjemput para penceramah untuk memberikan pandangan dan perspektif tentang topik berkaitan ketagihan digital, privasi, berita palsu dan kesalahan maklumat, perhubungan dan algoritma. Kami mengharapkan agar pertukaran idea dan pengetahuan ini dapat membantu mengilhamkan perubahan yang jelas tentang cara kita berinteraksi, mengawal selia dan mereka bentuk platform digital.

Abdullah Al-Rashid, Pengarah Sync berkata:"Pemahaman kita tentang kesan teknologi digital dan media sosial yang kompleks ke atas hubungan, kesejahteraan peribadi dan masyarakat kita telah ketinggalan jauh berbanding pemahaman kita tentang teknologi itu sendiri dengan cara-cara untuk mendapatkan paling banyak klik, suka dan juga penglibatan daripada penggunaan teknologi tersebut. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita mula mengadakan perbincangan tentang aspek yang lebih berbahaya yang merujuk kepada hubungan kita dengan media sosial dan digital. Memandangkan pandemik mendorong penyepaduan teknologi digital yang semakin meningkat ke dalam kehidupan kita, penting untuk kita melabur lebih banyak dalam perbincangan ini untuk memastikan kita dapat melihat gambaran penuh, dan tindakan sedemikian akan dapat mengelakkan kita daripada mencadangkan penyelesaian yang hanya fokus kepada gejala berbanding punca, dengan pembetulan yang bersifat jangka pendek, separa, terpencil berbanding perubahan yang bermakna, holistik atau berkekalan.

"Sidang Kemuncak Kesejahteraan Digital Sync akan menghimpunkan pakar terkemuka serta pihak berkepentingan utama, tokoh budaya dan pempengaruh dalam bidang ini bagi membincangkan isu kesejahteraan digital pada skala yang belum pernah dianjurkan sebelum ini. Sesi sidang kemuncak ini akan menyaksikan para pemimpin berwibawa kita bertanyakan soalan yang provokatif namun wajar, tentang hubungan kita dengan teknologi; memberikan pemahaman tentang impak teknologi serta menawarkan penyelesaian kepada cabaran yang kita hadapi. Hanya dengan bertanyakan soalan-soalan yang betul secara kolektif, kita mampu menentukan hala tuju kita ke arah hubungan yang lebih sihat dengan teknologi."

Kepemimpinan berwibawa 

Senarai barisan pemimpin berwibawa yang dijangka berucap pada Sidang Kemuncak ini antaranya merupakan tokoh-tokoh utama yang mewakili sektor teknologi, NGO, badan amal, Kerajaan dan komuniti pempengaruh budaya. Penceramah utama termasuk:

  • Will Gardner OBE, Ketua Pegawai Eksekutif Childnet, UK
  • Mo Gawdat, Pengarang, Usahawan dan Mantan Ketua Pegawai Perniagaan, Google [X], Emiriyah Arab Bersatu
  • Jonathan Garner, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Mind Over Tech, UK
  • Ross Farrelly, PhD, Pengarah Sains Data & Kecerdasan Buatan IBM, Australia
  • Y.M. Puteri Haifa Al Mogrin, Wakil Tetap Kerajaan Arab Saudi ke UNESCO
  • Angela Gandra da Silva Martins, PhD, Timbalan Menteri Hak Asasi Manusia untuk Keluarga, Brazil
  • Liz Sweigart, PhD, Ketua Pegawai Produk & Strategi Safe Kids AI
  • John A. Naslund, PhD, Tenaga Pengajar Perubatan Sosial & Kesihatan Global, Harvard Medical School
  • Gitanjali Rao, Inovator, Pengarang dan "Kid of the Year" TIME Magazine yang pertama pada tahun 2020

Will Gardner OBE, Ketua Pegawai Eksekutif Childnet – sebuah badan amal UK yang menjalankan kempen berkaitan internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak – berkata: "Dunia dalam talian menyediakan peluang yang luar biasa kepada kanak-kanak, tetapi turut mendatangkan risiko dan inilah yang berlaku kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Terdapat keperluan yang jelas terhadap dasar, peraturan, perlindungan dan pendidikan yang perlu mengikuti arus perubahan suasana yang pantas ini, untuk memastikan kanak-kanak dapat memelihara diri mereka serta orang lain dalam talian, dan usaha ini juga perlu merangkumi pendapat golongan muda-mudi, perkongsian pengalaman mereka, serta kebimbangan dan idea mereka. Saya tidak sabar untuk turut serta dalam inisiatif yang akan memajukan bidang ini di Sidang Kemuncak Kesejahteraan Digital Sync".

Penceramah yang menghadiri Sidang Kemuncak ini akan dijemput untuk membincangkan pelbagai topik yang berkaitan dengan kesejahteraan digital. Para peserta akan dapat mendengar pendapat para pakar yang membincangkan tentang buah fikiran terkini tentang beberapa isu yang berkaitan dengan kesejahteraan digital. Sesi panel dan ceramah utama akan meliputi:

  • Psikologi Teknologi bersama Dr. Mohammed Alhajji, Pengarah Unit Pemahaman Tingkah Laku & Teguran, Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Dr. Moritz Büchi, Rakan Pengajaran dan Penyelidikan Kanan, University of Zurich
  • Gen Z dan Dunia Digital, panel yang dikendalikan oleh Rodney WJ Collins, PhD, Naib Presiden Kanan & Pengarah, McCann Worldgroup Truth Central dengan penampilan Chantelle de Carvalho, Penerbit 'I am Gen Z' serta Othman Almoamar, Pengurus Program Penyelidikan & Penglibatan Komuniti, MISK Foundation
  • Mengimbas Horizon - Trend Teknologi dan Implikasinya terhadap Kesejahteraan Digital, panel bersama Dr. Latifa Al-Abdulkarim, Profesor Madya, Kolej Komputer dan Sains Maklumat, KSU - King Saud University dan Dr. Ross Farelly, Pengarah Sains Data dan Kecerdasan Buatan IBM, Australia
  • Adakah Internet Memerlukan Label Amaran? Perdebatan bersama Matthew Bergman, Pengasas Social Media Victims Law Center yang juga Rakan Kongsi Kanan Bergman Draper Oslund Udo

Agenda penuh Sidang Kemuncak akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sidang Kemuncak ini akan turut menganjurkan Agora yang menghimpunkan para peserta dalam satu forum awam untuk menggalakkan penghasilan idea strategik baharu. Ini akan melibatkan sesi perbincangan dalam kumpulan di mana para peserta akan dapat berkongsi pendapat mereka tentang cara terbaik untuk menggalakkan agenda kesejahteraan digital global. Berdasarkan topik yang dibincangkan dalam sesi ceramah, sesi perbincangan dalam kumpulan ini akan berbicara tentang 'Masa Depan Kesejahteraan Digital yang Kita Inginkan' dan 'Membina Gerakan Kesejahteraan Digital Global'.

Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Sync akan menganjurkan sesi yang lebih mendalam bersama PKS dan para penyelidik dari pelbagai negara, pengalaman dan latar belakang yang bertujuan untuk mengumpulkan cerapan utama tentang kesejahteraan digital berserta hala tuju dan masa depan kesejahteraan digital.

Data Sync menunjukkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang hubungan kita dengan teknologi

Sidang Kemuncak ini menyusuli pelancaran kertas putih pertama Sync[1] iaitu Laporan Kesejahteraan Digital Global 2021. Penyelidikan ini menggambarkan bagaimana media dan teknologi baharu telah diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dengan tumpuan khusus tentang bagaimana trend sedemikian telah dipercepatkan lagi oleh pandemik. Penyelidikan yang dijalankan oleh Laporan Kesejahteraan Digital Global ini juga disertakan dalam kertas kerja yang diterbitkan oleh Prof. Justin, Pengerusi Jabatan Psikologi Universiti Zayed yang juga merupakan Felo Penyelidikan Sync. Ia telah diterbitkan dalam 'Frontier in Psychiatry', sebuah jurnal Psikologi Berbilang Disiplin yang paling banyak dipetik di dunia. Sebagai sebuah jurnal dengan akses terbuka, artikel tersebut boleh diakses oleh pembaca di sini.

Tinjauan Sync ke atas 15,000 orang individu yang disertakan dalam laporan dan kertas kerja ini mendapati bahawa:

  • Walaupun terdapat tahap kebimbangan yang tinggi terhadap ketagihan dalam talian serta pengakuan separuh daripada kita yang mengabaikan tidur setiap minggu untuk aktiviti dalam talian pada waktu malam (meningkat kepada 69% dalam kalangan Gen Z), namun 19% daripada ibu bapa membenarkan anak-anak mereka meneruskan aktiviti dalam talian tanpa menetapkan sebarang had masa.  

 

  • Hampir satu pertiga daripada kita mengaku menipu rakan dan ahli keluarga tentang jumlah masa yang diluangkan dalam talian, yang meningkat kepada 40% dalam kalangan Gen Z – mereka yang berumur antara 10 hingga 25 tahun.  

 

  • Hampir separuh (48%) daripada kita menghabiskan lebih banyak masa dengan aktiviti dalam talian setiap hari dan 43% daripada kita tidak berhenti daripada menggunakan media sosial walaupun sehari, pada tahun lalu.  

 

  • Tiga perempat daripada semua responden (75%) kini menuntut kerajaan supaya melaburkan lebih banyak wang dalam penjagaan ketagihan dalam talian dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi sementara 61% mengatakan ketagihan internet dan media sosial harus diiktiraf secara rasmi sebagai sejenis masalah kesihatan.  

 

Kerjasama ilmiah 

Sync turut mengumumkan satu lagi kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Digital di Universiti Milano-Bicocca baru-baru ini yang akan menggunakan pendekatan baharu yang holistik untuk mengkaji hubungan pelajar kolej dengan telefon pintar mereka, termasuk kesan terhadap penumpuan dan kerisauan dalam konteks sosial yang berbeza. 

Marco Gui, Pengarah Pusat tersebut berkata: "Setiap pelajar universiti hari ini memiliki telefon pintar, memberikan ketersambungan yang hanya diimpikan oleh generasi terdahulu. Namun, apakah akibatnya? Kami berterima kasih atas sokongan Sync terhadap metodologi baharu kami dalam menyelidik kesan yang berpotensi memberi manfaat dan mudarat akibat berada dalam keadaan tersambung secara berterusan."

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://sync.ithra.com/.

Tentang Sync

Sync merupakan sebuah inisiatif kesejahteraan digital yang dilancarkan oleh Pusat Kebudayaan Dunia King Abdulaziz (Ithra) dengan visi untuk mewujudkan sebuah dunia yang membolehkan kita semua mengawal kehidupan digital kita. Inisiatif ini dipandu oleh penyelidikan yang luas melalui kerjasama dengan entiti global bagi memahami pengukuhan teknologi dan cara ia mempengaruhi kehidupan kita dan menterjemahkan pengetahuan yang diperoleh ini ke dalam kempen, alat, pengalaman, kandungan pendidikan dan program kesedaran yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam di seluruh dunia berkenaan topik ini.

Untuk mengikuti Sync: Twitter https://twitter.com/SyncIthra atau Facebook https://www.facebook.com/SyncIthra 

Tentang Ithra 

Pusat Kebudayaan Dunia King Abdulaziz (Ithra) merupakan salah sebuah destinasi kebudayaan yang paling berpengaruh di Arab Saudi, destinasi untuk mereka yang ingin tahu, kreatif, dan pencari ilmu. Melalui satu siri program, persembahan, pameran, acara dan inisiatif yang menarik, Ithra mencipta pengalaman bertaraf dunia di seluruh ruang awam interaktif miliknya. Ia menyatukan budaya, inovasi dan pengetahuan yang direka dengan cara untuk menarik minat semua orang. Dengan menghubungkan kreativiti, perspektif mencabar dan mengubah idea, Ithra berbangga dapat menjadi peneraju budaya masa hadapan yang memberi inspirasi. Ithra ialah inisiatif CSR utama Saudi Aramco dan pusat kebudayaan terbesar di Arab Saudi, yang terdiri daripada Makmal Idea, Perpustakaan, Pawagam, Teater, Muzium, Pameran Tenaga, Dewan Besar, Muzium Kanak-kanak dan Menara Ithra.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ithra.com.

Ikuti Ithra di media sosial: Facebook (King Abdulaziz Center for World Culture), Twitter (@Ithra) dan Instagram (@Ithra) #Ithra

 

[1] Dibangunkan berdasarkan tinjauan terhadap 15,000 orang di 30 buah negara yang diarahkan oleh Sync dan dijalankan oleh PSB Timur Tengah pada bulan Jun dan Julai 2021.

 

 

Source: Ithra
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Multimedia/Online/Internet Children-related news Trade show news