omniture

Xinhua Silk Road: Aktiviti siaran langsung bertema bunga peony bermula di Luoyang, Henan, China Tengah

Xinhua Silk Road
2022-04-11 08:55 82

BEIJING, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Episod pertama daripada siri aktiviti siaran langsung bertema bunga peony bermula pada hari Rabu di bandar Luoyang, Wilayah Henan, China tengah, membawakan penonton dengan perjalanan dalam talian yang unik terhadap budaya dan industri bunga peony bandar berkenaan.

Foto menunjukkan Longmen Grottoes dikelilingi oleh bunga peony di Luoyang, Wilayah Henan, China tengah.
Foto menunjukkan Longmen Grottoes dikelilingi oleh bunga peony di Luoyang, Wilayah Henan, China tengah.

Program selama sejam tersebut dimulakan dengan video berdurasi tiga minit yang memaparkan sejarah dan daya tarikan Luoyang, yang mana selanjutnya hos program membawa penonton melawat tempat-tempat bertema bunga peony di bandar berkenaan seperti Taman Botani Relik Dinasti Sui dan Tang, yang mana penonton boleh menikmati keindahan bunga peony yang memekar dan satu-satunya muzium bunga peony China di mana budaya dan sejarah industri bunga peony dipamerkan melalui barangan dan bahan peninggalan yang berkaitan.

Memandangkan bandar Luoyang berusaha untuk meningkatkan daya tarikannya kepada golongan muda, program berkenaan turut memaparkan stesen belia yang terletak di Daerah Luolong, di mana bakat muda yang datang ke bandar tersebut bukan sahaja dapat menikmati infrastruktur yang komprehensif, persekitaran yang selesa dan perkhidmatan yang bertimbang rasa, bahkan turut mendapat pekerjaan dan panduan kehidupan harian. 

Di samping itu, Wan'an Mountain Resort turut diperkenalkan dalam program siaran langsung tersebut. Melalui pelbagai aktiviti pelancongan yang dipaparkan, penonton dapat merasakan suasana bertenaga daripada bandar Luoyang yang bersejarah.

Dengan kedua-dua platform media tempatan dan nasional menawarkan saluran untuk siaran langsung tersebut, program pada pagi Rabu berkenaan secara keseluruhannya telah menarik sekitar 3.446 juta tontonan dan tagar berkaitan "Betapa indahnya bunga peony Luoyang" menduduki tempat ke-27 antara topik-topik paling hangat negara di Weibo, platform media sosial Cina.

Acara berkenaan akan berlangsung hingga 15 April dengan sebuah program siaran langsung selama sejam diadakan setiap hari untuk membawa penonton ke taman bunga peony utama Luoyang, muzium, kawasan pemandangan indah dan tempat popular lain, bagi menawarkan pengalaman yang mengasyikkan ketika melawat bandar tersebut.

Acara siaran langsung berkenaan merupakan sebahagian daripada program kempen dalam talian siri Luoyang yang boleh diakses melalui laman web H5 bersepadu yang mengandungi video, siaran langsung 24 jam serta aktiviti interaktif di mana penonton boleh bergambar dengan bunga peony dan memenangi hadiah budaya melalui cabutan bertuah.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/327251.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Travel