omniture

Tianyuan Construction Group bakal Siapkan Projek Pembinaan Semula Bicu Jambatan Terpanjang China

Jambatan Yihe Jalan Beijing dan Projek Kejuruteraan Persilangan Bertingkat Rentas Selat Bakal Siap dalam Tahun Ini
Tianyuan Construction Group
2022-03-25 21:43 324

LINYI, China, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Tianyuan Construction Group, salah satu daripada 500 teratas syarikat pembinaan China, akan menyiapkan pengubahsuaian Jambatan Yihe, terletak di Jalan Beijing di bandar Linyi, wilayah Shandong pada awal bulan April, lalu memuktamadkan projek pembinaan semula bicu jambatan yang terbesar dan terpanjang di China masing-masing mengikut luas dan panjang.

 

Terletak di Jalan Beijing di bahagian selatan bandar ini, Jambatan Yihe ini berkeluasan 1,210.72m-kali-23m dengan ketinggian bicu 1,050m. Selepas pengubahsuaian, ukurannya akan menjadi 1,792m-kali-52m.

"Kejayaan menyiapkan projek pembicuan Jambatan Yihe Jalan Beijing ini akan melancarkan lagi keadaan lalu lintas antara Daerah Baharu Beicheng dan Daerah Hedong," kata Li Baoqiang, yang bertanggungjawab ke atas projek pembinaan semula ini daripada Tianyuan Construction Group.

Pembinaan semula ini melibatkan pengangkatan serentak dua jambatan 15m-lebar baharu di bahagian utara dan selatan Jambatan Yihe. Seluruh struktur atas jambatan lama ini akan diangkat setinggi 2.57m. Kerja mengangkat bahagian utara dan selatan telah diselesaikan masing-masing pada November 2021 dan Februari 2022.

Ketika ini, rasuk penutup bahagian selatan ditinggikan dan berada di landasan yang betul untuk siap pada awal April ini. Seluruh projek ini dirancang untuk disiapkan sebelum 1 Oktober 2022 yang akan memastikan lalu lintas di kedua-dua bahagian Sungai Yi lancar, lalu merancakkan ekonomi serantau.

Cabaran utama yang dihadapi 

Bagi menjamin keselamatan semasa proses pembicuan jambatan dan memastikan peralatan stabil, 19 set pengehad dipasang pada dek jambatan bagi menghalang anjakan menegak dan mendatar badan rasuk semasa proses pembicuan.

Jambatan Yihe Jalan Beijing ini diangkat melalui proses pengangkatan gantian. Proses ini melibatkan dua set bicu diangkat secara serentak yang disangga oleh sokongan. Kaedah ini membolehkan pengangkatan secara berterusan untuk seluruh proses pembicuan, lalu memastikan kecekapan dan kawalan. Selain itu, sistem kawalan segerak hidraulik PLC digabungkan bagi memastikan penyegerakan dan keselamatan struktur.

Sebab-sebab pembicuan jambatan  

Memandangkan Jambatan Yihe Jalan Beijing merupakan hab pengangkutan yang menghubungkan antara daerah Beicheng Baharu dan Hedong, penting agar ia berfungsi dengan baik dan selamat. Pembicuan jambatan penting bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan jambatan.

Pada November 2019, ujian beban dinamik dan statik dijalankan ke atas Jambatan Yihe Jalan Beijing ini. Ujian-ujian tersebut menunjukkan bahawa jambatan ini memenuhi syarat-syarat keupayaan galas dan memiliki simpanan keselamatan yang mencukupi. Justeru itu, tiada keperluan untuk merobohkan jambatan lama ini.

Bagi memenuhi keperluan kawalan banjir yang mana peninggian minimum rasuk bawah haruslah 0.8m lebih tinggi berbanding paras banjir 100-tahun iaitu 72.36m, superstruktur jambatan lama ini juga perlu dinaikkan setinggi 2.57m.

Selain itu, jambatan semasa ini disokong oleh galang kotak sokongan ringkas selebar 30m-lebar. Namun begitu, memandangkan terdapat banyak tembok sambut dan tiang di bawah jambatan ini, galang 60m-lebar sebaliknya disyorkan untuk pemandangan jambatan yang lebih baik.

Source: Tianyuan Construction Group
Keywords: Construction/Building Transportation Trucking and Road Transportation New products/services