omniture

Zoomlion Kuasai Pasaran 'Lautan Biru' yang Luas dengan Segmen-segmen Baru Muncul Menyumbang lebih 20% daripada Jumlah Hasil pada 2021

Zoomlion
2022-04-04 12:49 129

CHANGSHA, China, 4 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mac, Zoomlion mengeluarkan laporan tahunan 2021. Syarikat ini memperoleh hasil kendalian sebanyak RMB 67.131 bilion, meningkat 3.11% berbanding tahun sebelumnya. Segmen-segmen baru muncul seperti jentera kerja udara, jentera tolak tanah, bahan binaan baharu, jentera pertanian dan pertanian pintar bertanggungjawab terhadap lebih daripada 20% hasil Syarikat, satu peningkatan sebanyak hampir 6 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zoomlion telah menumpukan rancangan perniagaannya kepada tiga segmen utama: jentera pembinaan, jentera pertanian + pertanian pintar dan bahan binaan baharu. Laporan tahunan menunjukkan bahawa Zoomlion terus memastikan jentera pembinaan stabil dan bertambah baik pada tahun 2021 dengan hasil jualan tahunan mencecah RMB 63.523 bilion dalam hal ini, meningkat 3.49% berbanding tahun sebelumnya. Tiga produk utama iaitu jentera konkrit, jentera angkat kejuruteraan dan jentera angkat pembinaan terus berkembang dengan kedudukan pasaran yang kukuh.

Hasil jualan jentera tolak tanah, salah satu segmen baru muncul Zoomlion, meningkat sebanyak lebih daripada 21% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Jumlah jualan produk pengorek sederhana dan besar dengan keuntungan yang agak baik menyaksikan pertumbuhan yang ketara sementara bahagian pasaran keseluruhan meningkat pada kadar yang mantap.

Bagi jentera kerja udara, jualan jentera kerja udara Zoomlion mencecah RMB 3.351 bilion pada tahun 2021, satu peningkatan yang ketara sebanyak 310.76% berbanding tahun sebelumnya. Ketika ini, jentera kerja udara mempunyai liputan penuh bagi spektrum produk 4-68 meter, lalu menjadikan Zoomlion sebagai pengeluar peralatan altitud dengan model-model yang paling lengkap di China. Ia turut menunjukkan prestasi yang baik dalam pasaran luar negara, menerusi operasinya merentas 58 negara dan wilayah di lima benua termasuk pasaran kelas tinggi seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2021, pengkomersialan jentera pertanian pintar didayakan AI semakin meningkat maju dan keandalan produk jentera penuaian dan jentera kuasa dikemas kini sepenuhnya. Bahagian pasaran mesin gandum, pengering, pembajak putar, pembandela dan pelempar beras kekal berada di barisan hadapan industri ini di China.

Perniagaan bahan binaan baharu baharu Zoomlion telahpun dilancarkan sepenuhnya. Perniagaan peralatan mortar campuran kering berkembang pada kadar yang stabil, meraih kedudukan kukuh antara segelintir yang berada di tahap teratas dari segi bahagian pasaran domestik.

Zoomlion akan mempelbagaikan lagi operasinya, mempercepatkan segmen-segmen baru muncul dan membangunkan pasarannya dalam pasaran 'lautan biru' yang baharu.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Earnings