omniture

OneConnect Sertai Bidang Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan Perbankan dengan Perkongsian Strategik bersama Pismo

OneConnect Financial Technology
2022-04-12 10:30 25

Menggabungkan yang terbaik daripada Timur dan Barat, OneConnect menyertai bidang Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan perbankan, meluaskan rangkaian perkhidmatannya di SEA dan Timur Tengah, dengan platform kewangan teras moden.     

SINGAPURA, 12 April 2022 /PRNewswire/ -- OneConnect Financial Technology Co., Ltd (OneConnect), penyedia bagi Teknologi-sebagai-satu-Perkhidmatan (TaaS) yang terkemuka dan rakan sekutu Ping An Group, hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik yang eksklusif bersama Pismo, salah satu firma Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) perbankan yang berkembang paling pantas di dunia dengan momentum di benua Amerika dan Eropah. Perkongsian ini menyaksikan rangkaian penyelesaian teknologi canggih OneConnect dilengkapi dengan platform SaaS yang amat boleh diskala, pantas dan berbilang penyewa daripada Pismo untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rangkaian institusi kewangan yang lebih luas di dalam Asia Tenggara dan Timur Tengah.

OneConnect memilih Pismo sebagai rakan kongsi strategik terkininya lantaran pengalaman mendalam Pismo membangunkan dan melaksanakan penyelesaian SaaS perbankan untuk institusi-institusi kewangan termasuk bank digital seperti Banco Itau, bank terbesar Amerika Latin, BTG Pactual, bank pelaburan terbesar di Amerika Latin dan bank digital yang terkenal N26. Bersama-sama Pismo, tidak lama lagi OneConnect akan dapat menawarkan penyelesaian perbankan teras berasaskan SaaS terbukti yang sesuai untuk bank-bank yang lebih kecil. Ini berpotensi membolehkan penyepaduan dalam produk sedia ada OneConnect, seperti enjin anti-penipuan dan aplikasi perbankan mudah alih yang mana sebelum ini menyasarkan bank-bank penyandang dan besar terunggul yang ingin melaksanakan pendigitalan.

Tan Bin Ru, Ketua Pegawai Eksekutif (Asia Tenggara), OneConnect Financial Technology berkata, "Kami teruja dengan potensi yang dibawa oleh perkongsian ini kepada kedua-dua pihak. Sebagai penyedia penyelesaian teknologi kewangan, kami sentiasa mencari teknologi dan cara baharu untuk kami membawa nilai yang lebih baik kepada institusi-institusi kewangan. Menerusi perkongsian bersama Pismo ini, kami gembira kerana dapat meluaskan rangkaian perkhidmatan kami sehingga kini termasuk SaaS yang mana kami membayangkan untuk menjadi lebih mudah diakses dan boleh dilaksanakan untuk bank-bank bersaiz sederhana hingga kecil. Di sini jugalah kami percaya bahawa kami dapat menghimpunkan yang terbaik daripada Timur – inovasi dan teknologi AI terbaik dalam kelas – dan Barat – bakat dalam kejuruteraan produk."

"Asia Tenggara merupakan pasaran penting untuk Pismo, sebagai salah satu ekonomi yang berkembang paling tinggi di dunia. Visi kami adalah untuk membantu bank dan teknologi kewangan dalam perjalanannya menuju BaaS dan awan untuk pemprosesan teras," kata Vishal Dalal, Ketua Pegawai Eksekutif (Amerika Utara, Eropah dan Asia), Pismo. "Kehadiran kami di Singapura dan perkongsian kami dengan institusi yang meraih pencapaian tinggi seperti OneConnect menegaskan komitmen mendalam kami terhadap rantau ini."

 

 

Source: OneConnect Financial Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology