omniture

Toshiba Buka Jalan untuk Masa Depan Solar dengan Modul Fotovolta Perovskit

Toshiba Corporation
2022-03-30 10:00 82

SINGAPURA, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Kuasa solar ialah salah satu penyelesaian yang paling berkesan dan penting bagi tenaga bersih. Sel solar perovskit yang nipis, ringan dan fleksibel merupakan pilihan yang hebat. Toshiba telah membangunkan sel solar perovskit berasaskan filem berskala besar yang paling cekap di dunia dan dengan berbuat demikian, akan dapat menyumbang kepada masyarakat yang membolehkan kita semua menikmati masa depan yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih lestari.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202203.shtml


Isao Takasu, Fellow, Nano Materials and Frontier Research Laboratories Transducer Technology Laboratory, Corporate Research & Development Center, Toshiba Corporation
Isao Takasu, Fellow, Nano Materials and Frontier Research Laboratories Transducer Technology Laboratory, Corporate Research & Development Center, Toshiba Corporation


Modul fotovolta (PV) yang digunakan secara meluas pada hari ini diperbuat daripada silikon habluran – komposisi berat dan tegar yang mengehadkan tempat ia boleh dipasang. Atas sebab inilah modul PV Perovskit berasaskan filem polimer menawarkan alternatif menarik untuk generasi seterusnya, mempunyai beberapa faedah berbanding modul PV silikon habluran yang digunakan secara meluas. Lebih nipis, lebih ringan dan lebih fleksibel, modul PV Perovskit boleh dipasang di lokasi-lokasi di mana ianya terlalu sukar untuk menggunakan modul PV silikon seperti bumbung galas beban rendah dan tingkap pejabat.

Potensi untuk modul PV Perovskit membawakan kadar kecekapan penukaran kuasa (PCE) yang serupa kepada versi silikon adalah nyata - Toshiba telah mengambil langkah-langkah penting untuk mencapai sasaran ini melalui kaedah salutan meniskus satu langkah baharu dan inovatif. Kaedah salutan satu langkah perintis ini meningkatkan PCE kepada 15.1 peratus untuk modul bersaiz a 703cm2 – yang tertinggi di dunia untuk mana-mana modul fotovolta Perovskit berasaskan filem polimer yang besar. Faedah yang selanjutnya ialah kepantasan salutan diaplikasikan, kini menjadi 25 kali ganda lebih pantas berbanding proses dua langkah terdahulu daripada Toshiba. Hasilnya, faedah-faedah ini dapat membantu mempermudah dan mengurangkan kos pengeluaran, menjadikan teknologi sebagai pilihan berdaya maju secara komersial untuk masa depan dan syarikat ini bermatlamat untuk membawa modul-modulnya ke pasaran pada tahun 2025.

Dianggarkan teknologi baharu dapat menjana kuasa yang mencukupi untuk menampung dua pertiga daripada penggunaan kuasa tahunan oleh rumah-rumah di Tokyo sekiranya dipasang pada keluasan bumbung 164.9km2 – kira-kira bersamaan dengan keluasan permukaan bumbung kesemua bangunan di Tokyo. Teknologi ini berpotensi membawa manfaat kepada industri-industri seperti pembuatan dan juga pertanian.

Tatkala masyarakat berusaha untuk mengharungi masalah alam sekitar yang banyak dan pelbagai yang dihadapi ketika ini, termasuk perubahan iklim dan penyusutan sumber tenaga, peranan tenaga solar berserta tenaga boleh diperbaharui yang lain adalah sangat penting untuk membina masa depan yang lestari.

 

 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services