omniture

CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION UNTUK KULIT KERING, TERNYAHHIDRAT DAN SENSITIF

Cetaphil
2022-04-08 16:27 74
  • Memperkenalkan Cetaphil Optimal Hydration, rangkaian penjagaan penghidratan kulit yang membawakan penghidratan yang tahan sehingga 48 jam

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 April 2022 /PRNewswire/ -- Cetaphil adalah jenama yang begitu terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulitnya yang telah lama berada di pasaran dan terbukti berkesan, yang juga mempunyai warisan dermatologi dan perubatan. Membawakan hanya yang terbaik untuk pengguna, Cetaphil, jenama yang dipercayai selama tujuh dekad, kini memperkenalkan rangkaian Optimal Hydration, yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam.

CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION UNTUK KULIT KERING, TERNYAHHIDRAT DAN SENSITIF!
CETAPHIL OPTIMAL HYDRATION UNTUK KULIT KERING, TERNYAHHIDRAT DAN SENSITIF!

Dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam bidang penjagaan kulit sensitif, dan sebagai jenama penjagaan kulit berasaskan dermatologi nombor 1 di Malaysia, Cetaphil memahami bahawa untuk mencapai penghidratan kulit yang optimum, proses penghidratan yang dinamik adalah satu keperluan. Oleh itu rangkaian Optimal Hydration baharu membawakan penghidratan selama 48 jam yang akan meningkatkan kualiti kulit secara menyeluruh.

Rangkaian ini mengandungi kombinasi inovatif asid hialuronik yang menambahkan kelembapan secara mendalam dan HydroSensitiv™ Complex, kompleks yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit dan bunga daisy biru yang melegakan, yang akan membantu menghidrat dan melegakan kulit sensitif secara mendalam. Dengan komitmen jenama ini untuk menyediakan penjagaan lengkap bagi kulit yang kering, ternyahhidrat dan sensitif, rangkaian Optimal Hydration menjanjikan manfaat penjagaan penghidratan yang tahan lama untuk melegakan kulit sensitif dan meningkatkan penghidratan dinamik yang mendalam dengan meningkatkan kandungan air pada kulit dan mengekalkan kelembapan selama 48 jam di bahagian yang memerlukan, dan lama-kelamaan keadaan kulit sensitif akan menjadi bertambah baik.

Rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration baharu ini terdiri daripada:

  • Optimal Hydration 48 Hour Hydration Serum – Serum ringan yang diserap dengan serta-merta. Mengandungi asid hialuronik, minyak biji bunga matahari, minyak shea, pro vitamin B5 dan vitamin E untuk menambahkan penghidratan kulit secara mendalam selama 48 jam dan memperbaiki kualiti kulit dengan menyeluruh.
  • Optimal Hydration Refreshing Eye Serum – Serum mata ini mengandungi asid hialuronik, peptida, jojoba dan ekstrak alga, vitamin B5 dan vitamin E untuk mengurangkan lingkaran gelap dan kesembapan supaya mata kelihatan segar.
  • Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream – Krim bertekstur ringan ini mengandungi HydroSensitiv™ Complex, asid hialuronik, niasinamida, vitamin B5 dan antioksidan vitamin E untuk meningkatkan penghidratan kulit dengan giat selama 48 jam, dengan kesan yang lebih lama supaya kulit terasa lembut dan halus.

"Matlamat rangkaian produk ini adalah untuk menyediakan penjagaan penghidratan kulit optimum yang tahan lama, sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, ternyahhidrat dan sensitif. Kini, dengan adanya rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration yang baru dilancarkan ini, mereka yang mengalami masalah kulit kering dan ternyahhidrat boleh menarik nafas lega!  Semua orang memerlukan penghidratan supaya kulit berada dalam keadaan yang terbaik dan kelihatan elok tanpa mengira jenis kulit anda," kata Jessica Chan, Pengurus Pemasaran di Galderma Malaysia.

Menurut Jessica lagi, kulit kering adalah jenis kulit yang tidak menghasilkan minyak semulajadi yang secukupnya, selalunya kelihatan berkelupas, bertompok dan kemerahan. Kulit ternyahhidrat tidak mempunyai kandungan air yang cukup dan kelihatan kusam, terasa ketat, gatal dan sensitif. Rona dan keadaan kulit secara keseluruhannya mungkin nampak tidak sekata, dan garis-garis halus nampak lebih ketara. Dengan rangkaian produk baharu ini, ia dapat diatasi dengan mudah, di mana Cetaphil Optimal Hydration membantu memperbaiki keadaan kulit yang kering dan ternyahhidrat dengan memberikan penghidratan optimum yang begitu diperlukan oleh kulit anda.

Cetaphil juga mengajak pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bulan Kesedaran Kesihatan Kulit Cetaphil, untuk memperkasakan kesihatan kulit di kalangan anggota masyarakat di Malaysia menerusi produk-produk inovatif yang diuji secara dermatologi, di mana usaha ditumpukan untuk membantu orang ramai supaya lebih berpengetahuan mengenai Lima Tanda Sensitiviti Kulit. Menerusi acara ini juga Cetaphil akan menyebarkan kesedaran pada bulan ini supaya para pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai sensitiviti kulit, dan bagaimana caranya untuk melindungi kulit dengan produk penjagaan kulit jenama tersebut yang terbukti secara klinikal.

Duta jenama yang juga telah lama menggemari jenama ini, Lisa Surihani, selebriti kesayangan Malaysia, ibu, isteri, pelakon, model, dan pengacara televisyen berkata, "Cetaphil membangunkan produk menerusi pasukan penyelidikannya yang berdedikasi semasa mencipta penyelesaian penjagaan kulit yang baharu. Dalam tempoh seminggu sahaja, saya mendapati kulit saya kelihatan lebih licin, sekata dan lembut."

Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration menambahkan kandungan air pada kulit sebanyak 50% dan mengekalkannya di dalam kulit untuk melegakan sensitiviti kulit. Lizz Chloe, penyampai radio bagi MYFM, model dan bintang media sosial yang turut mengakui manfaat rangkaian ini menambah, "Saya gembira bila mendapat tahu mengenai rangkaian Cetaphil Optimal Hydration baharu, yang memberikan penghidratan mendalam sehingga 48 jam, untuk melindungi kulit pada waktu siang dan memperbaikinya pada waktu malam. Rangkaian produk ini juga membersihkan kulit tanpa kesan yang buruk seperti menjadikan kulit kering serta menghapuskan minyak semulajadi yang penting bagi kulit."

Di samping itu, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat apabila menyertai permainan Cetaphil Optimal Hydration Race Augmented Reality Filter di laman Instagram @cetaphilmy. Anda hanya perlu mengumpul ikon yang betul untuk mendapatkan mata dan kongsikan pada Instagram anda dan tag @cetaphilmy untuk mendapatkan kod promosi Watsons dan memenangi hadiah.

Cetaphil Optimal Hydration, Penjagaan Penghidratan Kulit

Rangkaian ini terdiri daripada Cetaphil Optimal Hydration 48 Hour Activation Serum berharga RM89, Cetaphil Optimal Hydration Refreshing Eye Serum pada harga RM75.40 dan Cetaphil Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream pada harga RM98. Rangkaian ini boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi utama lain di seluruh negara. Ia juga boleh didapati secara dalam talian di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat terkini mengenai Cetaphil, sila ikuti @cetaphilmy di Instagram.

Mengenai CETAPHIL®

Selama lebih 70 tahun Cetaphil berusaha untuk memajukan sains kulit bagi memberikan anda penyelesaian penjagaan kulit sensitif yang terbaik. Kamu merumuskan produk-produk kami secara khusus untuk menjaga semua jenis kulit yang sensitif. Hari ini kami semakin komited untuk menyediakan produk termaju untuk kulit sensitif, membuat penyelidikan secara teliti dan bekerjasama rapat dengan para profesional dalam bidang penjagaan kesihatan untuk memahami keperluan kulit insan dengan lebih baik dan memajukan penjagaan dermatologi bagi setiap jenis kulit. Nama Cetaphil dan produk yang ditawarkan untuk kulit sensitif telah dipercayai sejak lebih 70 tahun. Kami sentiasa menjalankan ujian klinikal yang ketat untuk membina reputasi sebagai jenama penjagaan kulit sensitif #1 yang disyorkan oleh pakar dermatologi di Malaysia dan di negara-negara lain di seluruh dunia. Cetaphil terdapat di lebuh 70 buah negara di seluruh dunia dan menawarkan rangkaian produk kegunaan harian untuk keperluan penjagaan kulit anda, daripada pembersih dan pelembap hinggalah kepada produk untuk bayi dan penyelesaian untuk keadaan kulit yang sensitif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.CETAPHIL.com

Mengenai Galderma

Galderma adalah syarikat dermatologi bebas terbesar dunia, yang berada di kira-kira 100 buah negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami didorong oleh dedikasi yang sepenuhnya terhadap bidang dermatologi. Kami membawakan portfolio jenama dan perkhidmatan sofistikated berasaskan sains yang inovatif yang melibatkan Estetik, Penjagaan Pengguna dan Ubat  Preskripsi. Dengan tumpuan kepada keperluan pengguna dan pesakit, kami menjalinkan kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan untuk memastikan hasil yang terbaik. Oleh kerana kami memahami bahawa kulit kita menentukan kehidupan kita, kami memajukan dermatologi bagi setiap kisah dalam kehidupan. Untuk maklumat lanjut: www.galderma.com

Source: Cetaphil
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services