omniture

The Parentinc, Syarikat Teknologi-Ibu Bapa #1 SEA, Kumpul US$22J dalam Pusingan Pendanaan Siri D Dipimpin oleh East Ventures

The Parentinc
2022-04-08 10:19 102

SINGAPURA, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- The Parentinc, sebuah syarikat teknologi yang berkembang pantas dan beribu pejabat di Singapura, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya menutup pusingan bernilai US$22J. Pusingan ini merangkumi campuran pelaburan primer dan sekunder berserta hutang teroka.

Roshni Mahtani Cheung, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Parentinc
Roshni Mahtani Cheung, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Parentinc

Pusingan pendanaan ini dipimpin oleh East Ventures serta pelabur-pelabur lain yang tidak didedahkan. Pelabur baharu Central Retail Corporation dan pelabur sedia ada WHG Holdings juga mengambil bahagian dalam pusingan ini. Dana hutang teroka disediakan oleh DBS dan merupakan pembiayaan hutang teroka kedua sedemikian yang diperoleh daripada bank.

The Parentinc ialah peneraju yang tiada tandingan di Asia Tenggara yang memberi tumpuan untuk membangunkan penyelesaian kandungan, komuniti dan perdagangan yang holistik untuk wanita hamil dan ibu muda. Jenama unggulan syarikat ini, theAsianparent, merupakan platform komuniti terbesar dan paling berjaya di rantau ini untuk ibu bapa; manakala jenama terus kepada penggunanya yang memenangi anugerah, Mama's Choice, mengeluarkan dan menjual secara runcit produk kehamilan, penyusuan, penjagaan bayi dan isi rumah yang selamat, semula jadi dan Halal yang dicipta dan diuji di Singapura untuk keluarga di Asia.

Baru sahaja mengumumkan LINE SEA Corp sebagai pemegang saham baharu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas The Parentinc, Roshni Mahtani Cheung memperlihatkan semangat beliau dalam mengalu-alukan East Ventures ke dalam senarai pelabur syarikat beliau.

Mahtani Cheung berkata, "East Ventures ialah salah satu modal teroka yang paling menonjol di Asia Tenggara. Saya sentiasa menjadi peminat setia pasukan mereka, falsafah mereka dalam menjalankan perniagaan serta kedalaman dan keluasan pengetahuan mereka. Bekerjasama dengan pasukan EV telah menjadi sesuatu yang amat menyeronokkan dan saya teruja dengan adanya Willson Cuaca, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan East Ventures, menyertai syarikat kami. Dengan kepakaran dan rekod prestasi yang sangat baik EV dalam mencipta syarikat-syarikat unikorn di seluruh Asia, kami teruja untuk merangsang kejayaan mereka dan memperkukuh kehadiran kami di Indonesia dan seluruh rantau ini. Saya yakin bahawa saya telah memilih rakan kongsi terbaik untuk bersama-sama mengembangkan perniagaan The Parentinc."

Menurut Mahtani Cheung, perjanjian pelaburan antara East Ventures dan The Parentinc akan membuka jalan ke arah pengembangan theAsianparent dan Mama's Choice ke dalam pasaran-pasaran tambahan di Asia Pasifik dan selanjutnya.

"Menerusi pusingan pelaburan baharu ini, rancangan kami adalah untuk meluaskan lagi komuniti keibubapaan kami, theAsianparent dan jenama terus-kepada-pengguna kami, Mama's Choice ke dalam tiga pasaran tambahan sebelum akhir tahun 2022," tambah beliau.

Willson Cuaca, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan East Ventures berkata, "Kami kagum dengan pertumbuhan luar biasa The Parentinc dan peralihan yang berjaya bermula daripada blog menjadi peneraju pasaran yang tiada tandingan di seluruh Asia Tenggara bagi bidang kandungan keibubapaan, komuniti dan perdagangan. Kami benar-benar menyukai visi syarikat tersebut dan kami yakin bahawa bakat berkaliber di The Parentinc akan mendorong syarikat ini ke tahap yang lebih tinggi."

Latar Belakang The Parentinc (turut dikenali sebagai Tickled Media Pte. Ltd.)

The Parentinc ialah salah sebuah syarikat teknologi yang berkembang paling pantas di Asia dan beribu pejabat di Singapura. Jenama unggulannya, theAsianparent merupakan platform kandungan dan komuniti yang terbesar di Asia Tenggara untuk ibu bapa, dengan capaian melebihi 35 juta pengguna sebulan dan penarafan gedung aplikasi 4.9 bintang (Muat turun aplikasi ini di sini). The Parentinc turut memiliki dan mengendalikan jenama terus kepada pengguna Mama's Choice yang mengeluarkan dan menjual secara runcit produk kehamilan, penyusuan, penjagaan bayi dan isi rumah yang selamat, semula jadi dan Halal yang dicipta dan diuji di Singapura untuk keluarga-keluarga di Asia (Beli di sini).

Pelabur-pelabur The Parentinc termasuk: Central Retail Corporation, East Ventures, Fosun International, Global Grand Leisure, JD.com, LINE SEA Corp., Mirae Asset-Naver New Growth Fund, Redbadge Pacific, SCB 10X, Tigris Capital, Vertex Ventures dan WHG Holdings.

Latar Belakang East Ventures

East Ventures ialah sebuah firma modal teroka agnostik-sektor perintis dan terkemuka yang beribu pejabat di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures telah berubah menjadi platform holistik yang menyediakan pelaburan berbilang peringkat termasuk Benih dan Pertumbuhan untuk lebih 200 syarikat di Asia Tenggara.

Syarikat yang mula-mula percaya mengenai ekosistem syarikat pemula di Indonesia, East Ventures merupakan pelabur pertama dalam kalangan syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka yang lain dalam portfolio ini termasuk Ruangguru, SIRCLO, Kudo (diperoleh oleh Grab), Loket (diperoleh oleh Gojek), Tech in Asia, Xendit, IDN Media, MokaPOS (diperoleh oleh Gojek), ShopBack, KoinWorks, Waresix dan Sociolla.

East Ventures dinamakan sebagai dana modal teroka (VC) berprestasi terunggul yang paling konsisten di seluruh dunia oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di SEA dan Indonesia oleh pelbagai media.

Source: The Parentinc
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news Venture Capital Women-related news