omniture

Gibraltar BSN Melancarkan Kempen Pengambilan Pekerja Seluruh Negara Untuk Memangkin Pertumbuhan

Gibraltar BSN
2022-04-12 10:15 38

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- Gibraltar BSN Life Berhad telah melancarkan kempen pengambilan pekerja di seluruh negara untuk menarik dan melatih jurujual profesional baharu dalam usahanya untuk memangkin trajektori pertumbuhan syarikat.

Gibraltar BSN Melancarkan Kempen Pengambilan Pekerja Seluruh Negara Untuk Memangkin Pertumbuhan
Gibraltar BSN Melancarkan Kempen Pengambilan Pekerja Seluruh Negara Untuk Memangkin Pertumbuhan

Jurujual professional baharu ini akan diletakkan di bawah program 'New Force Talent' (NFT), satu inisiatif pembangunan jualan yang khusus. Di sini, pemohon yang berjaya akan menjalani program pembangunan yang berstruktur dan terbukti di mana mereka akan dilengkapi dengan kemahiran kewangan dan alat jualan digital, bimbingan secara individu, dan disediakan dengan pelan hala tuju kejayaan yang jelas.

Mengulas mengenai program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Lee Kok Wah berkata, "Pada tahun 2021, industri insurans hayat telah merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 12.9% tahun ke tahun dalam premium perniagaan baharu[1]. Kami berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya permintaan yang meningkat untuk insurans hayat dengan mengembangkan pasukan jualan kami untuk menyokong cita-cita pertumbuhan kami di bawah pelan transformasi kami, PROPEL 2025."

Kerjaya di dalam bidang insurans hayat adalah kerjaya yang bermanfaat dan kalis masa depan. Program NFT terbuka kepada pemohon sepenuh masa dan sambilan untuk memberi kebebasan kepada calon untuk membina kerjaya yang bermanfaat dalam rangka kerja berstruktur dan mengikut kadar mereka sendiri. Bergantung pada skim yang dipilih, program ini juga menyediakan pemohon yang berjaya dengan elaun bulanan dan pelbagai insentif kewangan lain untuk menyokong mereka dalam perjalanan keusahawanan mereka.

Kok Wah menghuraikan lanjut, "Apa yang kami tawarkan adalah peluang kerjaya yang terbukti, stabil, dan menguntungkan kepada rakyat Malaysia yang ingin membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri selepas pandemik. Dengan hanya 54% daripada penduduk yang memilikii perlindungan insurans hayat[2], pasaran insurans kini penuh dengan peluang untuk individu yang ingin melakukan perubahan positif dalam komuniti mereka sambil membina aliran pendapatan yang stabil."

Peluang terbuka tanpa batas menanti pemohon yang berjaya di bawah program NFT. Selain daripada pendapatan lumayan, jurujual profesional yang berprestasi tinggi juga akan meraih faedah kejayaan dengan perjalanan luar negara yang dibayar sepenuhnya, percutian tempatan yang mengujakan, dan banyak lagi hadiah menarik lain.

Pemohon yang berminat boleh segera melayari www.gibraltarbsn.com/nft untuk memohon sebagai 'New Force Talent'.  Untuk meraikan pelancaran program NFT, syarikat insurans hayat ini juga telah menghasilkan sebuah video bertajuk "New Force Talent" yang menyerlahkan semua faedah menjadi NFT. Video yang menampilkan influencer tempatan Lesley Cheam itu boleh didapati di saluran YouTube rasmi Gibraltar BSN.

About Gibraltar BSN Life Berhad

Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") adalah salah sebuah syarikat insurans hayat yang berkembang pesat di Malaysia. Selama lebih dari 60 tahun, kami telah melindungi impian dengan menyediakan penyelesaian perlindungan yang relevan dan berpatutan yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Nama Gibraltar BSN mewakili susur galur keturunan kami kepada Prudential Financial, Inc. (PFI), salah sebuah institusi kewangan terbesar dunia dari Amerika Syarikat dan Bank Simpanan Nasional (BSN), sebuah jenama dengan sejarahnya tersendiri dan warisan kewangan yang kukuh di Malaysia. Nama 'Gibraltar' dan logo ikon kami 'Rock of Gibraltar' merujuk kepada PFI dan menggambarkan sejarah yang kaya dan kewangan yang kukuh selama lebih dari 140 tahun di belakang jenama PFI.

Sebagai Juara Perlindungan Komuniti di Malaysia, Gibraltar BSN mempunyai rangkaian pengedaran yang luas dan pelbagai yang terdiri daripada 9 lokasi di seluruh negara, pasukan agensi nasional, dan lebih daripada 400 cawangan milik rakan strategik kami: Bank Simpanan Nasional.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda melindungi impian anda, sila lawati laman web kami di www.gibraltarbsn.com.

*PFI Amerika Syarikat tidak berhubung kait dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Workforce Management/Human Resources New products/services