omniture

XCMG Bangunkan Trak Perlombongan Tegar Pacuan Roda Belakang Terbesar Dunia XDE440

Dibangunkan sendiri oleh XCMG dengan lebih 60 paten untuk ciptaan, XDE440 dikeluarkan daripada barisan pemasangan di tapak pengilangan pintar terbesar China untuk peralatan perlombongan
XCMG
2022-03-24 18:48 58

SHANGHAI, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE: 000425) mereka bentuk, membangunkan dan mengilangkan dengan jayanya trak perlombongan tegar pacuan roda belakang yang terbesar di dunia, XDE440, disesuaikan untuk China Minmetals Corporation mematuhi piawaian industri tertinggi dalam pasaran perlombongan berkualiti tinggi Amerika Selatan, Amerika Utara, Australia dan banyak lagi. Produk perintis ini dapat menjamin 7,300 jam waktu kerja tahunan dengan kadar ketersediaan berpotensi mencecah lebih 95 peratus.

XCMG Bangunkan Trak Perlombongan Tegar Pacuan Roda Belakang Terbesar Dunia XDE440
XCMG Bangunkan Trak Perlombongan Tegar Pacuan Roda Belakang Terbesar Dunia XDE440

Dengan kapasiti pemuatan 400 tan yang setara dengan bangunan tiga tingkat, XDE440 mencatatkan rekod dunia yang baharu bagi kapasiti pemuatan tertinggi trak perlombongan tegar pacuan roda belakang. "Bagi memenuhi keperluan muatan sedemikian, kami membangunkan sendiri reduktor roda terbesar dunia dan brek cakera basah paling kuat yang dapat mencapai daya tarikan yang setara dengan kereta api berkelajuan Tinggi China Railway 16-gerabak duduk sepenuhnya dan ia akan dapat mengurangkan kekangan kapasiti pengangkutan dengan berkesan di tapak perlombongan," kata Xie Heping, pereka penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi projek-projek jentera perlombongan XCMG.

Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) XCMG telah menangani sendiri beberapa teknologi teras utama yang terkemuka di peringkat antarabangsa seperti daya tarikan frekuensi pemboleh ubah pintar, pemacu hab roda tork tinggi, perlindungan olengan ruang pemandu, reka bentuk anti-penat dengan komponen galas beban besar dan banyak lagi. XDE440 ialah trak buang pacuan elektrik AC tanan terbesar di dunia yang dibangunkan sendiri oleh XCMG.

Zhang Liang, pengarah rantaian bekalan sumber China Minmetals, menyatakan bahawa China Minmetals menjalin perkongsian dan persahabatan yang mendalam dan bertahan lama dengan XCMG sejak kedua-dua syarikat ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik pada tahun 2011.

Sehingga kini, XCMG telah mewujudkan rangkaian produk peralatan perlombongan penuh yang meliputi mesin pengorek perlombongan 70-700 tan, trak buang perlombongan 30-440 tan, jentera penghancur dan penapis 100-6,000t/h, jentera perata 350-550 kuasa kuda dan banyak lagi bagi menyediakan kepada pelanggan global dengan penyelesaian perlombongan yang paling komprehensif dengan portfolio dan tanan produk yang paling lengkap.

Jentera perlombongan XCMG juga melakar kejayaan cemerlang dalam pasaran berkualiti tinggi dengan kumpulan produk telahpun menembusi pasaran perlombongan arus perdana termasuk Afrika, Australia, Amerika Selatan dan Eropah, selain menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat perlombongan yang terkemuka di dunia seperti Rio Tinto, BHP Billiton dan Vale sebagai pengusaha utama dalam pembangunan industri perlombongan global yang mampan dan mesra alam.

"Pada masa akan datang, XCMG akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi jaminan perkhidmatan dalam seluruh kitaran hayat produk, membantu pelanggan kami memaksimumkan nilai mereka dan menyumbang bersama-sama kepada pembangunan industri perlombongan yang pintar, selamat dan mesra alam," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Machinery Mining Mining/Metals Transportation New products/services