YICHANG, China, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 Mac 2022, Three Gorges Group menyiapkan fasa pertama Projek Pusat Data Dongyuemiao di Yichang, Hubei. Huawei Digital Power menyediakan penyelesaian infrastruktur pusat data keseluruhan untuk projek ini. Pusat data ini terletak di tebing kanan Empangan Tiga Gaung (Three Gorges Dam) — salah satu stesen hidrokuasa yang terbesar di dunia. Sebaik sahaja ketiga-tiga fasa projek ini siap, pusat data ini akan menempatkan 26,400 rak, mencakupi keluasan lebih 100,000 meter persegi – seterusnya menjadi kluster pusat data hijau yang terbesar di China tengah.
Fasa pertama projek ini, yang menelan belanja sebanyak CNY 845 juta, membina 4,400 rak dengan jejak 40,000 meter persegi, termasuk bangunan bilik peralatan pusat data, bangunan perintah komunikasi dan substesen 35 kV. Penggunaan kuasa keseluruhan bagi fasa pertama ini, yang berjumlah lebih 200 juta kWj kuasa elektrik setiap tahun akan dibekalkan menggunakan hidrokuasa bersih yang dijana oleh Empangan Tiga Gaung. Projek ini disejukkan oleh air secara semula jadi dari sungai untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara dan meningkatkan kecekapan tenaga.
Pusat Data Dongyuemiao dibina mengikut piawaian bilik peralatan kelas-A negara. Ia menggunakan teknologi yang utama dalam industri berserta produk proprietari, selamat dan boleh dikawal untuk menjadi pusat data berskala besar, hijau, karbon-sifar yang pertama di China. Huawei menyediakan penyelesaian L0+L1 keseluruhan termasuk reka bentuk seni bina sistem pusat data, bekalan peralatan utama serta penyerahan dan pengurusan projek bersepadu.
Peralatan utama dalam penyelesaian tindanan penuh yang disediakan oleh Huawei Digital Power merangkumi 160 bilik peralatan modular, 38 PowerPODs, 320 peranti SmartLi, 160 dinding kipas bersuhu tinggi, 1 iCooling@AI (sistem penyejukan pintar) dan 1 AI-Robot (untuk pemeriksaan pintar). Peralatan ini membantu Three Gorges Group membina pusat data yang dipermudah, pintar, selamat dan mesra alam.
Seluruh China berusaha dengan aktif ke arah matlamat puncak karbon dan keneutralan yang diumumkan baru-baru ini. Bahagian utama daripada proses ini adalah untuk mengurangkan emisi karbon dalam pusat data. Huawei Digital Power berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu Three Gorges Group membina Pusat Data Dongyuemiao bagi menjadi pusat data mesra alam dan karbon-sifar. Bagi mencapai matlamat ini, Huawei mengaplikasikan penyelesaian iCooling@AI canggihnya untuk mengawal keberkesanan penggunaan kuasa tahunan (PUE) dalam 1.25. Dalam masa yang sama, penyelesaian bekalan kuasa PowerPOD+SmartLi memastikan operasi pusat data yang andal dalam tempoh jangka panjang dan mengurangkan bekalan kuasa serta jejak pengagihan sebanyak 40% agar ia dapat menempatkan 500 rak lagi. Seluruh penyelesaian ini dipasang siap, agar pelanggan dapat menggunakan pelbagai fasanya dengan cepat. Ini bermakna TTM adalah 50% lebih pendek berbanding amalan pembinaan pusat data tradisional.
Pusat Data Dongyuemiao ialah projek transformasi digital yang utama untuk Three Gorges Group dan sebahagian daripada Rancangan Lima-Tahun ke-14 yang mengutamakan pembangunan hijau, digital. Projek pusat data ini akan membantu negara ini memindahkan sumber pengkomputeran dengan lancar dari China Timur ke China Barat. Menerusi lokasi pusatnya di wilayah Hubei berhampiran Empangan Tiga Gaung, projek ini mempunyai bekalan tenaga bersih yang andal berserta tahap keselamatan yang tinggi. Ia merupakan satu lagi langkah ke arah meluaskan ekonomi sepanjang Sungai Yangtze dan menyokong pendigitalan negara di seluruh China.