omniture

Kilang Jerman CATL terima kelulusan untuk pengeluaran sel bateri

CATL
2022-04-07 09:51 161

ARNSTADT, Jerman, 7 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 4 April, Contemporary Amperex Technology Thuringia GmbH (CATT), kilang pertama CATL di luar China, mendapat kelulusan separa yang kedua untuk pentauliahan kilang baharu bagi tujuan pengeluaran sel bateri daripada negeri Thuringia, Jerman, seterusnya menandakan pencapaian penting untuk pengembangan jejak global CATL biarpun dengan pandemik ini.


 


Di upacara yang diadakan di CATT di kawasan perindustrian Erfurter Kreuz, Anja Siegesmund, Menteri Alam Sekitar, Tenaga dan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Thuringia serta Wolfgang Tiefensee, Menteri Ekonomi Thuringia, menyerahkan permit kepada Matthias Zentgraf, Presiden CATL untuk Eropah, bagi membenarkan kapasiti awal 8 GWj setahun untuk kilang ini.

Pembinaan kilang ini yang juga merupakan kilang bateri pertama Jerman berada di peringkat akhir dan pemasangan mesin sedang giat dijalankan agar sel pertama dapat dikeluarkan daripada barisan pemasangan menjelang penghujung tahun 2022.

"CATT memberi dorongan asas untuk peralihan tenaga yang amat diperlukan dan kami berbangga dapat menjadi syarikat pertama yang mendapat kelulusan untuk mengilangkan bateri 'Buatan Jerman'," kata Zentgraf, menambah bahawa kerjasama bersama pihak berkuasa semasa proses kelulusan berjalan dengan cara yang boleh dicontohi.

E-mobiliti di Jerman kini mendapat momentum yang besar dan negeri ini memerlukan syarikat-syarikat yang komited untuk mengambil kira aspek kelestarian dan pemuliharan sejak daripada peringkat pengeluaran, kata Siegesmund.

"Bagi Thuringia, CATT ialah salah satu pelaburan industri yang paling penting dalam beberapa dekad kebelakangan ini," kata Tiefensee. "Dalam masa yang sama, projek ini boleh menjadi pencetus awal untuk kemunculan 'Battery Valley Thuringia' ('Lembah Bateri Thuringia'), memandangkan kumpulan syarikat pembekal CATL yang pertama telah bertapak di sekitar kawasan ini."

CATT terdiri daripada dua buah bangunan: G1, bangunan sedia ada dibeli daripada syarikat lain dan tempat sel dipasang pada modul dan G2, kilang yang baru dibina oleh CATT dan tempat sel akan dihasilkan. Kelulusan pada hari Isnin dikeluarkan untuk membenarkan pengeluaran sel G2.

Dengan bilik yang bersih, kebersihan teknikal dan kelembapan berterusan, kilang ini hampir sama rumitnya dengan kilang cip. Sementara itu, kilang ini menjana sebahagian kuasanya daripada panel kuasa solar di atas bumbung bangunan dalam usaha untuk menghasilkan secara lestari.

CATL memecah tanah di kilang Jermannya pada tahun 2019 dan dijadualkan untuk memulakan pengeluaran sel menjelang penghujung tahun 2022 apabila sejumlah 1,500 pekerjaan akan dicipta di Jerman.

Dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.8 bilion euro, CATL merancang untuk mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 14GWj dan mencipta 2,000 peluang pekerjaan di Jerman pada masa akan datang.

Terletak di tengah-tengah Jerman, kilang ini bersedia untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pembuat kereta utama di Jerman, seterusnya menggalakkan mobiliti elektrik dan transformasi tenaga di Eropah.

 

Source: CATL
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Licensing/marketing agreements