SINGAPURA, 24 Mac 2022 /PRNewswire/ -- SHAREit Group, sebuah syarikat teknologi bertaraf global, hari ini mengumumkan bahawa aplikasi perkongsian dan penstriman kandungan digitalnya, SHAREit telah disenaraikan sebagai sumber media No.4 secara global bagi pemeringkatan volum dan kuasa dalam kategori bukan permainan dan No.7 dalam semua kategori pada indeks pembelian Dalam-Aplikasi (In-App, IAP), seraya menandakan satu lagi pencapaian pertumbuhannya. Ia juga disenaraikan di kedudukan No.8 dalam indeks pengekalan global dalam semua kategori untuk memacu volum yang besar.
SHAREit juga melonjak ke kedudukan lebih tinggi dalam kategori permainan pada indeks Pengekalan dan pembelian Dalam-Aplikasi secara global, memasuki kategori-kategori seperti permainan Kasual dan 'Midcore' di Asia Tenggara. Pemeringkatan ini disediakan oleh AppsFlyer, platform pengukuran pemasaran dan pengalaman yang melancarkan edisi ke-14 Indeks Prestasi mereka minggu ini, menampilkan sumber media utama dalam pengiklanan mudah alih. Menekankan ledakan pelaburan kewangan dalam pasaran seperti Amerika Latin dan Asia Tenggara, buat julung kalinya SHAREit tersenarai antara 3 Teratas pada indeks Pengekalan dan mengekalkan kedudukannya antara 5 teratas pada indeks IAP apabila dibandingkan dengan separuh pertama tahun 2021, di bawah kategori volum Kewangan-Pelaburan.
SHAREit telah menjadi platform pemasaran pilihan untuk pemasar mudah alih tatkala mereka berusaha untuk mendorong pengguna dan penjenamaan berkualiti dan pemeringkatan ini menekankan peranan aplikasi ini dalam mengembangkan ekosistem. SHAREit menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat terkemuka - perusahaan besar hinggalah syarikat pemula - bermula daripada bidang permainan dan teknologi kewangan (fintech) di serata dunia. Penerbit media yang terkemuka berusaha untuk memacu rangkuman digital dan kewangan dalam pasaran baru muncul seperti Asia Tenggara dengan memecahkan halangan dan memberi akses kepada mereka yang kurang mendapat perkhidmatan. Sebagai 'paip' asas dalam infrastruktur digital pasaran ini, platform dalam talian dan luar talian telah meningkatkan jangkauan dan kemampuan perkhidmatan digital dan dalam suatu tempoh masa mendapat kepercayaan tinggi tatkala pengguna terus berkongsi fail pada kelajuan yang pantas, aplikasi baharu - contohnya, aplikasi yang menampung keperluan perbankan dan kewangan mereka - permainan mudah alih dan pengesyoran dalam komuniti mereka.
"Permainan mudah alih dan pembayaran digital merupakan dua trend penting untuk dilihat dalam pasaran baru muncul di serata dunia dan kami teruja untuk memajukan pasaran ini lebih jauh lagi. Perbelanjaan pengguna dalam aplikasi permainan melonjak 16% pada tahun 2021 bagi mencapai $116 bilion yang mengejutkan di seluruh dunia. Telefon pintar memacu pertumbuhan pesat teknologi kewangan global dengan geografi seperti Amerika Latin, Afrika dan Asia Tenggara menyaksikan kemunculan 'neobank', firma pemberi pinjaman pengguna dan syarikat pembayaran. Melihatkan potensi yang amat besar ini, kami bekerjasama secara meluas dengan aplikasi permainan dan institusi kewangan bagi membantu mereka memanfaatkan natif digital dalam pasaran baru muncul," kata Karam Malhotra, Rakan Kongsi dan Naib Presiden Global di SHAREit Group. "Sebagai penerbit media utama yang memacu pembelian dalam aplikasi untuk jenama-jenama permainan dan teknologi kewangan di serata dunia, kami memfokuskan untuk mengembangkan ekosistem ini dan mendorong transformasi tabiat dan gaya hidup digital."
Ciri utama SHAREit ialah pemindahan fail rakan ke rakan yang membolehkan pengguna berkongsi fail, gambar, muzik dan banyak lagi dengan peranti lain tanpa menggunakan sambungan internet atau Bluetooth aktif. Sebagai salah satu rakan kongsi saluran aplikasi pertama Google Plat, ia juga menjamin pemindahan aplikasi yang selamat dengan Perkongsian Aplikasi Luar Talian Rakan-ke-Rakan.
Selain daripada ciri perkongsian fail yang berkelajuan tinggi, SHAREit turut membantu penggunanya menjimatkan ruang ingatan pada peranti mereka dengan menghapuskan keperluan untuk memuat turun aplikasi alatan yang lain. Ciri-ciri tambahan daripada aplikasi ini termasuk Pembersih Telefon, Penggalak Telefon, Penjimat Bateri, Pengurus Fail dan Pemindahan Fail Sumber Permainan - kesemuanya menyasarkan untuk menyediakan pengalaman telefon pintar yang dioptimumkan kepada pengguna.
SHAREit Group melancarkan penyelesaian pembayaran global, PayerMax yang komited untuk membangunkan persekitaran pembayaran yang selamat, andal dan mudah. Mereka berusaha untuk memperkasa perniagaan di serata dunia untuk berkembang maju dengan membantu mereka berintegrasi ke dalam saluran pembelian orang ramai dalam pasaran baru muncul dan dalam masa yang sama memimpin menuju pengalaman pembeli yang lebih baik.
Menuju ke hadapan, SHAREit berusaha untuk mengintegrasikan platform pengiklanan dan penyelesaian pembayaran global bagi menyampaikan gelung tertutup pengiklanan komersial melalui penyelesaian sistemiknya yang cekap dan terbuka.
Latar Belakang SHAREit Group
SHAREit Group ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global yang telah membangunkan rangkaian aplikasi yang pelbagai yang dipasang oleh hampir 2.4 bilion pengguna di seluruh dunia termasuk aplikasi teras SHAREit. Ini bermula daripada alat yang popular dalam bidang utiliti hinggalah aplikasi kandungan hiburan digital. Jaringan perniagaan SHAREit Group mencecah lebih 150 negara dalam 45 bahasa yang berbeza. SHAREit bertujuan untuk membantu jenama-jenama mencapai matlamat perniagaan mereka dan membantu pengguna mengakses kandungan digital yang lancar dengan kualiti setinggi mungkin.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ushareit.com
Anda boleh melihat Indeks Prestasi AppsFlyer - Edisi 14 di sini: https://www.appsflyer.com/resources/reports/performance-index/