omniture

WEF iktiraf Midea Group sebagai perintis Revolusi Perindustrian ke-4 buat kali ke-3, dengan 2 tapak pembuatan Midea baharu menyertai Global Lighthouse Network pada tahun 2022

Midea Group
2022-04-02 13:06 438

SHUNDE, China, 2 April 2022 /PRNewswire/ -- Midea Group Co., Ltd. (000333CH) telah diberi penghormatan sebagai perintis teknologi Industri 4.0 dengan dua kilang, Midea Heifei dan Midea Jingzhou dimasukkan ke dalam Global Lighthouse Network Forum Ekonomi Dunia (WEF), lalu menunjukkan usaha Kumpulan ini dalam mencapai kecekapan pengeluaran dan kelestarian.


 


Global Lighthouse Network ialah komuniti tapak pengeluaran dan rantaian nilai yang merupakan peneraju dunia dalam penerimaan dan penyepaduan teknologi canggih Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). Secara keseluruhan, Midea Group memiliki 4 kilang Lighthouse WEF yang meliputi perkakas rumah pintar yang menyumbang bahagian hasil Kumpulan yang agak tinggi.

"Kilang kami pernah mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan berkualiti sederhana secara serentak dan pengeluaran kami menghadapi cabaran yang sangat besar," ulas Li Zhen, Pengurus Besar kilang Midea Jingzhou. "Ia sangat tidak cekap dari segi cara pembuatan tradisional dan sukar memenuhi keperluan pengguna kami dalam tempoh yang ditetapkan."

Melalui pelaksanaan langkah-langkah transformasi digital dan pintar, kilang 'rumah api' Midea Jingzhou menerima pakai automasi yang fleksibel. IoT dan kecerdasan buatan dengan lebih daripada 2,000 inisiatif transformasi digital telah meningkatkan produktiviti tenaga buruh sebanyak 52% dan mengurangkan masa pendulu pengeluaran sebanyak 25%, kadar kegagalan sebanyak 53% dan penggunaan utiliti setiap unit sebanyak 20%.

Kilang mesin basuh Midea di Hefei turut menyaksikan revolusi yang serupa. "Bilangan SKU produk melebihi 1,100 manakala jumlah pengeluaran dan jualan tahunan Midea Hefei turut berada di barisan hadapan. "Pendigitalan telah memacu transformasi seluruh proses perniagaan kami, model dan peningkatan kecekapan," menurut Zhang Zhimin, Pengurus Besar kilang.

Menyasarkan segmen produk berkualiti tinggi domestik dan pengembangan pasaran luar negara, kilang Rumah Api 4IR Canggih Midea Hefei menggunakan secara meluas kecerdasan buatan dan teknologi IoT merentas rantaian nilai hujung-ke-hujung untuk mewujudkan respons yang lebih pantas dan rantaian bekalan yang lebih cekap, menghasilkan pengurangan masa pendulu sebanyak 56%, pengurangan kadar kecacatan laporan pelanggan sebanyak 36% dan peningkatan produktiviti buruh sebanyak 45%. Selain itu, ia turut membantu untuk memenuhi matlamat untuk mencapai puncak emisi karbon pada tahun 2025 dan sifar bersih pada tahun 2040.

"Pada masa akan datang, Midea Group akan terus meningkatkan pelaburan dalam pendigitalan, IoT, penemuan ulung global dan kepimpinan teknologi serta melabur dalam teknologi canggih yang baharu," kata Simon Zhang, Ketua Pegawai Maklumat Midea Group.

Latar Belakang Midea Group Co., Ltd.
Midea Group, dengan visi untuk "membawa inovasi yang hebat kepada kehidupan" telah mendukung falsafah untuk mencipta kehidupan yang lebih baik menerusi teknologi selama 54 tahun sejak penubuhannya. Hari ini, Midea telah berkembang menjadi konglomerat teknologi sains, mengkhusus dalam Perniagaan Rumah Pintar, Teknologi Perindustrian, Teknologi Bangunan, Robotik & Automasi serta Perniagaan Inovasi Digital. Sepanjang lima tahun yang lalu, hampir 45 bilion RMB telah dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dengan 35 pusat R&D serta 35 tapak pengeluaran utama di dunia. Produk dan perkhidmatan kami memberi manfaat kepada kira-kira 500 juta pengguna di lebih 200 negara/wilayah.

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer/Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Retail