omniture

TV Laser L9G Hisense Diperkenalkan di Undian Terakhir Piala Dunia, Kempen Pemasaran Global Piala Dunia #PerfectMatch Dilancarkan Secara Rasmi

Hisense
2022-04-05 06:30 178

QINGDAO, China, 5 April 2022 /PRNewswire/ -- Undian Terakhir untuk FIFA World Cup Qatar 2022™ telahpun diadakan di Doha pada 1 April, FIFA, Kerajaan Qatar, Hisense dan banyak organisasi menghadiri acara tersebut. Sebagai penaja global rasmi untuk dua kejohanan FIFA World Cup berturut-turut, Hisense memaparkan TV Laser L9G TriChroma yang mendapat pujian meluas di acara tersebut dan mengumumkan Kempen Pemasaran Global Piala Dunia #PerfectMatch yang akan datang.


 


TV Laser L9G Hisense Dipuji Secara Meluas di Acara tersebut

Pasukan pengurusan kanan FIFA dan wakil-wakil daripada pelbagai persatuan bola sepak mengunjungi reruai Hisense semasa acara tersebut. Fatma Samoura, Setiausaha Agung FIFA, amat kagum dengan pengalaman menonton TV Laser L9G Hisense yang imersif. Seorang jurulatih bola sepak terkenal menyatakan bahawa TV Laser Hisense sangat hebat untuk menonton perlawanan bola sepak di rumah.


En. Jason Ou, Presiden Hisense Timur Tengah dan Afrika, menekankan bahawa TV Laser L9G Hisense direka bentuk sebagai Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan) yang selesa untuk mata dan diperakui oleh TÜV Rheinland baru-baru ini. "Sistem hiburan rumah yang sempurna dan bunyi berkualiti pawagam dapat memberi pengalaman menonton perlawanan yang amat imersif kepada pengguna apabila menonton FIFA World Cup Qatar 2022™. Dari perspektif pembangunan strategi produk, Hisense akan terus menggalakkan penemuan teknologi bagi struktur produk demi mencipta produk premium dan berkualiti tinggi. Produk premium Hisense akan menjadi pilihan pertama pengguna pada masa akan datang," tambah Jason Ou.

Kempen Pemasaran Global Piala Dunia #PerfectMatch Dilancarkan Secara Rasmi 

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Hisense melancarkan kempen pemasaran Piala Dunia global dengan slogan "Perlawanan Sempurna" ("Perfect Match") yang bererti Piala Dunia ini akan menjadi acara bola sepak yang terbaik dan produk Hisense akan menjadi pilihan terbaik untuk peminat sukan bola sepak menonton perlawanan di rumah.

Sebagai jenama perkakas rumah yang andal, Hisense menguar-uarkan kepada dunia melalui platform FIFA World Cup dengan kesungguhan untuk mempersembahkan setiap Perlawanan Sempurna kepada penonton global. Hisense akan turut mencipta perlawanan yang sempurna untuk pengguna dan peminat melalui siri kempen pemasaran sepanjang perjalanan FIFA World Cup termasuk projek Disappearing Football Pitches CSR, Super Brand Week dan sebagainya.

Hisense Meningkatkan Pelaburan di Timur Tengah, Mengukuhkan Kedudukan Pasaran Global

Timur Tengah ialah salah satu pasaran Hisense yang berkembang paling pantas. Ketika ini, kedai utama global pertama Hisense telahpun dibuka di Timur Tengah dan Hisense telah meraih banyak pengiktirafan melalui teknologi yang luar biasa dan kualiti produk. Pada masa akan datang, Hisense akan memanfaatkan hak tajaan Piala Dunia "Qatar" dan terus mempercepatkan pelaksanaan strategik pasaran Timur Tengah. Bagi mencapai tujuan ini, Hisense akan melabur lebih banyak dalam mencipta produk berteknologi tinggi yang premium. Sementara itu, Hisense juga akan meningkatkan pelaburan keseluruhan dalam menubuhkan kilang-kilang bagi memenuhi integrasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan.

Melangkah ke hadapan, Hisense bermatlamat untuk mencapai globalisasi dan meningkatkan daya saing global jenama ini melalui kejayaan pasaran Timur Tengah dan pemasaran sukan untuk menjadi jenama teknologi global yang terkenal di serata dunia.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sports New products/services