omniture

Inovasi Jimat-ruang Geberit Tangani Cabaran Kelestarian untuk Pembangunan Bangunan Berkepadatan Tinggi di SEA

Geberit North and South East Asia
2022-04-05 10:08 159

SINGAPURA, 28 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Geberit Group, peneraju pasaran Eropah dalam sistem saliran mesra alam, menyokong pereka, pemaju dan juga arkitek di Asia untuk mencipta bangunan bertingkat tinggi yang lestari dengan sistem SuperTube dan Pluvia perintis. Direkayasa untuk mencapai keseimbangan antara seni bina dan reka bentuk mesra alam, teknologi penjimatan ruang Geberit membolehkan bandar-bandar memaksimumkan ruang sekali gus mencapai matlamat kelestarian.

Teknologi SuperTube Geberit dan saliran bumbung sifonik Pluvia Geberit - Sistem unggul yang menjimatkan ruang, masa dan sumber berharga.
Teknologi SuperTube Geberit dan saliran bumbung sifonik Pluvia Geberit - Sistem unggul yang menjimatkan ruang, masa dan sumber berharga.

Dengan bekalan tanah yang terhad, bandar-bandar di seluruh Asia membina bangunan berkepadatan tinggi dengan pantas bagi memenuhi permintaan penduduk mereka yang semakin bertambah. Di Vietnam, salah satu ekonomi yang semakin berkembang di rantau ini, diramalkan bahawa Bandar Raya Ho Chi Minh akan memerlukan tambahan 47 juta meter persegi kawasan perumahan menjelang tahun 2030 dan Da Nang telah memperuntukkan 32% daripada tanahnya bagi tujuan pembangunan bandar.

Bangunan ini menggunakan sejumlah besar kuasa elektrik dan menyumbang kepada emisi gas rumah hijau yang telahpun tinggi di rantau ini, maka negara-negara seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura memberi insentif kepada pemaju untuk memilih amalan hijau dengan reka bentuk dan teknologi bangunan yang menjimatkan ruang. Sistem saliran yang efektif, seperti sistem SuperTube dan Pluvia Geberit membantu mendapatkan kembali ruang dan mengurangkan jejak ekologi bangunan.

Shilla Monogram Quangnam Danang: standard baharu dalam reka bentuk bangunan lestari, jimat-ruang

Teknologi penjimatan ruang Geberit telahpun disepadukan dengan jayanya dalam pelbagai projek di seluruh rantau ini, salah satu daripadanya ialah Shilla Monogram Quangnam Danang di Vietnam. Dengan menggabungkan SuperTube dan Pluvia Geberit di belakang dinding dan tangki tersembunyi Geberit dan Plat Penggerak Sigma20 di bilik mandi, hotel ini memaksimumkan prestasi, mengurangkan keperluan penyelenggaraan dan menghapuskan kekangan ruang yang terdapat dalam sistem saliran konvensional.

"Shilla Monogram Quangnam Danang merupakan contoh utama bagaimana penyelesaian yang bertahan lama daripada Geberit menyumbang kepada pembinaan yang lestari dan perlindungan terhadap alam sekitar dalam projek-projek. Sistem SuperTube dapat mengurangkan jumlah bahan yang diperlukan (HDPE) dan mengurangkan emisi CO2 dengan ketara. Sistem Pluvia menggunakan kurang 73% berat bahan untuk paip PE dan kelengkapan serta mencapai pengurangan 74% dalam emisi CO2 berbanding dengan sistem saliran bumbung konvensional," kata En. Darren Ng, Ketua Jualan untuk Vietnam & Indonesia di Geberit Asia Utara & Tenggara.

Tidak seperti saliran konvensional, SuperTube Geberit tidak memerlukan kecerunan pada sistem perpaipan mendatar. Reka bentuk penindan tunggal yang cekap ini bererti bangunan dapat mengurangkan dengan ketara jumlah ruang dan bahan mentah yang diperlukan untuk sistem perpaipan apabila dibandingkan dengan sistem 3-tindanan tradisional yang terdapat di Vietnam. Demikian juga, Pluvia Geberit mempunyai sistem perpaipan mendatar bagi kefleksibelan yang dipertingkat dalam reka bentuk penyaluran paip dan memerlukan sedikit outlet bumbung ekoran kadar pelepasan yang tinggi.

Apabila digandingkan dengan tangki tersembunyi jimat air Geberit, bangunan dapat menjimatkan lebih banyak air dan mengosongkan ruang di bilik mandi. Pada tahun 2021 sahaja, 3,590 juta m3 air telah dijimatkan oleh sistem simbah jimat-air Geberit.

Semua produk Geberit dikilangkan mengikut prinsip reka bentuk eko syarikat ini yang telah digunakan dalam lebih 170 pembangunan produk. Komitmen berterusan terhadap kelestarian menyaksikan Geberit mengurangkan emisi CO2 sebanyak 240,000 tan sejak tahun 2015 dan membolehkan Geberit memperoleh meterai Platinum yang berprestij daripada EcoVadis pada tahun 2022.

Ketika bandar-bandar perlu mencapai keseimbangan antara kelestarian dan urbanisasi, teknologi penjimatan ruang Geberit merupakan pengubah keadaan untuk persekitaran binaan. Penyelesaian lengkap daripada Geberit membolehkan bandar-bandar memenuhi permintaan penduduk yang semakin meningkat dengan ruang lantai yang lebih sesuai untuk didiami dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan terhadap alam sekitar daripada bangunan berkepadatan tinggi.

Latar Belakang Geberit

Geberit Group yang beroperasi di seluruh dunia merupakan peneraju Eropah dalam bidang produk sanitari. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambahan unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 26 kemudahan pengeluaran, yang mana 4 daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 pekerja kira-kira di 50 negara, Geberit menjana jualan bersih sebanyak CHF 3.5 bilion pada tahun 2021. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telah dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

 

 

 

 

Source: Geberit North and South East Asia
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Real Estate