omniture

Coway Menang Red Dot Design Award buat Tahun ke-16 Berturut-turut

Coway Co., Ltd.
2022-04-08 13:52 103
  • Dua Siri NOBLE Coway meraih pengiktirafan berprestij di Red Dot Design Award: Reka Bentuk Produk 2022 tahun ini
  • Produk yang dianugerahkan diiktiraf atas kebolehgunaannya yang intuitif dan reka bentuk tersendiri

SEOUL, Korea Selatan, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- Coway, "The Best Life Solution Company," dinamakan sebagai pemenang bagi Red Dot Award: Reka Bentuk Produk 2022

Coway Menang Red Dot Award: Reka Bentuk Produk 2022
Coway Menang Red Dot Award: Reka Bentuk Produk 2022

Red Dot Design Award merupakan antara pertandingan reka bentuk yang paling berprestij di dunia berserta iF dan IDEA bagi mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan reka bentuk. Tahun 2022 menandakan tahun ke-16 berturut-turut Coway dinobat sebagai Pemenang Red Dot Design Award

Tahun ini, ''NOBLE Air Care Solution Series' dan 'NOBLE Induction Freedom Series' merupakan pemenang bagi Red Dot Design Award: Reka Bentuk Produk. Jenama perkakas reka bentuk premium Coway, NOBLE sekali lagi diiktiraf untuk reka bentuk dan teknologinya yang inovatif, yang meningkatkan pengalaman pelanggan.

NOBLE Air Care Solution Series (AP-2021A, AD-1221E, AM-1421G) ialah penyelesaian pengurusan kualiti udara komprehensif yang merangkumi pelbagai perhatian dengan pembersih udara, penyahlembap dan pelembap, kesemuanya mempunyai reka bentuk yang diinspirasikan oleh seni bina premium. NOBLE Air Care Solution Series mengukuhkan identiti reka bentuk unik NOBLE menerusi reka bentuk menara istimewanya dan lapisan mendatar. Kesemua produk mempunyai kombinasi warna lembut yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi untuk berharmoni dengan sebarang estetika rumah.

NOBLE Induction Freedom Series (CIR-F40GS/F41GS/F40PS/F41PS/F60GS) mempunyai jenis tempat memasak induksi serba baharu yang menggunakan seluruh tempat memasak dengan penunu tanpa sempadan. Ia memaksimumkan ruang memasak dan kemudahan pengguna, dengan seluruh bahagian atas dapur menjadi satu zon memasak yang besar. Ciri Penderiaan Auto Pintar menambah lebih kecekapan kepada waktu makan, mengesan secara automatik kedudukan dan saiz alat memasak dan melaraskan saiz penunu. Pengguna boleh memasak dengan selesa dengan kebebasan untuk meletakkan kuali yang berbeza-beza di mana sahaja ia sesuai.

"Jenama NOBLE mengukuhkan kedudukannya sebagai standard baharu untuk perkakas rumah premium yang menggabungkan prestasi unggulan dan estetika yang menarik," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Reka Bentuk di Coway. "Coway akan terus memperkenalkan reka bentuk yang intuitif dan berharga bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih sihat dan lebih selesa."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards