omniture

GCL SI Bekalkan Modul Solar 71MW di Brazil

GCLSI
2022-03-25 21:54 248

SUZHOU, China, 25 Mac 2022 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCL SI" atau "Syarikat") (Shenzhen:002506), sebuah syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, akan melancarkan sebuah projek, digelar Casa Blanca, di Bahia, Brazil dengan kerjasama Atlas Renewable Energy, penjana tenaga boleh diperbaharui bertaraf global, dengan kapasiti penuh terjangka mencecah 250MW sebaik sahaja pembinaan siap. GCL SI akan membekalkan modul solar 71MW untuk projek ini.

Dijadualkan untuk dibina sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini, projek Casa Blanca menerima pakai modul Dwimuka 182mm Syarikat ini. Projek ini - sebuah kerjasama antara GCL SI dan Atlas Renewable Energy - dijangka menjana 630 juta kWj tenaga elektrik setahun, cukup untuk menyediakan kemudahan kepada 100,000 isi rumah tempatan dengan kuasa yang dijana daripada tenaga bersih.

"Kami berasa gembira dapat terus bekerjasama dengan Atlas," kata Lin He, Pengurus Besar GCL SI America. "Sejak tahun 2018, kami telah membina loji janakuasa solar yang besar bersama-sama di beberapa negara termasuk Brazil serta Mexico dan projek kami juga dapat disambungkan dengan jayanya kepada grid kuasa tempatan sekali gus dapat menjamin kualiti projek, volum penjanaan kuasa dan juga pulangan."

Bagi meningkatkan pembangunan strategik perniagaan PVnya, GCL SI akan terus memajukan pengedaran produknya yang berkecekapan tinggi. Satu lagi bidang penting ialah membangunkan lebih banyak aplikasi sistem yang melaluinya Syarikat ini mengupayakan modul berkenaan digunakan untuk pelbagai keadaan yang lebih luas.

Sementara itu, dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih stabil, GCL SI juga berusaha untuk menawarkan produk yang berkualiti seperti modul berformat besar melalui pengilangan pintar.

Merujuk kepada perkara berkenaan, Syarikat ini mempunyai rancangan yang kukuh untuk memacu outputnya. GCL SI menggiatkan lagi usahanya menerusi kilang modulnya di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui, Timur China. Fasa 1 kilang giga Hefei, dengan kapasiti 5GW telah berjaya ditauliahkan. Menjelang penghujung tahun ini, kapasiti pengeluaran GCL SI dijangka mencapai 20GW, lalu menyokong selanjutnya penawaran mantap barisan produknya bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap modul berkecekapan tinggi Syarikat ini.

Latar Belakang GCL SI 

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (002506.SZ) (GCL SI) merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL SI menyediakan sistem tenaga sehenti, canggih dan bersepadu serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services