omniture

Perunding IP Eksekutif Midea Group Sally Wang Dinamakan Penasihat Dalaman IP 15 Teratas ALB China 2022

Midea Group
2022-03-30 23:09 210

SHUNDE, China, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Asian Legal Business mengeluarkan senarai Penasihat Dalaman IP 15 Teratas (Top 15 IP In-House Counsel) tahunannya di China. Sally Wang, perunding kanan harta intelek Midea Group Co., Ltd. ("Midea", 000333.SZ) dianugerahkan sebagai Penasihat Dalaman IP 15 Teratas ALB China 2022.


"Begitu mengujakan apabila Sally Wang dinamakan sebagai Penasihat Dalaman IP 15 Teratas ALB China oleh Thomson Reuters Asian Legal Business," ulas Marianna Zhao, Ketua Pegawai Produk Midea. "Sally mempunyai pemahaman yang mendalam serta amalan yang mantap dalam permohonan tanda dagangan. Menerusi kepakaran dan pengalaman beliau dalam harta intelek, pasukan undang-undang menyokong padu pembangunan pesat perniagaan luar negara Midea Group. Selain itu, pencapaian oleh Sally mencerminkan sepenuhnya profesionalisme pasukan bakat global kami."

Sally Wang bertanggungjawab terhadap tanda dagangan, hak cipta dan domain Midea Group termasuk pelesenan tanda dagangan, kebenaran dan pengurusan kawalan risiko dalam e-Dagang, perniagaan pengedaran luar negara dan perniagaan OEM serta pendaftaran tanda dagangan global dan pengurusan portfolio. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Midea Group mengambil bahagian dalam banyak seminar serta program berkaitan IP bagi mempromosikan imej antarabangsa China dalam mengukuhkan perlindungan harta intelek.

Midea Group komited untuk membina keupayaan inovasi berorientasikan masa depan dan kelebihan penskalaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan rangkaian R&D global bagi meningkatkan susun atur R&D berserta mekanisme inovasi. Inovasi merupakan salah satu nilai teras kami dan atas sebab inilah Midea Group melabur 3.5% daripada keuntungannya dalam penyelidikan pada tahun 2021. Hari ini, Midea Group Co., Ltd. bekerjasama dengan lebih 16,000 kakitangan R&D dan lebih daripada 300 ahli akademik dan pakar kanan yang terkemuka di dunia, memiliki lebih 100,000 permohonan rangkaian paten. Menurut senarai kedudukan pemegang paten IFI Claims 2021 Global 250, Midea Group juga telah memfailkan lebih 58,494 rangkaian paten di serata dunia, lalu menjadikannya pemegang paten ketiga terbesar di dunia pada tahun 2021.


Latar Belakang Midea Group Co., Ltd.

Midea Group dengan visi untuk "membawa inovasi yang hebat kepada kehidupan" telah mendukung falsafah untuk mencipta kehidupan yang lebih baik menerusi teknologi selama 54 tahun sejak penubuhannya. Hari ini, Midea telah berkembang menjadi konglomerat teknologi sains, mengkhusus dalam Perniagaan Rumah Pintar, Teknologi Perindustrian, Teknologi Bangunan, Robotik & Automasi serta Perniagaan Inovasi Digital. Sepanjang lima tahun yang lalu, hampir 45 bilion yuan telah dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dengan 35 pusat R&D serta 35 tapak pengeluaran utama di dunia. Produk dan perkhidmatan kami memberi manfaat kepada kira-kira 500 juta pengguna di lebih 200 negara dan wilayah.

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail