HAVANA, Cuba, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Archipelago, kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas yang terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pengembangan portfolio Cuba menerusi pembukaan 600 bilik GRAND ASTON La Habana Hotel. Menjulang ke langit Havana Malecón, oasis bandar ini terletak secara ideal di Vedado yang sibuk, daerah komersial pusat ibu kota ini, berhampiran pejabat, kedai, restoran dan tempat hiburan. Vedado adalah lebih daripada sekadar daerah komersial, ia juga mempunyai kehidupan malam yang mengujakan, menerusi kelab-kelab seperti La Zorra y el Cuervo, Yellow Submarine dan Cabaret Parisien yang menyediakan hiburan berkualiti.
GRAND ASTON La Habana membawa kehidupan moden ke peringkat seterusnya, menonjolkan seni bina yang direka bentuk dengan unik, bilik baharu, tempat menjamu selera yang eklektik, ruang acara yang memberi inspirasi dan kemudahan kesihatan yang indah, termasuk satu-satunya pusat kecergasan 24-jam di bandar ini dan sebuah kolam renang sepanjang 56-meter hebat yang menghadap perairan Teluk Havana yang berkilauan. Dengan reka bentuk yang inovatif, hiasan dalamannya merupakan gabungan yang sempurna antara gaya Havana pada tahun 1930-an dan penyempurnaan Asia bagi GRAND ASTON.
Untuk pengalaman rejuvenasi dan bersantai yang unik, Wellness Center by Spa Ubud menawarkan teknik-teknik penyembuhan Asia yang eksotik, satu-satunya di bandar ini yang menawarkan urutan dengan teknik-teknik Bali asli. Hotel ini juga merupakan yang pertama di ibu kota ini yang menyediakan cawangan bank (BFI).
"Kami berbesar hati untuk membuka apa yang akan menjadi ikon sebenar dalam bidang perhotelan Havana. Salah sebuah hotel yang direka bentuk paling kreatif ini bersedia menerima tetamu untuk merasai gabungan hospitaliti Asia dan Cuba di lokasi yang hebat ini," kata John Flood, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Archipelago.
Pautan Imej: Sila klik di sini
Latar Belakang Archipelago
Kumpulan pengurusan hotel milik persendirian dan bebas yang terbesar di Asia Tenggara, mengendalikan lebih daripada 150 hotel dengan 50 hotel lagi sedang dibangunkan di seluruh Asia Tenggara, Caribbean dan Timur Tengah. Sebuah syarikat perhotelan yang dipercayai dengan rekod prestasi yang panjang dan lebih daripada 30,000 bilik beroperasi atau sedang dibangunkan di lebih 60 destinasi bersama jenama-jenama termasuk ASTON, Collection by ASTON, The Alana, Huxley, Kamuela, Harper, Quest, NEO, favehotels dan Nordic. archipelagointernational.com.