omniture

Firma teknologi China In-Road perluas penyelesaian kilang kimia ke Thailand

Shanghai In-Road Information Tech Co.
2022-04-12 09:07 72

SHANGHAI, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- Pada Mac 2022, perisian E-work Permit Management yang dibangunkan oleh Shanghai In-Road Information Tech Co. telahpun dipasang dan diuji secara dalam talian di tapak Bangpakong Thailand BASF. E-work Permit ialah sistem perisian pengurusan digital yang dibangunkan khas oleh Shanghai In-Road untuk syarikat-syarikat kimia. Pada April 2020, In-Road menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Utama dengan BASF China untuk memperkasa 7 kilang BASF di China dan hari ini, BASF Thailand menjadi pengguna kilang luar negara pertama bagi In-Road System.

In-Road (http://www.in-road.com/en/) memberi tumpuan untuk menyediakan sistem dan penyelesaian perisian digital yang utama dan mesra pengguna kepada industri kimia, dan berjaya bekerjasama dengan lebih daripada 130 syarikat kimia. In-Road komited untuk membantu industri-industri tradisional menaik taraf pendigitalan mereka dengan inovasi teknologi.

Rangka kerja kilang-kilang BASF China dengan penyelesaian digital In-Road termasuk sistem Pengurusan Operasi, platform Pengurusan Maklumat EHS pintar, sistem Penjagaan Bertanggungjawab RC dan sistem Pelawat Pintar. Dengan sistem ini, kilang tersebut boleh merealisasikan pengurusan operasi visual dan standard, meningkatkan kecekapan operasi, merealisasikan pengesahan kelayakan kakitangan dan pengoptimuman proses permit kerja. Dalam pengurusan keselamatan pengeluaran, ia merealisasikan pendigitalan semua elemen dalam pengeluaran keselamatan kilang. Dalam pengurusan RC, keperluan pengurusan sistem boleh dikaitkan dengan rekod operasi harian dalam talian. Dalam pengurusan pelawat, ia boleh membuatkan pelawat masuk dan keluar dari kilang dengan lebih mudah.

Zhijie Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif In-Road (http://www.in-road.com/en/), berkata, "Kami berasa amat berbesar hati dapat membawa sistem ini kepada BASF Thailand selepas menawarkan perkhidmatan kepada BASF China dan saya percaya bahawa pengalaman yang kami kumpul semasa menawarkan perkhidmatan kepada BASF China selama dua tahun akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kepada BASF Thailand dengan lebih lancar."

Menurut tinjauan 2020 Boston Consulting Group BCG, 64% daripada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kimia menganggap transformasi digital sebagai kebimbangan strategik utama mereka sepanjang dua tahun akan datang, lebih penting daripada inovasi, menyemak portfolio mereka atau mengurangkan kos dan melindungi aliran tunai. Satu lagi tinjauan E&Y 2020 mendapati bahawa 66% daripada pemimpin pembuatan bahan kimia menjangkakan untuk merevolusikan transformasi digital dalam tempoh tiga tahun akan datang, satu peningkatan 31% daripada mereka yang memberi jawapan yang sama pada tahun 2019.

Selain itu, menurut kajian PwC 2020, syarikat-syarikat kimia dijangka melabur sebanyak purata 5% hasil tahunan mereka dalam penyelesaian operasi digital sepanjang lima tahun akan datang, dengan 75% meramalkan pendigitalan termaju menjelang tahun 2026.

Jurang menjadi semakin luas antara kilang yang lebih matang secara digital dan kilang yang masih berada di peringkat awal, dengan kilang yang lebih matang secara digital menggunakan strategi transformasi digital untuk senario penggunaan yang lebih maju. Gartner, firma penyelidikan dan perundingan IT yang paling berwibawa di dunia, memberi amaran bahawa jurang yang sangat besar sedang terbentuk antara kilang bahan kimia yang matang secara digital dan kilang yang ketinggalan, menambah bahawa kilang yang ketinggalan berkemungkinan gagal.

Di peringkat serantau, kilang-kilang di Asia Pasifik adalah lebih canggih dan melihat peluang yang strategik daripada pendigitalan, yang mana kilang-kilang di Eropah dan Amerika Utara kekal memberi tumpuan pada penambahbaikan operasi. Pemimpin pemikiran di Asia Pasifiklah yang menunjukkan bahawa faedah-faedah utama pendigitalan bukan sahaja menambah baik akses pasaran dan pelanggan, tetapi juga pengurangan kos dan peningkatan kecekapan.

Zhou berkata, "Bermula dengan pandemik global pada penghujung tahun 2019, kehendak pelanggan yang berubah-ubah, rantaian bekalan yang tidak lagi lancar, kos tenaga buruh yang semakin meningkat dan peraturan yang lebih ketat telah mendorong syarikat-syarikat kimia tradisional menuntut lebih kelestarian, pemperibadian serta kecekapan yang lebih tinggi, dan pendigitalan syarikat-syarikat kimia tidak pernah menjadi lebih mendesak dalam konteks ini berbanding pada hari ini."

(Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi info@in-road.com)

Source: Shanghai In-Road Information Tech Co.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements