omniture

Faedah Kakitangan yang Baik Kunci kepada Tenaga Kerja Kontingen Malaysia yang Semakin Meningkat: Tinjauan

PersolKelly
2022-04-08 15:55 69

SINGAPURA, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- PERSOLKELLY, salah sebuah syarikat penyelesaian sumber manusia (HR) yang terbesar dan terkemuka di Asia Pasifik, mengeluarkan laporan tinjauan perniagaan yang mengetengahkan bahawa salah satu strategi bilangan pekerja utama Malaysia adalah dengan menawarkan faedah pekerja yang baik, termasuk Latihan dan Peningkatan Kemahiran.

64% daripada syarikat Malaysia yang ditinjau menggunakan Tenaga Kerja Kontingen sebagai penyelesaian pengambilan kakitangan yang fleksibel untuk pasaran buruh Malaysia yang boleh diskala dan angka ini dijangka meningkat sebanyak 15% dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tenaga Kerja Kontingen melibatkan pekerja kontrak jangka pendek dan jangka tetap, pekerja bebas serta kontraktor bebas yang disumber luar kepada agensi-agensi.

Laporan berkenaan menekankan sejauh mana syarikat-syarikat semakin beralih kepada strategi Tenaga Kerja Kontingen bagi menangani kekurangan bilangan pekerja dan sudahpun menjadi bahagian yang penting dalam strategi tenaga kerja di Asia Pasifik dengan syarikat-syarikat merancang untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan mereka sepanjang dua tahun yang akan datang.

Perniagaan yang terjejas oleh COVID-19, pertumbuhan pesat teknologi dan ketidaktentuan ekonomi mempertimbangkan semula pendekatan perekrutan tradisional untuk kekal kompetitif. Sebab paling biasa menerima Tenaga Kerja Kontingen ialah ia menawarkan kefleksibelan kepada perancangan tenaga kerja. Sebab utama yang kedua adalah untuk membantu mengisi peranan khusus bagi memastikan tiada gangguan terhadap operasi.

Tinjauan ini menjelaskan mengenai pola fikir yang semakin berubah, dengan kebanyakan syarikat berkemungkinan menawarkan ganjaran yang sama atau lebih baik kepada pekerja kontingen sebagai kakitangan tetap.

Penemuan penting di Malaysia:

  • 42% daripada syarikat Malaysia menawarkan insentif atau kenaikan dalam imbuhan/faedah untuk menarik/mengekalkan bakat
  • 58% daripada syarikat Malaysia menyediakan Latihan dan Peningkatan Kemahiran sebagai strategi untuk merapatkan jurang dalam tenaga kerja

"Biarpun ketidaktentuan ekonomi masih kekal, pemulihan pasca-pandemik membawa gelombang peluang kepada perniagaan. Memandangkan terdapatnya kekurangan bakat dan turun naik dalam bekalan dan permintaan, syarikat-syarikat yang mengutamakan pertumbuhan harus menerima pendekatan pengambilan pekerja baharu agar kekal berdaya saing. Strategi Tenaga Kerja Kontingen yang dilaksanakan dengan baik membawa pelbagai faedah dalam landskap yang tidak menentu ini," kata Elvin Tan, Pengarah Serantau - Ketua Operasi APAC, PERSOLKELLY. "Dapatan tinjauan berkenaan akan membantu kami membina dan memperhalusi strategi Tenaga Kerja Kontingen yang mantap untuk pelanggan kami sebagai sebahagian daripada Penyelesaian Bakat Serantau (Regional Talent Solutions) di seluruh Asia Pasifik."

PERSOLKELLY dan YouGov menyoal selidik 1,112 majikan dan pembuat keputusan HR di Australia, Tanah Besar China, India, Indonesia, Hong Kong, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Hubungan Akhbar: Lareina Turaga, lareina.turaga@salweengroup.com

Source: PersolKelly
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research