omniture

GenScript Terima "Anugerah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak Terbaik" Buat Kali Ketiga Berturut-turut

Genscript
2022-03-31 09:42 155

SINGAPURA, 31 Mac 2022 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK) menerima "Anugerah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak Terbaik" di Asia Pacific Bioprocessing Excellence Awards 2022. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut GenScript meraih anugerah yang sama di rantau Asia Pasifik. Anugerah ini turut menyusuli pengiktirafan GenScript di Korea Bioprocessing Excellence Awards pada tahun 2021 untuk "Anugerah Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak Terbaik".


 

Dr. Kun Yin, Senior Director of Business Development, GenScript ProBio Asia Pacific division receiving the best CDMO award on the virtual ceremony.
Dr. Kun Yin, Senior Director of Business Development, GenScript ProBio Asia Pacific division receiving the best CDMO award on the virtual ceremony.

"Kami berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf oleh pelanggan dan rakan industri kami sebagai rakan perkhidmatan CDMO yang terkemuka untuk industri biofarmaseutikal. Anugerah ini merupakan bukti kukuh terhadap usaha dan dedikasi berterusan kami untuk mengekalkan kedudukan global kami sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan terunggul bagi mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan, vaksin dan terapi generasi seterusnya," kata Dr. Kun Yin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan, GenScript ProBio bahagian Asia Pasifik. "Kami akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dengan memanfaatkan platform dan kepakaran teknologi kami untuk menyediakan penyelesaian terbaik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami."

Asia Pacific Bioprocessing Excellence Awards 2022 mengiktiraf pakar, organisasi dan teknologi biopemprosesan luar biasa yang memudahkan kecemerlangan biopembuatan pada kelajuan dipertingkat, kos dikurangkan dan kualiti unggul. Panel hakim pakar terdiri daripada Pemimpin Pendapat Utama yang mempunyai pengalaman selama lebih daripada 20 tahun, Naib Presiden dan Pengarah Pembangunan Proses, Ketua Pembuatan dan Biopemprosesan daripada kesemua pengusaha utama di Asia dan seluruh dunia. GenScript muncul sebagai pemenang bagi anugerah CDMO terbaik antara rakan-rakan industri di rantau Asia Pasifik.

Pada Januari 2022, GenScript ProBio, yang merupakan bahagian CDMO GenScript memecahkan tanah bagi tujuan pembinaan kemudahan pembuatan plasmid dan vektor virus berkeluasan 34,000 meter persegi terbaharunya. Kemudahan tersebut akan menjadi kemudahan canggih, menggunakan teknologi dan peralatan terkini dalam pembuatan vektor virus dan plasmid bagi meningkatkan kapasiti pengeluarannya dan menyampaikan perkhidmatan CDMO terapi sel dan gen hujung-ke-hujung. Banyak projek untuk vaksin mRNA COVID-19 dari China telah dijalankan di kemudahan pembuatan plasmid GenScript ProBio. Selain menyokong banyak perusahaan vaksin mRNA di China bagi memperoleh kelulusan klinikal oleh NMPA, GenScript ProBio turut membantu projek-projek vaksin mRNA daripada syarikat-syarikat Korea Selatan dan Amerika Selatan bagi mendapatkan kelulusan klinikal di Korea Selatan dan juga Jepun.

"Terapi sel dan gen berada di barisan hadapan inovasi untuk merawat penyakit yang teruk dan jarang ditemui, pada tahun-tahun akan datang, GenScript akan memberi tumpuan untuk meletakkan dedikasi dan pelaburan kami untuk bekerjasama dengan para saintis serta membangunkan ubat-ubatan dan terapi demi meningkatkan kehidupan manusia," kata Dr. Kun Yin semasa upacara penyampaian anugerah.

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation 

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains hayat serta pembuatan. Dibina berasaskan kepada teknologi sintesis gennya yang mantap, GenScript Biotech dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform perkhidmatan dan produk sains hayat, platform organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) biologik, platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri. 

GenScript Biotech ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange pada tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript Biotech mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript Biotech menyediakan perkhidmatan dan produk premium, mudah dan andal kepada lebih 100,000 pelanggan. 

Setakat 31 Disember 2021, GenScript Biotech mempunyai lebih daripada 5,200 pekerja secara global, lebih 40% daripada mereka berkelulusan ijazah sarjana dan/atau Ph.D. Di samping itu, GenScript Biotech memiliki beberapa hak harta intelek termasuk lebih 180 paten, lebih 670 permohonan paten sedang menunggu dan sejumlah besar rahsia perdagangan.

Didorong oleh misi korporat "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript Biotech berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 31 Disember 2021, perkhidmatan dan produk GenScript Biotech dipetik oleh 65,600 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript Biotech

https://www.genscript.com.

Latar Belakang GenScript ProBio – Biologics CDMO

GenScript ProBio ialah subsidiari GenScript Biotech Corporation, menyediakan secara proaktif perkhidmatan CDMO hujung-ke-hujung bermula daripada penemuan ubat-ubatan kepada pengkomersialan dengan strategi proaktif, penyelesaian profesional serta proses yang cekap dalam terapi gen dan sel (GCT), vaksin, penemuan biologik serta ubat protein antibodi bagi mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan untuk pelanggan.

Penyelesaian terapi gen dan sel keseluruhan GenScript ProBio meliputi CMC plasmid dan virus untuk pemfailan IND serta pembuatan klinikal dan pembuatan komersial. Penyelesaian inovatif daripada GenScript ProBio untuk penemuan dan pembangunan biologik termasuk penemuan antibodi terapeutik, kejuruteraan antibodi dan pencirian antibodi. Kapasiti GMP yang memenuhi syarat-syarat kawal selia FDA, EMA dan NMPA.

Ke arah mencapai misi "Inovasi melalui Kolaborasi", GenScript ProBio komited untuk membantu pelanggan memendekkan garis waktu untuk pembangunan ubat-ubatan biologik bermula daripada penemuan kepada pengkomersialan, merendahkan dengan ketara kos R&D serta membina masa depan yang lebih sihat.

Source: Genscript
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards