omniture

Gravity Game HUB menyumbangkan USD10,000 kepada Badan Kebajikan di Singapura dan Malaysia.

Ini adalah cara Ragnarokonline Ascendance untuk meraikan secara rasmi dan terima kasih terhadap komuniti diatas penambahan pendaftaran awal sebagai ahli.
Gravity Game Hub
2022-03-25 14:57 43

SINGAPURA, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Gravity Game HUB Pte Ltd sedia maklum yang aktif berkecimpung dalam bidang penerbitan dan pembinaan. Ini tertumpu dalam perniagan atas talian dan permainan dalam talian. Kejayaan dan peningkatan berganda pra pendaftaran ahli baru sebelum Tarikh tamat di mana ia telah dilancarkan 19hb Januari 2022 dan tamat pada 22hb Januari Febuari 2022.


Pencapaian berganda di mana 10,000 pra daftar ahli baru (setakat kini 25,000 ahli dan ia terus meningkat). Kejayaan ini mendorong Gravity Game HUB Pte Ltd dengan rasminya melancarkan RO Charity Drive untuk komuniti Singapura dan Malaysia yang banyak memberi sokongan dan kejayaan kepada Gravity Game HUB Pte Ltd. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Gravity Game HUB Pte Ltd telah memilih untuk menyalurkan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

RO Charity Drive merupakan gabungan usaha sama di antara Garivity Game HUB Pte Ltd dan semua ahli yang baru serta yang sedia ada untuk menjayakan aktiviti kebajikan.

Gravity Game HUB Pte Ltd bersetuju menyalurkan bantuan bernilai USD10,000 dan bentuk kaedah menyediakan bekalan makanan, keperluan harian dan sebagainya untuk komuniti di Singapura dan Malaysia yang memerlukannya. Saluran bantuan dibahagi kepada dua di mana USD5,000 di setiap negara.

Dinyatakan di bawah ini maklumat terperinci, badan-badan kebajikan dan NGO yang terpilih untuk pengagihan bantuan:

1)  PJ Caring Home (Malaysia) sebuah badan pertubuhan yang menyediakan perlindungan kepada pesakit mental. Di mana gelandangan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
2)  Pertubuhan Kebajikan Keluarga Emas Kenang Budi (Malaysia) dan sebuah badan NGO yang memberi bantuan perlindungan kepada warga emas yang terbiar atau tiada ahli keluarga.
3)  Pertubuhan kebajikan anak-anak yatim dan OKU Mesra Petaling Jaya (Malaysia). Sebuah badan NGO yang menyediakan perlindungan dan kebajikan kepada anak-anak yatim dan OKU.
4)  Persatuan Kebajikan kanak-kanak terencat akal Malaysia. Sebuah persatuan yang menyediakan intektual fasiliti dan memberi sokongan sepenuh masa dan membina keselamatan yang berkonsepkan ruang tempat tinggal terbuka untuk anak-anak terencat akal.
5)  PAWS animal welfare Society (Malaysia). Sebuah badan NGO untuk memberi perlindungan haiwan-haiwan terbiar yang diusahakan oleh kumpulan kecil dan sukarelawan. Bergantung sepenuhnya daripada bantuan orang awam.
6)  Second Chance Animals Society (Malaysia) sebuah badan NGO yang tertumpu kepada binatang terbiar/liar.
7)  Chen Su Lan Methodist Children Home (Singapura) tertumpu kepada memberi perlindungan tempat tinggal, penjagaan harian untuk lelaki dan perempuan yang berumur antara 5 hingga 21 tahun. Mereka juga tertumpu kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang terbiar. RO charity Drive akan menyediakan bekalan makanan untuk 100 penghuni di tempat tersebut serta menyediakan barang keperluan harian.
8)  METTA Welface association (Singapura). Sebuah badan kebajikan yang menyediakan program penjagaan kanak-kanak, penjagaan kanak-kanak cacat, penjagaan kesihatan, pembelajaran dan memberi sokongan untuk peluang pekerjaan kepada golongan remaja di Singapura. RO Charity Drive akan menyumbangkan bekalan makanan untuk 160 penghuni dan menyediakan pelitup muka pada masa pendemik.

Pada 28hb Februari 2022 Gravity Game HUB Pte Ltd telah melawat tapak semua jabatan kebajikan di atas dan telah berjaya menyumbangkan bantuan kepada hari tersebut.

Latar belakang Gravity Game HUB PTE LTD

Ditubuhkan pada 2021, Gravity Game HUB Pte Ltd (GGH) merupakan penerbit permainan dan mencipta permainan tertumpu kepada atas talian atau melalui telefon mudah alih. Mereka komited untuk menawarkan permainan interaktif dan dinamik. Untuk seluruh pemain di Kawasan seluruh Asia.

Gravity Game HUB merupakan anak syarikat Gravity CO, limited (NASDAQGM. Grvy) merupakan pengasas dan penerbit permainan atas talian atau melalui telefon mudah alih. Beribu pejabat di Korea Selatan. Sebuah syarikat yang dikenali di seluruh dunia dan diiktiraf oleh Ragnaroa online di serata 120 juta pengguna di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut Ragnaroa online Ascendance, sila layari laman sesawang kami yang dinyatakan di bawah:

Official Websitehttps://ro.gnjoy.asia 
ROGGH Facebookhttps://www.facebook.com/ragnarokggh/ 
ROGGH Communityhttps://www.facebook.com/groups/ragnarokonlineggh 
YouTube: https://bit.ly/GravityGameHub 
Discord: https://discord.io/ragnarokggh 
Twitch: https://www.twitch.tv/gravitygamehub 

Source: Gravity Game Hub
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Corporate Social Responsibility