omniture

Pameran Canton ke-131 bakal Dilancarkan Dalam Talian mulai 15-24 April

Pameran Canton
2022-04-11 09:36 113

GUANGZHOU, China, 11 April 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-131 (Pameran Canton) akan membuka edisi dalam taliannya sekali lagi mulai 15 hingga 24 April 2022. Bagi meneruskan dwi-peredaran domestik dan antarabangsa, Pameran ini menggabungkan pameran dalam talian, pemadanan untuk pembekal dan pembeli serta zon khas untuk e-dagang rentas sempadan.

Pameran Canton ke-131 bakal Dilancarkan Dalam Talian mulai 15-24 April
Pameran Canton ke-131 bakal Dilancarkan Dalam Talian mulai 15-24 April

Lebih 25,000 peserta pameran di serata dunia akan mempamerkan produk mereka dari 50 kawasan pameran merentas 16 kategori selain daripada kawasan "penggiatan luar bandar" khusus untuk semua peserta pameran dari kawasan kurang maju. Laman sesawang rasmi Pameran Canton akan menampilkan pameran dan pempamer, hubungan untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia, keluaran produk baharu, dewan pameran maya serta perkhidmatan sokongan seperti akhbar, acara dan sokongan persidangan.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna dengan hubungan perdagangan yang lebih cekap, Pameran Canton telah melaksanakan pengoptimuman yang berterusan terhadap fungsi dan perkhidmatan yang memudahkan dan menyokong interaksi serta transaksi perdagangan antara pelbagai pihak bagi menemui potensi pasaran di China.

Pameran ini melancarkan siri acara promosi dalam format-format yang berbeza bagi mendorong kerjasama antara perniagaan global dan syarikat Cina. Aktiviti-aktiviti ""Discover Canton Fair with Bee and Honey" ("Terokai Pameran Canton dengan Lebah dan Madu") yang menggamit perhatian dengan 8 tema yang berbeza akan diperkenalkan bagi menonjolkan pembangunan pembuatan pintar China. Acara-acara turut melibatkan 50 aktiviti "Trade Bridge" ("Jambatan Perdagangan") yang mana hampir 20 syarikat multinasional terkemuka seperti Auchan, Telos, X5 dan Koper serta lebih 400 pembeli profesional telah membuat pra-pendaftaran. Antaranya ialah aktiviti pemadanan yang bertujuan untuk menghubungkan syarikat multinasional dan pengeluar Cina selain pembeli daripada kluster industri utama China dan jenama asing.

Acara-acara juga akan menjemput pakar-pakar daripada agensi promosi perdagangan antarabangsa, persatuan perniagaan, kumpulan pemikir dan penyedia perkhidmatan perdagangan untuk berkongsi pandangan tentang dasar perdagangan, trend pasaran, kelebihan industri dan trend industri termasuk ucapan daripada pakar-pakar PwC mengenai interpretasi dasar dan analisis pasaran RCEP serta laporan yang dikongsi oleh SGS Group mengenai pembangunan industri bernilai tinggi yang terkini.

Pameran Canton ini adalah percuma untuk peserta pameran dan platform e-dagang rentas sempadan yang mengambil bahagian dalam acara satelit. Pembeli boleh menemui dan berkongsi peluang perniagaan serta mencapai pembangunan bersama di sini.

Source: Pameran Canton
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events