omniture

RP2405 XCMG, Penurap Makadam Distabilkan Simen Terbesar Dunia, Siapkan Penyebaran 20 Meter Lebar

XCMG
2022-03-30 23:29 146

GUANGYUAN, China, 30 Mac 2022 /PRNewswire/ -- RP2405, penurap yang terbesar di dunia yang dibangunkan oleh XCMG (SHE:000425), telah menyiapkan pengacuan turapan sekali sahaja sepanjang lebar 20 meter penuh untuk projek pembinaan jalan raya 1.5 kilometer panjang di Lebuh Raya G75 Guangyuan-Nanchong, lalu mencatat rekod dunia lebar turapan baharu untuk penurapan makadam yang distabilkan oleh simen.

XCMG RP2405, the World’s Largest Cement-Stabilized Macadam Paver, Completes 20-Meter-Wide Spreading.
XCMG RP2405, the World’s Largest Cement-Stabilized Macadam Paver, Completes 20-Meter-Wide Spreading.

Dengan prestasi kemuncak 1,800t/j dan kapasiti operasi yang berkualiti tinggi, lebar turapan maksimum oleh penurap RP2405 XCMG telah mencapai 24 meter, yang paling luas merentas industri ini. Penurap ini berjaya menyiapkan penurapan makadam yang distabilkan oleh simen dengan lebar 20 meter dan ketebalan 32 sentimeter. Pasukan perkhidmatan di lapangan XCMG memantau data untuk memastikan operasi peralatan pembuatan yang lancar dan kerataan serta kepadatan makadam yang distabilkan oleh simen memenuhi keperluan pembinaan.

Kemudian, RP2405 melaksanakan pembinaan lapisan permukaan asfalt yang amat luas, mencapai lebar 19.5 meter dan ketebalan 6 sentimeter, hasil daripada reka bentuk trak yang amat panjang, kawalan sistem elektronik Siri 5 dan lapis lepa terkini dengan peningkatan ketegaran 35 peratus.

"Penurap RP2405 menyampaikan prestasi penurapan lapisan permukaan asfalt yang cemerlang dari segi kerataan turapan, kawalan pengasingan dan kebolehtelapan air turapan," kata Peng Guangqiang, Pengurus Produk XCMG.

Disokong oleh teknologi inovatif dan dikilangkan mengikut piawaian kualiti yang tertinggi, produk jentera jalan raya XCMG telah mendapat pengiktirafan yang lebih luas dalam pasaran antarabangsa selama bertahun-tahun.

Penggelek getaran dram tunggal XS133E, yang agak popular di Asia Tenggara, mempunyai berat operasi 11 tan, dengan kedua-dua dram hadapan dan roda belakang digerakkan secara hidraulik, menjamin prestasi yang cemerlang, kecekapan ekonomi yang unggul serta keandalan yang luar biasa. Ia turut menawarkan pilihan-pilihan yang berbeza bagi memenuhi pelbagai keperluan pembinaan serta mengetengahkan operasi yang ringkas dan selesa selain penyelenggaraan yang mudah.

Perata tanah GR1905T yang telah dieksport ke Turki menampilkan teknologi kemudi silinder tunggal yang pertama di dunia yang merealisasikan jejari pusingan kecil dan hayat perkhidmatan yang dilanjutkan. Konsol pisah, medan pandangan yang luas dan sistem kamera pandangan belakang turut meningkatkan pengalaman pemanduan dengan ketara.

Sementara itu, penggelek jalan berprestasi tinggi XS265S, dieksport ke Australia, tiada cekam induk yang pada asasnya merupakan satu penaiktarafan daripada transmisi "manual" kepada "automatik", berserta kotak gear yang amat stabil dan reka bentuk industri Siri 5 serba baharu demi membawa pengalaman operasi yang lebih baik.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Transportation