omniture

Model Baharu GWM PICKUP Dilancarkan dalam Pasaran Cina

GWM
2022-04-11 09:32 90

BAODING, China, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada 22 Mac, Jingangpao (untuk Pasaran Cina), model baharu GWM PICKUP telahpun dilancarkan di Bandar Chengdu, China dan mendapat perhatian yang luas daripada media dan juga pengguna.

Model Baharu GWM PICKUP Dilancarkan dalam Pasaran Cina
Model Baharu GWM PICKUP Dilancarkan dalam Pasaran Cina

Dalam aktiviti pelancaran, penampilan, konsol tengah, roda stereng dan butiran lain Jingangpao (untuk Pasaran Cina) telah dipaparkan dalam siaran langsung. Media auto Cina yang terkenal Tencent Auto mengulasnya sebagai "model baharu dengan kekuatan komprehensif yang tinggi."

Bahkan, GWM telah melancarkan GWM POER dan subsiri, kesemuanya telah mendapat pengiktirafan daripada pengguna. Antaranya, Jingangpao (untuk Pasaran Cina) merupakan model yang paling berjaya, ia telah memberi demonstrasi keseluruhan fungsi praktikal dan kelebihannya dalam aktiviti pelancaran.

Sebagai generasi baharu PICKUP, Jingangpao (untuk Pasaran Cina) kini menerajui trend dalam pasaran ini dalam banyak acara. Reka bentuk luar, ruang dan konfigurasinya kesemuanya telah dinaik taraf dan diinovasikan.

Dengan garis bentuk yang ringkas namun lancar serta penyepaduan yang baik antara garisan lurus dan lengkung, ia mempunyai citarasa reka bentuk yang tinggi. Selain daripada elemen klasik GWM POER, reka bentuk hadapan Jingangpao (untuk Pasaran Cina) mempunyai grid gaya sarang lebah bersaiz besar, lalu menambah impak visual yang kuat kepadanya. Kemudian, "dreamy blue" model ini mencerminkan kevitalan dan cirinya yang mengikuti perkembangan zaman.

Model baharu ini mempunyai ruang sangat besar yang dapat memberi keselesaan kepada pengguna. Sebagai contoh, ruang barangnya dapat memastikan pengangkutan yang amat cekap dan mudah apabila pengguna merancang untuk berpindah rumah, berkhemah atau menghantar rak bersaiz sederhana atau besar.

Walaupun apabila ia termuat penuh semasa memandu, Jingangpao (untuk Pasaran Cina) masih menunjukkan prestasi yang baik. Ia dilengkapi dengan kombinasi kuasa matang antara enjin 2.0T dan Transmisi Manual 6-kelajuan. Oleh itu, ia dapat mengendalikan keadaan jalan raya yang berbeza seperti cerun mendaki dan jalan berlubang dengan mudah. Prestasi kuasa yang cemerlang dapat membawa pengalaman memandu yang luar biasa kepada pengguna.

Dari segi konfigurasi, Jingangpao (untuk Pasaran Cina) memberi tumpuan pada penggunaan teknologi pintar termasuk fungsi meletakkan kenderaan secara automatik, penyamanan udara automatik, suis mula tanpa kunci dan kawalan jelajah. Apabila pemandu memandu secara jarak jauh, mereka mungkin cuba untuk melepaskan pedal pemecut dalam keadaan jalan raya yang baik selepas menetapkan kelajuan dan kemudian kenderaan tersebut akan terus memandu secara automatik pada kelajuan yang selamat.

Pelancaran Jingangpao (untuk Pasaran Cina) akan membantu mengubah imej trak pikap terdahulu sebagai trak biasa yang membawa barangan angkut, seterusnya memenuhi misi GWM PICKUP untuk "Menjadikan Pikap Popular Di Dunia".

Jingangpao (untuk Pasaran Cina) dijangka akan dilancarkan dalam banyak pasaran seperti Arab Saudi dan Chile dalam tahun ini dan ia akan menjadi lebih popular dalam pasaran global tidak lama lagi.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services