omniture

Cision PR Newswire dan Nativo Umum Perkongsian Peletakan Tajaan Eksklusif

Cision Ltd
2022-03-24 17:45 349

Jenama-jenama kini boleh mendapatkan peletakan editorial terjamin merentas ribuan penerbit premium

HONG KONG, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Cision PR Newswire dan Nativo hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu perkongsian eksklusif untuk mengintegrasikan media reputasi dan media berbayar melalui peletakan natif tajaan untuk berita dan kandungan jenama. Melalui penyelesaian Peletakan Tajaan (Sponsored Placement) yang baharu daripada PR Newswire dan Nativo, kini jenama-jenama boleh mendapatkan peletakan kandungan mereka yang dijamin, termasuk siaran berita, pengumuman produk, berita alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan banyak lagi pesanan jenama, merentas ribuan penerbit.


Perkongsian ini menyediakan kaedah baharu untuk ahli-ahli profesional perhubungan awam mengedarkan dan menganalisis impak kandungan berjenama dan membolehkan agensi-agensi perhubungan awam (PR) menjual pakej peletakan terjamin yang mantap kepada pelanggan mereka. Format Peletakan Tajaan yang lancar membolehkan jenama-jenama untuk mendorong penglibatan dengan mendekati khalayak di saluran-saluran yang disukai dan dipercayai oleh mereka.

Faedah-faedah Peletakan Tajaan

Peletakan Tajaan memberikan capaian dan kebolehlihatan kandungan berjenama dengan mewujudkan peletakan editorial yang memaut kepada siaran akhbar dalam format artikel natif berpaten. Eksklusif untuk PR Newswire, Peletakan Tajaan disesuaikan dengan lancar ke dalam suapan berita penerbit dengan memadankan reka bentuk visual dan fungsi laman sesawang. Sebaik sahaja diklik, Peletakan Tajaan menghalakan pembaca kepada kandungan dalam format editorial tajaan betul-betul dalam laman web penerbit, lalu mendorong penglibatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding peletakan iklan digital tradisional.

"Perkongsian ini akan membolehkan jenama-jenama menyampaikan pesanan yang lebih bersasar merentas saluran reputasi wajar dan berbayar mereka," kata Nicole Guillot, Ketua Pegawai Operasi untuk Cision. "Tawaran Peletakan Tajaan kami kini meningkatkan keupayaan jenama untuk mendekati khalayak yang lebih luas untuk mendorong penglibatan yang tulen bersama pengguna mereka melalui pesanan mereka dengan cara yang bernilai mahupun intuitif untuk khalayak."

"Perkongsian antara dua pemimpin yang disegani dalam bidang komunikasi dan pengiklanan digital ini akan mempercepatkan penumpuan antara media reputasi wajar dan media berbayar," kata Justin Choi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nativo. "Lebih daripada sebelum ini, jenama-jenama perlu melibatkan pengguna dengan kisah-kisah tulen dan perkongsian ini membolehkan mereka berbuat demikian secara meluas dengan tahap kawalan, pengukuran dan pandangan yang baharu."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://fal.cn/3mR6l 

Latar Belakang Nativo

Nativo memperkasa jenama-jenama dan penerbit-penerbit dengan teknologi yang paling canggih di dunia untuk kandungan. Bagi jenama-jenama, Nativo mengupayakan penceritaan yang meluas dengan capaian natif terbesar dan mendedahkan pandangan yang menonjolkan pulangan-ke-atas-kandungan. Bagi penerbit-penerbit, Nativo memperkayakan pengewangan melalui platform yang paling komprehensif untuk format iklan generasi seterusnya dan teknologi perintis bagi menyampaikan iklan. Misi Nativo adalah untuk melengkapkan pengiklanan untuk zaman kandungan ini sekali gus meningkatkan pengalaman web dan mewujudkan hubungan yang bermakna untuk pengguna digital hari ini.

Latar Belakang Cision

Sebagai peneraju global dalam bahagian perhubungan awam (PR), perhubungan pelabur (IR), pemasaran serta teknologi dan kecerdasan pengurusan media sosial, Cision membantu jenama-jenama dan organisasi-organisasi mengenal pasti, berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan serta pemegang kepentingan untuk memacu hasil perniagaan. Melalui rangkaian perkhidmatan IR, PR Newswire membantu syarikat-syarikat memenuhi keperluan komunikasi dan pendedahan mereka. Rangkaian yang melibatkan lebih 1.1. bilion pempengaruh, pemantauan mendalam, analitik serta platform media sosialnya Brandwatch dan Falcon.io menonjolkan rangkaian penyelesaian yang utama. Cision mempunyai pejabat-pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian memenangi anugerah Cision, termasuk Cision Communications Cloud® generasi seterusnya, kunjungi www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter.

 

Source: Cision Ltd
Keywords: Advertising Computer/Electronics Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Social Media New products/services